Friday, June 24, 2011

Acupuncture Stimulator For Sale




Stimulator Akupunktur Model SDZ 11 Untuk di Jual

Acupuncture Stimulator Model SDZ 11 For Sle

Harga Kuala Lumpur. call 019 9401915

Alat Stimulator Akupunktur Untuk Di Jual




Model: 6 Channel Electroacupuncture Stimulator


Acupuncture Stimulator For sale
Call 019 940 1915

Saturday, June 18, 2011

Clinical Studies on Homeopathic & acupuncture treatment of Epigastric Pain

To,
The EditorHolistic Medical Hylite International
IHMS - 1st Floor, Cungh Tai Chamber
63 / C Near Regal, Bank of Punjab,
Sahara Quiad Azam, Lahore,
Pakistan.


Clinical Studies on the Homeopathic & Acupuncture Treatment
Of Epigastric Pain

By Lord Pandit Prof. Dr Nik Omar & Dr Nik Fairuz Hakim
Faculty of Homeopathy Malaysia &
Malaysian National Research Institute of Acupuncture
Kota Bharu, Malaysia.


20 cases clearly diagnosed as epigastric pain were observed in our medical center.

Acupuncture treatment Homeopathic Treatment
Total Cases 18 12
Average age 30 37
Duration of illness 3 years 7 years
Atrophic gastritis 8 cases 4 cases
Superficial gastritis 7 cases 4 cases
Peptic Ulcer 4 cases 3 cases
Period Treatment 30 days 30 days

We have another 10 patients of Peptic Ulcer undergone both Homeopathic and Acupuncture
Treatemnt . Those cases were termed as Intergrated Medicine.

Peptic Ulcer Intergrated Medicine 10 cases.


Patients in the two groups complained of the same problem.

Before the courses of our treatment, almost all the patients has undergone all sort of allopathic medication and treatment with heavy doses of drugs such as zentec, actal, mangnesium triselicate, etc. But the symptoms still the same.

Acupuncture treatment alone

18 patients undergone acupuncture treatment has been given Back-Shu points of the five Zang organs.
Suzanli, Hegu and Quichi weer the main points. Reinforcing method by twisting, closing and enlarging the hole were done consistently.
The acupuncture needles were retain for 30 minutes. The treatment was given every alternate day. The treatment last between 20 to 30 days.
10 patient responded immediately stop the pain - 60 % improve
5 patient responded well - 30 % improvement
3 patient responded slowly - 20 % improvement

Homeopathic treatment alone

12 patients undergone homeopathic treatment were given according to symptomatology and individualistic approach. The homeopathic remedy prescribe among them are Carbo Vegetaabalis 30c, Nux Vomica 200,
Arsenicum Album 30, Ipecac 30 and calc Calcarea Carbonica 200. ( All patient were given single dose )
Medine taken everyday t.i.d for one week, follow up by placebo for antiher one week. Treatment were given within 30 days.
8 patient responded very well - 70 % improved
2 patient responded well - 30 %
2 patient responded slowly - 20 %

Integrated Medicine
( Orally homeopathic medicine - Externally Acupuncture Needles )

10 patients of peptic ulcer were given both the treatment, where by homeopathic medicine were given orally and acupuncture treatment were given externally. No other drugs were given. The patient were given treatment daily for first 10 days, there were remarkable result. After 20 days treatment 50 % improvement occur and after 30 days
80 % ( 8 ) patient responded very much with 90 % improvement
10 % ( 1 ) patient with 50 % improvement
10 % (1 ) patient with 30 % improvement.

Comment:

Out of all the treatment, Integrated Medicine show a remarkably result and very encouraging.

Thank you.



Prof Dr Nik Omar

Usahawan baru Dalam Perubatan Alternatif



Usahawan Baru dalam
Dunia Perubatan

Oleh : Lord Prof Dr Nik Omar
Pakar Homeopati Malaysia


Pengalaman merupakan sesuatu yang berhargaa kepada individu sebelum mereka menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan pengalaman sedikit sebanyak membantu seseorang itu mengendalikan perniagaan dengan lebih berkesan lagi. Seruan kerajaan supaya lebih ramai bumiputera tampil ke depan dalam perniagaan merupakan satu kesinambungan usaha generasi terdahulu.

Dalam mencapai usha tersebut dua buah pusat pengajian tinggi perubatan alternatif telah ditubuhkan di Malaysia iaitu Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia dan Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur,
Yang beroperasi di Kota Bharu , Kelantan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1979 lebih dari 2000 orang graduan dalam jurusan homeopati dan akupunktur telah dapat dilahirkan dan kini sebahagian daripada mereka ini telah berjaya membuka kelinik masing-masing diseluruh Malaysia, termasuk Sabah, Serawak, Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand.
Malah ada dikalangan graduan dari Instituti ini telah boleh dianggap sebagai usahawan yang berjaya dengan memiliki gedung-gedung ubat atau kilang-kilang yang bermutu tinggi.

Keyakinan terhadap kualiti kursus yang ditawarkan dan peluang menlanjutkan pengajian ke IPT awam dan swasta diluar negara melalui program berkembar telah mendorong pelajar-pelajar tersebut menceburi dalam kedua bidang perubatan alternatif di koleh ini, yang merupakan satu-satunya kolej perubatan komplemtari yang menjalankan program berkembar dengan Universiti Terbuka Antarabangsa, Sri Lanka.

Lebih dario 20 orang bekas pelajar-pelajar di kolej ini telah pun diterima melanjutkan pengajian masing-masing Universiti-Universiti luar negara seperti di England, Italy, Germany, India, Pakistan, Sri lanka, China dan lain-lain.

Bekas pelajar Homeopati di Fakulti Homeopathy Malaysia, Kota Bharu, Mohd Nasir Mohd Zain 35 tahun yang telah menamatkan pengajian peringkat Kedoktoran Homeopathy., M.D.Hom menyifatkan kualiti kolej Homeopati di Malaysia jauh lebih baik dari kolej-kolej yang terdapat di India atau Pakistan.
Seorang lagi bekas pelajar di Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia pula, Dr Hajjah Faridah bt A Hamat telah berjaya membuat kursus lanjutan didalam jurusan perubatan akupunktur di Negeri China. Beliau berpendapat bahawa mutu pelajarab di Institut kita disini amat mudah difahami dan sistamatik berbanding dengan pengajian yang diajar di Negeri China, dimana kebanyakan kuliah terpaksa dihadapi dalam bahasa China.

" Sebenarnya orang-orang muda yang berminat terhadap sistem perubatan alternatif, senarusnya berusaha merebut peluang yang sedang dibuka sekarang, untuk memasuki kursus-kursus yang dianjurkan oleh kolej kami. Buat masa ini tidak ramai ibu yang yakin keupayaan perubatan altenatif berkembang maju di Malaysia, khususnya dalam jurusan perubatan homeopati atau perubatan akupunktur China. Tetapi trend masyarakat hari ini telah berubah dimana orang ramai kini lebih cenderung untuk mendapatkan rawatan holistik atau alterntif terlebih dahulu sebelum mereka menemui pengamala perubatan barat.", demekian tegas H/Dr Hajjah Zaharah Loman, setiausaha Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, Kota Bharu.

Dalam dilema perubatan moden hari ini dimana banyak penyakit-penyakit tidak dapat disembuhkan atau terdapat sejumlah besar penyakit-penyakit sudah tidak memberi apa-apa respon pada dadah atau antibiotik yang diberikan, maka pesakit-pesakit tidak ada pilihan lain melainkan mencuba perubatan holistik yang semakin mendapat tempat dinegara-negara Barat.
Contohnya penyakit barah, SLE, Leukemia, Hepatitis, kencing manis , darah tinggi, penyakit buah pinggang, strok dan sebagainya kini semakin kebal dan tidak memberi apa-apa kesan kepada sebarang ubat-ubat antiobitik yang diberikan. Pesakit menjadi dilema menanti saat kematian tanpa apa-apa jaminan penyembuhan.
Oleh itu tidak ada jalan lain yang harus ditempuh oleh pesakit-pesakit melainkan harus mencuba perubatan secara holistik atau komplementari, sama ada melalui rawatan homeopati, akupunktur China, reflexologi, aromatherapi, naturopathy, herbalism dan sebagainya.
Bagi pengamal-pengamal perubatan Barat, mereka beranggapan perubatan cara ini tidak berasas dan tidak berupaya memberi sebarang penyembuhan kepada pesakit. Tetapi bagi pengamal-pengamal perubatan cara alternatif ini begitu yakin mereka berupaya memberi penyembuhan kepada pesakit melalui cara rawatan mereka, malah setidak-tidaknya mereka dapat menaruh sedikit harapan untuk hidup, walaupun tidak sembuh sepenuhnya.

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun ialah - sistem perubatan alternatif seperti homeopati, akupunktur dan hebalism semakin mendapat tempat dihati masyarakat didunia dan lebih dari separuh penduduk Amerika Syarikat, menggunakan perkhidmatan perubatan alternatif daripada perubatan Barat yang semakin terpinggir. Ini membuktikan bahawa perubatan alternatif sememangnya mempunyai asas penyembuhan yang kukuh.
Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Dr George Vitulakis dari USA menyatakan," Bahawa sistem perubatan homeopati dan perubatan alternatif lainnya merupakan masa depan perubatan bagi mansuia sejagat bagi abad akan datang.' Dalam satu lagi buku akupunktur China, menyatakan bahawa' The Old Wisdom of medicine has come back to be adopted by the new people of this millenium'

Oleh itu kami dengan ini membuka seluas-luas harapan kepada jjenersai baru supaya merebut peluang yang ditawarkan oleh Instituti kami untuk mengikuti salah satu dari dua jurusan yang kami tawarkan iaitu Pengajian Perubatan Homeopati atau Pengajian Perubatan Akupunktur China. Talian hotline kami ialah: 03 4042 2020

Konferen Perubatan Komplementari Terbesar di Malaysia 2000



Konference Perubatan Komplementari
Terbesar Di Malaysia ( Apac 2000 )
3,4, 5hb Sept.,2000 di Kota Bharu, Kelantan.


Oleh Prof Dr Nik Omar
Pengeruis Fakulti Homeopathy Malaysia



20 TAHUN lepas perubatan alternatif di Malaysia tidak begitu diambil peduli oleh sesiapa pun. Malah bila Prof Dr Nik Omar dan rakan-rakannya memperkenalkannya melalui media massa atau melalui syarahan disekolah-sekolah , ianya dipandang remeh oleh gulongan masyarakat.

Walau apa pun pandangan masyarakat diwaktu itu, Prof Dr Nik Omar dan rakan-rakannya dalam persatuan Pengamal perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia, tetap teguh memperjuang dan mengembangkan ilmu perubatan alternatif ini sebagai salah satu sistem perubatan yang berpotensi dimasa hadapan.

Hasil dari perjuangan beliau bersama ahli-ahli homeopati lainnya, kini sistem perubatan alternatif atau takrif yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai 'komplementari' sudah boleh diguna pakai oleh kebanyakan masyarakat kita di Malaysia. Kementerian kesihatan sendiri telah berusaha mengubal satu dasar bagi meningkatkan martabat perubatan alternatif di Malaysia.

Hasil perjuangan yang tidak henti-henti oleh ahli-ahli persatuan kami, maka pada tahun 2000 ini, maka Jawatakuasa Perubatan Alternatif Se Dunia telah bersetuju untuk melantik Malaysia menjadi tuan rumah kepada persidangan perubatan alternatif Se Dunia yang dinamakan sebagai Asia Pacific Conference On Acupuncture, Homeopathy & Complementary Malaysia atau Apac 2000 yang akan berlangsung pada 3, 4, 5 hb september 2000 bertempat di Hotel Perdana, Kota Baharu, Kelantan.


Malah sejak 10 tahun kebelakangan ini, ramai ahli-ahli perubatan luar negara telah menaruh minat yang tinggi untuk datang ke Malaysia mempelajari sistem perubatan alternatif yang popular masakini, yang dianjurkan oleh Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia yang beroperasi di Kelantan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1979, lebih dari 1000 pelajar-pelajar telah pun tamat pengajian masing-masing dalam berbagai jurusan perubatan alternatif seperti homeopati, akupunktur China dan reflexogi.


Konferen Apac 2000 ini ditaja bersama oleh Pusat Penyelidikan Akupunktur Kebangsaan, Kelantan, Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, World Federation of Acupuncture Society, Beijing, China, Open International University For Complementary medicine


Pada tahun ini Jawatakuasa Apac 2000 menjangkakan lebih dari 1000 doktor-doktor dan orang perseorangan dari seluruh dunia akan menghadiri konferen Perubatan Alternatif / Komplementari pada kali ini, memandangkan inilah julong-julong kali persidangan seumpama ini diadakan di negara kita Malaysia.

Sebanyak 30 kertas kerja akan dibentangkan oleh pakar-pakar perubatan alternatif dari seluruh dunia. Diantara kertas kerja yang menarik ialah:

1. Penyembuhan Kanser melalui teknik Akupunktur dan Moksibusi oleh Prof Song Limin dari China.
2. Mengatasi Masalah Ketumbuhan Fibroid dengan Rawatan Homeopathy oleh Dr Girish Gupta dari India.
3. Kebaikan Iridology dalam merawat pesakit oleh Dr Park Joe Ming dari Korea.
4. Menahan dan Menyembuhkan Kesakitan melalui perubatan Intergrasi Homeopati dan Akupunktur oleh Prof Dr Nik Omar
5. Herba Boleh Menyembuhkan Aids oleh Prof Hadi Kusumomaja, Indonesia
6. Reiki satu kaedah baru dari Korea oleh Prof Park Sonli dari Amerika Syarikat.
7. Shiahu dan Acupressure Satu Persamaan dari Jepun oleg Dr Yammura Yamammoto
8. 30 Kes Migrin Disembuhkan Melalui Jarum Akupunktur oleh Mr Lee Mingso dari Taiwan.
9. A Study In Treatment of Hemiparalysis by Scalp Acupuncture by Ban Xianyang, China.
10. Miracle of Cure Through Homeopathy by Chatijee Kumar of India

Tujuan konferen ini dibawa ke Malaysia pada kali ini ialah untuk mendedahkan kebaikan dan keunggulan berbagai jenis perubatan alternatif yang menjadi amalan sebahagian besar masyarakat didunia. Boleh dikatakan hampir seluruh dunia khususnya dinegara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, France, Germany, Italy, Argentina, China, India dan Pakistan telah pun mengguna pakai sistem perubatan alternatif dan komplementaru sebagai salah satu sistem pelengkap bagi membantu kerajaan mengatasi masalah kesihatan penduduk dinegara masing-masing.

Dua sistem perubatan alternatif yang begitu pesat membangun dan mendapat sambutan yang menggalankan ialah Homeopati dari germany dan Perubatan Akupunktur China. Kedua-dua sistem perubatan ini telah pun diiktiraf oleh WHO sebagai salah satu sistem perubatan alternatif yang baik untuk diguna pakai oleh penduduk dunia.

Memandangan keunikan dan keupayaan penyembuhan yang ada pada kedua-dua sistem perubatan ini, yang berasaskan kepada teori alam semulajadi atau narural law of cure, maka kami yakin masa depan sistem perubatan aletrnatif ini akan menjadi tunggak perubatan jenerasi baru masa kini dan akan datang.

Kepada doktor-doktor atau orang perseorangan dari Malaysia yang berminat dalam mengenali, mengembang atau mempelajari teknik-teknik baru dalam dunia perubatan alternatif , masih mempunyai peluang untuk menghadiri atau menyampaikan kertas kerja saintifik dalam jurusan alternatif atau komplementari dengan menghubungi sekretariat konferen Apac 2000, Alamat: Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia,Kelantan.

Message From President - Prof Dr Nik Omar


International Conference On Hmeopathy, Acupuncture & Complementary Medicine
Ichcm 2002 Malaysia

Message from President / Chairman

Official Invitation to Ichcm Malaysia 2002

Dear collegues,

This is to inform you that we are organizing th 6th International
Conference On Homeopathy, Acupuncture & Complementary Medicine ( Ichcm
Malaysia 2002) at Kota Bharu, Malaysia from 15th - 17th Sept. 2002.

As this is considered as the biggest event for homeopathy,
acupuncture and complementary medicine in this millenium, we shall be very
happy to invite you and your friends to this conference.

We all know that alternative or complementray medicine is an
important component of human civilization. In the history of human and
social development, it has made a significant contributions to the growth
and propererity of all nations of the world. Today it is still plying a due
role in the peoples medical and health care services. The WHO has attached a
great importance to the application of TCM, education, research and
development all over the world, as it has reach a new level and made great
contribution to the peoples's health.

The faculty of Homeopathy Malaysia (FAHOM) and Research Institute of
Medical Acupuncture Malaysia ( RIMAc) with the help of Satet and federal
Government, has been consistently attaching a great importance to the
exchange on cooperation of TCM among countries and positively promoting the
application and development of TCM in Malaysia. On Nov 13, 2000 Ministry of
Health Malaysia has recognized TCM and Homeopathy in this country.

The purpose of this International conference in Malaysia is to
enhance the cooperation among the health workers, Ngo's and government of
different countries, promote the unity of TCM practititoners of various
countries, exchange the knowledge and scientific programs, etc.

This Ichcm Malaysia 2002 whcih cosponsored by various local and
international oraganization such as FAHOM, RIMAC, AHML, MHMC, Kelantan State
Government and Tourism Malaysia will be a great gathering of doctors and
scientists in alternative and complementary medicines.

May I take this opportunity to ivite and welcome all of you and your
friends together in this important International Conference - Ichcm Malaysia
2002 at Kota Bharu from 15th - 17th Sept. 2002. I have no doubt that with
the application and development of TCM, the people's health care of 21st
century will turn to a new chapter. Let us join together whole heartedly in
this conference and make it a great success.

Welcome to Malaysia - Selamat datang.

With best wishes and regards

Prof Dr Sir Nik Omar
Chairman
Ichcm Malaysia 2002

Masalah haid dan Menopause


Haid

Sejak dari remaja ( puberty ) sampai putus haid ( menopause ) wanita mengalami haid atau keluar darah bulanan ( menstruasi ). Darah haid ini berasal dari rongga rahim dan timbul akibat pecahan selaput lendir rahim .

Pada umumnya darah haid bersifat cair berketul macam agar-agar berwarna merah gelap dan berlaku pada jangkamasa 2 hari sampai 6 hari bagi setiap putaran haid. Darah yang mengalir ini merupakan keguguran lapisan sel-sel pada dinding uterus kerana ketiadaan persanyawaan pada ovum.

Mula-mula hormon peransang folikel (FSH) dikeluarkan oleh kelenjar pituitari akan merangsangkan penghasilan ovum dan rembesan hormon estrogen oleh ovari.

Estrogen menyebabkan penebalan pada dinding uterus . Selepas lebih kurang 14 hari , kepekatan estrogen akan mencapai takat maksimumnya sehingga memberi kesan menghalang pengeluaran hormon FSH. Kelenjar pituitari kemudian mengeluarkan hormon lain disebut hormon peluteinan (LH) hormon.

Hormon luteinan menyebabkan proses pengovulan atau pelepasan ovum. Perempuan itu dikatakan berada dalam keadaan subur dan persenyawaan mungkin berlaku pada peringkat ini. Selepas pengovulan , FOLIKEL GRAAF yang kehilangan ovum akan menjadi korpus luteum.

Hormon progesteron penting untuk perkembangan endometrium uterus dan menyediakannya untuk penempelan ovum yang telah disenyawakan dan menghentikan kelenjar pituitari dari mengeluarkan FSH dan LH. Tanpa LH dan FSH kitar haid tak berlaku.

Jika ovum itu tak disenyawakn, korpus luteum akan mengecut dan hormon progesteron akan berkurang . Pemusnahan lapisan sel pada dinding uterus berlaku dan kitar haid bermula. Selepas tamat haid, Hormon fsh akan dikeluarkan sekali lagi oleh pituitari.

Menopause

Putus haid adalah satu keadaan dimana badan wanita itu berhenti mengeluarkan ovum dan paras hormon sex seperti estrogen dan progesteron juga berkurangan. Putus haid boleh bermula diantara umur 45-55 tahun. Akibat perubahan hormon dalam badan ,seseorang wanita boleh mengalami simptom-simptom yang menyebabkan masalah fisologi dan psychology.

Antara simptom-simptom menopause adalah seperti:

1. Fikiran tidak menentu
2. Resah dan gelisah
3. Risau, takut-takut, sedih sayu, pilu, dll
4. Badan terasa kepanasan
5. Pening kepala, mual, loya
6. Hilang nafsu seks
7. Badan berpeluh
8. Sakit-sakit badan dan sendi
9. Pengecutan tulang. Osteoprosis, dll

Kelebihan Perubatan China - Acupuncture @ Akupunktur



Dr dari UAE sedang membuat latihan di Jabatan Pengajian Perubatan China [ Akupunktur] Fakulti perubatan Homeopathy Malaysia, Pasir Mas, Kelantan.



APA KELEBIHAN
PERUBATAN AKUPUNTUR CHINA ?

Oleh Lord Pandit Prof Dr Nik Omar
Pengarah
Pusat penyelidikan perubatan Akupunktur China, Kota Bharu

AKUPUNTUR adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik-titik tertentu badan yang dikenali sebagai ‘Acupuncture Point’. Rawatan jenis ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China. Dikalangan ahli-ahli perubatan, mereka memberi penghurmatan kepada China, kerana pengamalan jenis ini banyak diamalkan oleh rakyat jelata sejak 4000 tahun yang silam sampai kehari ini.

Sejarah juga membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa pertama didunia yang mencatit sejarah tentang Perubatan Akupuntur dengan lengkap dan tersusun yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai ‘ Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masehi (Terjemahan buku ini ada dalam simpanan Prof Dr Nik Omar yang didapatinya dari Beijing, China)

Pada zaman kuno orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu, buluh dan lain-lain sebagai asas perawatan untuk menekan atau menusuk dibahagian tertentu badan. Dizaman moden ini, alat-alat tersebut telah diganti dengan menggunakan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile, yang diperbuat daripada berbagai logam seperti ‘Jarum Silver, Copper dan Jarum Emas’
Diantara banyak jarum, Jarum Emas adalah yang termahal dan dikira sebagai jarum yang dapat mengeluarkan tenaga ‘qi’ yang 100 kali ganda kekuatan dari jarum silver. ( Jaum Emas ada dalam simpan Prof Dr Nik Omar yang didapatinya dari Negeri China )

Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada magnetik yang kita namakan sebagai kuasa ubat pada jarum tersebut. Sebab itulah bila ditusuk kesuatu titik khas dibadan, jarum-jarum tersebut akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat atau bengkak. Semua rasa-rasa ini yang dikenali sebagai ‘Deqi’ mengeluarkan arus letrik melalui apa yang dinamakan sebagai koleteral, channel atau meridian, yang kesmuanya bisa mengeluarkan kuasa qi yang secukupnya untuk melega atau menyembuhkan sesuatu penyakit.

APAKAH BENTUK AKUPUNTUR

Dalam akupuntur ada berbagai teknik antaranya ialah:-

i) Akupuntur Klassik ( Menggunakan Jarum-Jarum Halus )
ii) Akupuntur Eletrik ( Menggunakan Stimulaor Letrik Voltage Rendah )
iii) Akupuntur Elektronik ( Mengggunakan alat-alat elektronik kecil )
iv) Akupuntur Bekam Darah ( Acu-Bekam Mengeluarkan Darah Kotor )
v) Akupuntur Bekam Angin ( Acu-Bekam Sedut Angin Keluar Dari Badan)
vi) Akupuntur Mosibusi ( Akupuntur menghangatkan pada titik tertentu)
vii) Akupuntur Kepala ( Scalp Acupuncture )
viii) Akupuntur Telinga ( Auricular Acupuncture )
ix) Akupuntur Mata ( Eye Acupuncture / Iridology )
x) Akupuntur Kaki ( Foot Acupuncture / Reflexology )
xi) Akupuntur Urut ( Acupressure / Shiatu / Massage, Reiki )
xii) Akupuntur Homeopati ( Integrated Homeopathic & Acupuncture - Homeopuncture ), dll


APAKAH TUSUKAN JARUM AKUPUNTUR SAKIT

Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur dimana-mana bahagian badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Jarum tersebut diletakkan dibahagian lapisan atas kulit sahaja diantara 1 ‘cun’ hingga 2 ‘cun’ atau 0.5cm hingga 1 cm sahaja. Kalau pun sakit, ianya bagai digigit semut pada tusukan pertama sahaja.

APAKAH JARUM AKUNPUTUR BAHAYA

Jarum akupuntur moden telah datang dalam keadaan siap dalam packing yang telah disuci-hama atau sterile. Setiap pengamal akupuntur sudah pasti pegang jarum tersebut terlebih dahulu sebelum menusujkan kepada badan pesakit. Oleh itu jika ada bakteria atau hama tentu doktor dahulu yang dijangkitinya . Hal ini sama sekali tidak diingini oleh setiap doktor.
Anda tidak perlu khuatir setiap jarum akupuntur adalah bersih dan selamat.


APAKAH JARUM AKUPUNTUR AKAN MEREBAKNYA AIDS

Belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merenbak melalui jarum akupuntur.
AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, yang diguna pakai oleh penagih dadah, mereka bergilir-gilir menggunakan jarum yang sama dan menyuntik lebih dari berpuloh-puloh kali jarum yang sama, tanpa bersih, tanpa rebus atau tanpa di masukkan kedalam autoclave.


APA PERBEZAAN ANTARA JARUM BIASA DENGAN JARUM AKUPUNTUR

Jarum biasa mempunyai ukuran badan yang besar dan keras. Didalammnya berongga untuk mengalirkan ubat-ubat sewaktu melakukan sesuatu suntikan. Suntikan dengan jarum-jarum ini mendatangkan kesakitan 80 - 90 %
Sementara Jarum Akupuntur, halus sebesar rambut yang diperbuat daripada logam khas bermagnet, tidak ada lubang, tidak berkarat dan tidak boleh patah. Sakit pada suntikan jarum akupuntur hanya 5 % sahaja.
Bagi orang-orang yang takut pada jarum atau orang-orang sensitif, kesakitan boleh mencapai 20 % Boleh dikatakan 80 % pesakit menyatakan tidak mengalami apa-apa kesakitan.



APA YANG DAPAT DISEMBUHKAN OLEH RAWATAN AKUPUNTUR.

Sebenarnya banyak penyakit dapat dimanafatkan oleh pesakit melalui rawatan akupuntur. Badan Kesihatan Dunia, WHO telah menggariskan penyakit-penyakit yang disenaraikan disini adalah baik untuk rawatan akupuntur :

SISTEM PERNAFASAN GANGGUAN MATA
Resdung / Sinusitis Sakit Mata Awal / conjunctivitis
Selsema / Rhinitis Radangan Retina / retinitis
Selsema Berair Myopia Pada kanak-Kanak
Tonsilitis Katarat

GANGGUAN PENCERNAAN GANGGUAN MULUT
Spasm pada esophagus Sakit Gigi
Tersedu / hiccough Sakit Gusi
Gastroptosis Sakit Halkum
Gastrik
Duodenal Ulcer, Colitis SISTEM PERNAFASAN
Sembelit, Cirit Birit Batuk Bronkitis
Paralysis Usus Asma Bronkial

NEUROLOGICAL AND MUSCULO-SKELETAL DISORDER
( Rawatan Yang Dianggap Terbaik Pada Akupuntur )

Sakit Kepala dan Migrin
Sakit Urat Saraf Muka atau kepala
Lumpuh Sebelah Muka / Bell Palsy
Kesan dari Strok / Lumpuh
Penyakit Meniere’s

Masalah Kencing Kerap atau Tidak boleh kencing
Frozen Shoulder atau Tennis Elbow
Sakit Belikat / Sakit Bahagian pinggang
Sakit Kerangka Punggong
Sakit Sendi Tulang

Di Malaysia, perubatan Akupunktur China ini dikembangkan oleh Prof Dr Nik Omar bin Haji Nik Daud yang merupakan pengasas Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia (RIMAc) yang beralamat di No. 122 taman University, Kg gelang Mas, Meranti, pasir Mas, kelantan, Malaysia.

Pusat Penyelidikan ini bukan sahaja menyedikan perkhidmatan perubatan akupunktur, malah kursus-kursus akupunktur, homeopati dan bekam juga diadakan dari masa kesemasa. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti perkembangan perubatan alternatif ini bolehlah menghubungi ; R & D Pendidikan dan Penerangan, RIMAc Malaysia Tel : 03 4042 2020

Hepatitis Boleh Di Rawat

HEPATITIS
BOLEH DI SEMBUHKAN

Oleh: Prof Dr Nik Omar
Pakar Perubatan Homeopati


Jika anda seorang pengidap Hepatitis. Anda tidak perlu risau atau takut kerana penyakit hepatitis jika dikesan diperingkat awal, ia boleh disembuhkan melalui ubat-ubat homeopati. Memang di akui bahawa Hepatitis, ada satu penyakit seperti 'time bomb', dimana ia boleh meletup bila-bila masa. Betul, itu sekiranya seseorang pesakit tidak berikhtiar untuk mengubatinya atau kadang-kadang pesakit itu sendiri tidak tahu bahawa penyakit ini adalah satu penyakit bahaya yang boleh membawa maut. Tetapi jika anda berikhtiar untuk mengubatinya diperingkat awal lagi, penyakit ini dapat disembuhkan dengan sempurna.

Tanda-tanda awal penyakit Hepatitis ialah; biji mata bahagian puteh menjadi kuning, bibir, tapak tangan, air kencing anda kelihatan kekuning-kuningan. Badan menjadi letih dan lesu disertai dengan demam yang berterusan, Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat, apakah anda seorang pengidap ‘Demam Kuning’ atau jaundice, hepatitis A atau B.
Penyakit hepatitis banyak menyerang penduduk dunia ketiga atau negara-negara miskin seperti India, Pakistan, Kemboja, Filipina, Amerika Latin, Afrika dan lain-lain. Selain dari negara tersebut, Malaysia, Indonesia, Thailand juga merupakan negara-negara yang agak banyak menghadapi masalah hepatitis.
. Dinegara kita penyakit ini boleh dikatakan endemik dan menyerang semua golongan manusia tidak kira peringkat umur.
Penyakit ini boleh bersifat kronik dan 5-10 % mereka yang dijangkiti virus ini akan menjadi pembawa penyakit tanpa disedari.

Demam Kuning dikalangan bayi

Lazimnya penyakit ini menyerang bayi yang baru lahir. Boleh dikatakan hampir 60 hingga 70 % bayi-bayi yang baru lahir mengalami penyakit kuning ini. Ini disebabkan oleh sifat semulajadi bayi yang baru lahir dimana organ-organ dalaman khususnya hati dan kulit masih belum dapat berfungsi dengan sempurna. Keadaan ini berpunca daripada penimbunan bilirubin (pigmen hempedu) yang berlebihan dalam darah dan tisu-tisu.
Hyperbilirubinemia ini boleh disebabkan oleh kelainan atau gangguan pembentukan , pengedaran metabolism atau perkumuhan bilirubin. Ini ditandai dengan kekuningan dikulit , selaput mukosa, sklera atau selaput putih mata dan berdalir tubuh seperti air kencing.

Orang-orang China amat gemar memberi anak-anak mereka memakan sejenis tumbuhan yang dinamakan 'pokok dukong anak' bagi mengatasi masalah demam kuning. Sementara orang-orang Arab suka memberi anak-anak mereka dengan minuman susu kambing.
Sementara sistem perubatan homeopati menyediakan berbagai ubat-ubat yang khusus untuk mengubati penyakit demam kuning atau hepatitis.
Diantara ubat homeopati yang sering digunakan didalam kelinik-kelinik kami untuk mengatasi masalah ini ialah: -
Jaundice Kanak-Kanak: 'Aconitum nappelus, Hepar Sulph., Chelidonium, Sulphur., Nux Vomica., Merc. Sol.'
Hepatitis A - untuk Dewasa: 'Chelidonium, China Off., Natrum Muriticum., Natrum Sulph., Podophyllum.'
Hepatitis B - Untuk Dewasa: ' Lycopodium., Beberis Vulgaris., Leptandra., Ars. Alb., Cardus Marianus.'

Jika diberi dengan sukatan yang betul, gejala-gejala demam kuning atau hepatitis dapat disembuhkan dalam tempuh satu hingga 3 bulan dengan menggunakan ubat-ubatan homeopati yang disebutkan diatas.




Hepatitis Jenis A , B atau Alkohol.

Jika Jaundice menyerang bayi-bayi, Hepatitis pula boleh menyerang kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Ada tiga jenis Hepatitis yang boleh menyerang manusia, iaitu Hepatitis Jenis A, Hepatitis Jenis B dan Hepatitis Jenis Alkohol.
Hepatitis Alkohol biasanya menyerang kaki-kaki botol atau orang-orang yang suka meminum arak, sementara hepatitis A menyerang sesiapa sahaja orang yang memakan makanan yang tidak bersih. Kes ini banyak juga terdapat dikalangan pelajar-pelajar, pekerja kilang dan juga orang awam. Namun Hepatitis Jenis Alkohol atau Hepatitis A boleh dikatakan amat mudah disembuhkan jika mendapat rawatan segera dari doktor.

Diantara ketiga jenis Hepatitis tersebut, Hepatitis B merupakan salah satu jenis radangan hati yang paling ditakuti dan paling sukar dihapuskan. Hepartitis B ini boleh dikatakan bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa sahaja tanpa disedari.
Oleh itu jika anda mempunyai gejala-gejala kekuning-kuningan dimana-mana bahagian badan terutama di bahagian kulit, mata, kuku, tapak tangan atau air kencing anda sedikit warna kuning. Elok sangatlah membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan, apakah anda seorang pengidap Hepatitis atau tidak.

Hepatitis B ialah sejenis virus DNA yang boleh berjangkit dari seorang pembawa kepada orang yang sihat melalui darah, sentuhan kulit yang luka, cairan badan, air liur ( melalui ciuman ), semen atau mani boleh juga menjadi sumber jangkitan.

Pada peringkat awal gejala penyakit ini , khususnya Hepatitis B tidak begitu kelihatan, tetapi selepas 5 bulan pesakit mungkin mengalami sakit-sakit di abdomen, rasa mual, kadang-kadang tak lalu makan, lemah bdan,, muntah-muntah, sakit sendi, gatal-gatal kulit. Pesakit mungkin mengalami demam ringan atau demam senyit ( demam dan tidak) berselang. Air kencing berwarna kekuningan hingga ke warna kuning pekat.

Jika virus Hepatitis B tidak dikawal atau dihapuskan, ia boleh merusakkan seluruh hati sehingga membawa maut.

Kontravesi Penyembuhan Hepatitis

Ramai dikalangan ahli-ahli perubatan menyatakan bahawa Hepatitis tidak dapat disembuhkan dan hanya maut menunggu mereka. Namun pakar-pakar perubatan homeopati mempunyai pandangan yang amat berbeza, mereka berpendapat Hepatitis Alkohol, A atau B, dapat disembuhkan dengan rangkaian ubat-ubat homeopati yang khusus untuk gejala-gejala yang mempunyai similimum.


Oleh itu, saya ingin memberi harapan kepada pensakit-pesakit Hepatitis A atau B yang selama ini menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai harapan untuk hidup lama, saya ingin memberi keyakinan bahawa harapan mereka untuk hidup masih lagi ada melalui rangkaian ubat-ubat homeopati yang disediakan.

Jika anda ingin keteragan lanjut mengenai kaedah perubatan atau kursus-kursusu homeopati ,anda bolehlah menghubungi hotline kami atau unti pendidikan kesihatan dan penerangan Fakulti Homeopati Malaysia Tel: 03 4042 2020 atau 019 9444420

Penyakit-Penyakit Seksual



Mengenali
Pernyakit-Penyakit
Seksual

Oleh Lord Pandit Prof Dr Nik Omar
Pakar Homeopathy Malaysia


Memang sifat semulajadi manusia atau haiwan, memerlukan seks. Seks merupakan daya tarikan bagi setiap individu yang waras. Manusia wujud kerana seks, tanpa seks, mustahil manusia wujud begitu ramai hingga kehari ini.

Tentu sekali seks ada dua sifat iaitu seks halal dan seks haram. Bagi seks halal kita tidak perlu membicarakan apa-apa kerana pada kebiasaannya seks halal tidak mempunyai banyak masalah. Malah jika dipupuk secara baik, ia menjadi aman dan tenteram, membiakkan manusia untuk menwarisi kehidupan dalam dunia ini.

Berapa faktor yang perlu kita mempelajari dalam seks yang haram ialah:

i) membawa penyakit berjangkit
ii) melemahkan daya tahan badan
iii) membawa maut.

Penyakit Berjangkit

Banyak penyakit-penyakit berjangkit menerusi seks haram. Diantaranya ialah

a) penyakit gonorea ( kencing nanah )
b) penyakit siflis ( kudis dikemaluan )
c) kayap kelamin ( herpes genitalis )
d) Aids ( Hiv )

Penyakit-penyakit seperti diatas selalunya dinamakan sebagai penyakit kelamin atau veneral disease. Kebiasanya penyakit kelamin ialah penyakit yang dijangkiti melalui hubungan seksual dengan orang-orang yang membawa penyakit tersebut, sama ada lelaki atau perempuan.


Dalam kes-kes tertentu seperti gonorea atau siflis, terkadang-kadang, perempuan itu sendiri tidak menyedari bahawa mereka adalah pembawa penyakit atau kita kenali sebagai 'carrier', sebab ada dikalangan wanita, mereka langsung tidak mengetahui bahawa mereka adalah pembawa yang sihat.

Cara yang sering merebaknya penyakit kelamin, antaranya ialah sentuhan atau pemindahan bendalir badan seperti air mani, cecair faraj atau darah kepada pasangan masing-masing. Dalam kes siflis umpamanya, penyakit ini merebak melalui kudis-kudis kecil disekitar kemaluan, baik lelaki mahupun perempuan. Jangkitan cara ini biasanya disebut sebagai jangkitan secara terus menerus atau direct contact.

Sementara satu lagi cara jangkit ialah secara tidak langsung itu melalui sentuhan pembawa yang ditinggalkan dikain-kain tuala, selimut atau peralatan yang kotor, dihotel-hotel yang tidak bersih dan kotor. Tempat-tempat yang sering terdedah kepada jankitan, selain dari kemaluan, ialah dibahagian luka-luka kecil dibadan atau kudis-kudis yang terbuka. Sungguhpun demekian, jika seseorang itu tahu menjaga kebersihan, jangkitan-jangkitan seumpama ini tidak boleh berlaku, seandainya kita menjaga kebersihan badan sebaik mungkin.
Satu lagi perkara yang sering membawa kepada penyebaran kuman atau virus ini, ialah persekitaran yang lembab dan hangat. Oleh itu kita sering dapati bahawa jangkitan penyakit-penyakit ini biasanya berlaku disekitar kemaluan, dubur, mulut dan sebagainya.
Dikalangan homeoseksual, jangkitan penyakit kelamin bermula disekitar dubur, sementara dikalangan lesbian , jangkitan bermula disekitar mulut melalui ciuman.

Beberapa tanda penyakit kelamin

i) Kencing nanah keluar dari kemaluan seperti dihujung zakar atau faraj. Tanda awal rasa demam, pening-pening kepala, diikuti dengan kencing sakit, kencing nanah dan kencing darah. Air kencing tersekat-sekat dan terasa sakit bila hendak kencing.
ii) Rasa gatal dibahagian-bahagian tertentu badan terutamanya disekitar kemaluan, mulut atau dubur.
iii) Lepuhan disekitar kemaluan seperti gelembung-gelembung kecil berair, ini kemungkinan sebagai kayap kelamin atau herpes. Tandanya gatal dan kadangkalan pedih, panas. Gelembung ini cepat pecah dan baik, kemudian timbul pula dalam beberapa bulan akan datang, dan berterusan begini sehingga berpuluh-puluh tahun.


iv) Badan berkudis atau bisul naik dibahagian-bahagian tertentu badan
v) Badan semakin hari semakin lemah. Berat badan menurun
vi) Keletihan yang berterusan
vii) Pada wanita - gatal dipermukaan faraj atau dibibir tepi kemaluan.

Beberapa Ubat Homeopati

Untuk Herpes Genitalis : Variolinum, Argentum Nitricum, Mercurius Corrisive, Medorrhinum, Aconitum Napellus, Hepar Suplhuricum.
Untuk Kencing Nanah : Medorrhinum, Pulsatilla, Copaiva., Cubeba, Natrum Sulphuricum.
Untuk Kencing Pedih : Cantharis, Silicea., Tussilago Pet., Chamomilla.
Untuk Siflis : Syphillinum., Medorrhinum, Thuja., Alumen., Petroselinum., Kreosote.
Untuk Aids : Ubat-ubat homeopati masih lagi dalam ujian-ujian berpandukan pengalaman-pengalaman yang dilakukan di hospital-hospital homeopati di India dan Pakistan.

Selain dari ubat-ubat tersebut, beberapa teknik pencegahan wajib dilakukan, antaranya ialah:

• Jauhi seks haram atau dengan orang-orang yang mencurigakan
• Jangan melakukan seks dengan banyak pasangan
• Lakukan seks hanya dengan isteri atau suami anda sahaja.
• Pakai kondom, tidak boleh menjamin anda tidak dijankiti !


Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang mencurigakan, anda boleh menghubungi talian R & D khidmat nasihat Fakulti Perubatan Homeopathi Malaysia. Kunselor : Prof Dr Nik Omar 03 4042 2020

Mandul Lelaki



Mandul Lelaki
Satu Kaedah Rawatan Homeopathy

Oleh Lord Pandir Prof Dr Nik Omar
Pakar Homeopathy Malaysia



BILA disebut perkataan mandul, ramai menyangka bahawa mandul biasa berlaku terhadap wanita. Tetapi jarang dikalangan kita mengetahui bahawa dikalangan kaum lelaki juga mengalami masalah mandul.
Dalam perubatan biasa tidak banyak yang dapat dilakukan terhadap masalah mandul lelaki. Selalunya bila doktor mengesahkan bahawa suami mandul atau tidak ada benih atau lebih dikenali sebagai 'azoospermia', maka dunia lelaki seolah-olah sudah tertutup, tidak ada lagi ubat dan tidak ada lagi harapan untuk mendapatkan zuriat.

Pendapat seumpama itu adalah salah, kerana masih terdapat banyak peluang untuk mencuba dengan beberapa cara rawatan altenatif yang ada dinegara kita untuk mengetasi masalah tidak ada benih lelaki.
Salah satu rawatan kesuburan untuk lelaki yang masih boleh dicuba ialah dengan kaedah rawatan homeopati. Kini melalui Pusat Perubatan Homeopati, Fakulti Perubatan Homeopati di Kampong Chicha, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, bebarap orang pakar perubatan homeopati yang diketua sendiri oleh Presidennya iaitu Prof Dr Nik Omar, Dr Mohd Nasir , Dr Wan Mohammad, Dr Che Musa Muhammad dan Dr Mat Zin Abdul Rahman telah menemui satu kaedah untuk mengatsi masalah kesuburan lelaki dengan menggunakan rangkaian ubat-ubat homeopati yang terdiri dari bahan-bahan flora dan fauna seperti ' Arnica Montana, Tunera Q, Yohimbinum, Acid Phos dan Nux Vomica'

Dalam penyelidikan yang dijalankan terhadap 30 orang ibu-ibu dimana suami mereka mempunyai masalah kesuburan. Kita telah memberi ubat-ubat homeopati untuk kesuburan tersebut kepada suami mereka selama 10 bulan. 10 orang daripada ibu-ibu tersebut menjaya hamil dalam tempuh lapan hingga 10 bulan dari tarikh suami mereka memakan ubat-ubat homeopati. Sementara 15 orang ibu-ibu tersebut hamil dalam tempuh enam hingga lapan bulan setelah memakan ubat homeopati, dimana kedua-dua pasangan suami isteri memakan pil-pil homeopati. 5 lagi ibu-ibu yang mengikuti program ini tidak menamatkan penyelidikan masing-masing. Ibu-ibu ini kami anggap tidak berjaya.

Kalau dilihat kepada angka tersebut, kami dapati bahawa lebih dari 50 peratus pasangan yang menjalankan rawatan bersama berjaya dipulihkan dan kini ibu-ibu ini telah dapat menimang cahaya mata masing-masing.
Ini menunjukkan bahawa adalah elok dan bagus untuk meneruskan rawatan kesuburan melalui homeopati ini dengan menjalankan kepada kedua pasangan suami dan isteri.

Perlu diingatkan bahawa, masalah mandul dikalangan kaum ibu, terkadang-kadangan adalah kerana tidak ada keserasian atau benih lelaki tidak subur. Malah faktor penyebab kepada lewat mendapat anak kerana mandul lelaki, bukan sahaja disebabkan oleh tidak ada benih semata-mata. Tetapi kadang-kadang beberapa faktor lain menjadi punca kenapa seseorang lelaki itu mandul.

Sebab Kemandulan Lelaki

Didalam kajian kita didapati beberapa sebab kemandulan lelaki ialah: Tidak ada benih atau azoospermia, air mani terlampau cair, air mani terlampau pekat, air mani terlampau asam, tidak ada air mani, hayat air mani tidak dapat bertahan lama, air mani dalam bentuk abnormal, tidak ada keseragaman, air mani lemas bila bercamtum dengan avum perempuan, lelaki mempunyai penyakit serius yang lain seperti asma, TB, Buah Pinggang, Jatung, Rusak paru-Paru.

Sementara fakto zakar juga menjadi penentu tahap kesuburan lelaki, dimana kelemahan pada ereksi atau impoten pada lelaki menjadi faktor penghalang kesuburan, pancutan air air pramasa, zakat relampau kecil, zakar cacat, kerusakan pada baka disebabkan oleh virus seperti penyakit beguk atau mumps. Kesan dari penyakit kelamin sapertii gonorea atau siflis. Kesan sampingan ubat-ubat atau dadah yang kuat, racun dan sebagainya.

Masalah pada telur zakar atau testes

Testes merupakan kilang yang membuat benih lelaki, air mani atau sperma. Kerusakan atau gangguan pada mana-mana buah zakar ini akan menyebabkan ia mengeluarkan beih-benih yang bermutu. Hentakan, pukulan atau pendedahan pada bahan-bahan panas, radiaktif, api kimpalan, memakai seluar yang ketat, mengalami masalah penyakit yang serius akan menyebabkan kilang pembuat benih ini akan rusak dan sekali gus tidak berupaya menghasilkan benih-benih yang bermutu.
Pada kadar biasa seseorang lelaki yang normal, dapat menghasilkan lebih dari 100 juta sperma yang matang dan normal. Paling minima bagi satu pancutan air mani ialah 60 juta benih. Tetapi dalam lelaki yang bermasalah dalam kesuburan, testes menhasilkan sperma kurang dari 60 juta, malah ada testes yang menghasilkan benih hanya pada kadar 2 hingga 10 juta. Para ini merupakan satu paras yang patologi yang agak rumit.
Paling kecewa lagi ialah dimana testes mampu mengeluarkan air mani, tetapi satu pun air mani tersebut tidak berupaya untuk hidup sempurna atau mati bila dibawa kemakmal. Dalam kes ini lelaki tersebut ditakrifkan sebagai azoospermia atau tidak ada benih.

Walau apa pun masalah yang dihidapi oleh sumai atau lelaki tersebut, anda masih mempunyai peluang untuk mendapat zuriat melalui ujian-ujian kami yang masih diteruskan dari har kehari demi untuk kemajuan manusia sejagat.

Rawatan yang dugunakan adalah mengikut kaedah perubatan homeopati dan ubat-ubat yang digunakan juga terdiri dari ubat-ubat homeopati yang dihasilkan dari alam semulajadi dan tidak menimbulkan sebarang kesan sampingan. Dalam kes-kes tertentu satu kaedah lagi yang digunakan dalam mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan tektik perubatan akupunktur China, dimana jarus-jarus halus yang diperbuat dari tembaga atau perak diletkakkan pada titik-titik tertentu badan bagi menghasilkan perimbangan badan untuk meningkatkan tenaga dalam yang terganggu.

Kepada sesiapa yang mempunyai kemuskilan boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat tentang keadah penyelidikan yang dijakankan oleh kami dengan menghubungi : R & D Homeopati,
Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia. Info line Prof Dr Nik Omar 03- 4042 2020

laman besar kami
http://www.homeopathymalaysia.org.my

Pengamal Perubatan China - Acupuncture Among The Malays


PENGAMALAN PERUBATAN
AKUPUNTUR CHINA DIKALANGAN
ORANG-ORANG MELAYU



Oleh Lord Pandit Prof Dr Sir Nik Omar
Pengarah
Pusat Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia

Pada peringkat awal pengenalan tentang kaedah perubatan tusukan jarum dalam perubatan akupunktur China, hampir semua orang-orang merasa 'takut sakit' , tetapi apabila jarum-jarum yang halus ditusukkan kebahagian-bahagian tertentu badan, kebanyakan pesakit menyatakan mereka 'tidak terasa apa-apa kesakitan'
Perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik-titik tertentu badan yang dikenali sebagai ‘Acupuncture Point’. Rawatan jenis ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China.

Sejarah juga membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa pertama didunia yang mencatit sejarah tentang Perubatan Akupuntur dengan lengkap dan tersusun yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai ‘ Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masehi (Terjemahan buku ini ada dalam simpanan Prof Dr Nik Omar yang didapatinya dari Beijing, China)

Pada zaman kuno orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu, buluh dan lain-lain sebagai asas perawatan untuk menekan atau menusuk dibahagian tertentu badan. Dizaman moden ini, alat-alat tersebut telah diganti dengan menggunakan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile, yang diperbuat daripada berbagai logam seperti ‘Jarum Silver, Copper dan Jarum Emas’
Diantara banyak jarum, Jarum Emas adalah yang termahal dan dikira sebagai jarum yang dapat mengeluarkan tenaga ‘qi’ yang 100 kali ganda kekuatan dari jarum silver.

Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada magnetik yang kita namakan sebagai kuasa ubat pada jarum tersebut. Sebab itulah bila ditusuk kesuatu titik khas dibadan, jarum-jarum tersebut akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat atau bengkak. Semua rasa-rasa ini yang dikenali sebagai ‘Deqi’ mengeluarkan arus letrik melalui apa yang dinamakan sebagai koleteral, channel atau meridian, yang kesmuanya bisa mengeluarkan kuasa qi yang secukupnya untuk melega atau menyembuhkan sesuatu penyakit.

APAKAH BENTUK AKUPUNTUR

Dalam akupuntur ada berbagai teknik antaranya ialah:-

i) Akupuntur Klassik ( Menggunakan Jarum-Jarum Halus )
ii) Akupuntur Eletrik ( Menggunakan Stimulaor Letrik Voltage Rendah )
iii) Akupuntur Elektronik ( Mengggunakan alat-alat elektronik kecil )
iv) Akupuntur Bekam Darah ( Acu-Bekam Mengeluarkan Darah Kotor )
v) Akupuntur Bekam Angin ( Acu-Bekam Sedut Angin Keluar Dari Badan)
vi) Akupuntur Mosibusi ( Akupuntur menghangatkan pada titik tertentu)
vii) Akupuntur Kepala ( Scalp Acupuncture )
viii) Akupuntur Telinga ( Auricular Acupuncture )
ix) Akupuntur Mata ( Eye Acupuncture / Iridology )
x) Akupuntur Kaki ( Foot Acupuncture / Reflexology )
xi) Akupuntur Urut ( Acupressure / Shiatu / Massage, Reiki )
xii) Akupuntur Homeopati ( Integrated Homeopathic & Acupuncture - Homeopuncture ), dll


APAKAH TUSUKAN JARUM AKUPUNTUR SAKIT


Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur dimana-mana bahagian badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Jarum tersebut diletakkan dibahagian lapisan atas kulit sahaja diantara 1 ‘cun’ hingga 2 ‘cun’ atau 0.5cm hingga 1 cm sahaja. Kalau pun sakit, ianya bagai digigit semut pada tusukan pertama sahaja.

APAKAH JARUM AKUNPUTUR BAHAYA

Jarum akupuntur moden telah datang dalam keadaan siap dalam packing yang telah disuci-hama atau sterile. Setiap pengamal akupuntur sudah pasti pegang jarum tersebut terlebih dahulu sebelum menusujkan kepada badan pesakit. Oleh itu jika ada bakteria atau hama tentu doktor dahulu yang dijangkitinya . Hal ini sama sekali tidak diingini oleh setiap doktor.
Anda tidak perlu khuatir setiap jarum akupuntur adalah bersih dan selamat.

APA PERBEZAAN ANTARA JARUM BIASA DENGAN JARUM AKUPUNTUR

Jarum biasa mempunyai ukuran badan yang besar dan keras. Didalammnya berongga untuk mengalirkan ubat-ubat sewaktu melakukan sesuatu suntikan. Suntikan dengan jarum-jarum ini mendatangkan kesakitan 80 - 90 %
Sementara Jarum Akupuntur, halus sebesar rambut yang diperbuat daripada logam khas bermagnet, tidak ada lubang, tidak berkarat dan tidak boleh patah. Sakit pada suntikan jarum akupuntur hanya 5 % sahaja.
Bagi orang-orang yang takut pada jarum atau orang-orang sensitif, kesakitan boleh mencapai 20 % Boleh dikatakan 80 % pesakit menyatakan tidak mengalami apa-apa kesakitan.



APA YANG DAPAT DISEMBUHKAN OLEH RAWATAN AKUPUNTUR.

Sebenarnya banyak penyakit dapat dimanafatkan oleh pesakit melalui rawatan akupuntur. Badan Kesihatan Dunia, WHO telah menggariskan penyakit-penyakit yang disenaraikan disini adalah baik untuk rawatan akupuntur :

SISTEM PERNAFASAN GANGGUAN MATA
Resdung / Sinusitis Sakit Mata Awal / conjunctivitis
Selsema / Rhinitis Radangan Retina / retinitis
Selsema Berair Myopia Pada kanak-Kanak
Tonsilitis Katarat

GANGGUAN PENCERNAAN GANGGUAN MULUT
Spasm pada esophagus Sakit Gigi
Tersedu / hiccough Sakit Gusi
Gastroptosis Sakit Halkum
Gastrik
Duodenal Ulcer, Colitis SISTEM PERNAFASAN
Sembelit, Cirit Birit Batuk Bronkitis
Paralysis Usus Asma Bronkial

NEUROLOGICAL AND MUSCULO-SKELETAL DISORDER
( Rawatan Yang Dianggap Terbaik Pada Akupuntur )

Sakit Kepala dan Migrin
Sakit Urat Saraf Muka atau kepala
Lumpuh Sebelah Muka / Bell Palsy
Kesan dari Strok / Lumpuh
Penyakit Meniere’s

Masalah Kencing Kerap atau Tidak boleh kencing
Frozen Shoulder atau Tennis Elbow
Sakit Belikat / Sakit Bahagian pinggang
Sakit Kerangka Punggong
Sakit Sendi Tulang

Dimanakah Kaedah Perubatan Ini Boleh di Pelajari

Di Malaysia, kaedah perubatan ini boleh dipelajari disalah satu Kolej Perubatan Akupunktur yang terkenal di Malaysia beralamat di Kampus tetap RIMAC akan berpindah ke Lot No. 122, Taman Universiti Terbuka, Kg Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan, diatas tanah seluas 4 hektar.

Pusat Penyelidikan ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan perubatan akupunktur, malah kursus-kursus akupunktur, homeopati , reflexologi, Iridologi, Naturopathy dan bekam juga diadakan dari masa kesemasa. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti perkembangan perubatan alternatif ini bolehlah menghubungi ; R & D Pendidikan dan Penerangan, RIMAc Malaysia Tel : 03 4042 2020

Penyembuhan Ajaib Dengan rawatan Akupunktur China


PENYEMBUHAN AJAIB

DENGAN SATU JARUM

Oleh Prof Dr Nik Omar
Pengerusi RIMAc Malaysia

MUNKIN anda tidak percaya jika diberitahu bahawa ' Hanya Menggunakan Satu batang Jarum' sahaja banyak penyakit-penyakit dapat disembuhkan. Bunyinya mungkin aneh dan tidak masuk akal. Tetapi itulah hakikatnya kelebihan 'Jarum Akupunktur China' yang digunakan oleh kebanyakan pengamal-pengamal perubatan akupunktur China diseluruh dunia.

Berikut didahkan beberapa penyelidikan yang dilakukan oleh sekumpulan pensyarah-pensyarah di Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur (RIMAc) di Kota Bharu, Kelantan, terhadap beberapa kes yang dianggap ajaib. Semua kes kajian ini melibatkan pengunaan dengan hanya 'satu' batang jarum akupunktur sahaja, sehingga memberi kelegaan atau penyembuhan terus terhadap beberapa penyakit aneh.

Kes 1 - Migrin Sembuh
Lim Seng, umur 35 tahun mengalami sakit kepala yang teruk selama 7 tahun. Kesakitan berterusan hampir setiap hari. Semua jenis ubat penahan sakit dari panadol, ponstan dan sebagainya, tidak juga memberi apa-apa penyembuhan, malah kesakitan bertambah dari tahun kesetahun. Doktor mengesahkan bahawa penyakit yang dialami ini ialah migrin. Namun tidak banyak yang dapat dilakukan oleh doktor, melainkan memberi ubat-ubat menahan sakit.
Setelah diyakini oleh kawan, pesakit dibawa ke unit penyelidikan kami dan dengan menggunakan kaedah baru dalam rawatan akupunktur kepala, kami meletakkan hanya satu jarum dikepala yang dinamakan titik 'Bahui - DU 20' selama 40 minit
Keputusannnya: Selepas satu sesi rawatan, pesakit merasa kelegaan dan kesakitan terus hilang.Rawatan diteruskan tiap-atiap hari selama satu minggu dengan menggunakan 'hanya satu jarum' akupunktur, semua gejala migrin boleh dikatakan 95 % hilang dan sembuh.

Ke 2 - Tersalah Urat Leher Sembuh
Haji Abdullah Ab Rahman, Umur 45 tahun, datang ke unit rawatan kami dengan leher dibalut dengan plastik bantuan 'collar support' sejak 2 minggu, kata doktor ianya 'stiff neck'. Jika dibuang palstik bantuan, leher menjadi sakit terutama bila bergerak atau berpaling. Ubat penahan sakit telah dimakan selama 2 minggu, tanpa banyak perubahan. Setelah meneliti kes ini, kami menggunakan 'satu jarum akupunktur' sahaja pada titik akupunktur 'Tianzhu - UB 10'. Satu sesi rawatan dilakukan selama 45 minit, selama 7 hari berturut-turut. Kesakitan pada terseliuh leher ini telah hilang dan sembuh.

Kes 3 - Tersedu Baik
Kadir Uban, umur 55 tahun, datang dengan masalah tersedu ( hiccouh ) yang dialami selama 2 bulan tidak henti-henti, berbagai pengubatan telah dilakukan, malah tersedu masih lagi berterusan. Kami menggunakan satu jarum sahaja pada titik 'Tiantu - Ren 22' . Dalam tempuh tidak sampai 10 minit, gejala tersedu mulai berhenti pelahan-lahan, sehingga tamat terapi selama 30 minit. Terapi kedua, pada hari berikutnya diberikan pula dengan menggunakan titik satu jarum pada titik 'Bahui - DU 20' penyakit hiccough ini terus sembuh.

Kes 4 - Senggugut Sembuh
Amelia Rusli, Umur 25 tahun, mengalami kesakitan setiap kali datang bulanan, sejak 3 tahun yang silam. Doktor mengesahkan 'endometrosis'. Postan dan panadol melegakan kesakitan beberapa jam, tetapi kesakitan berterusan. Ada kalanya kesakitan begitu serius sehingga pitam bebarap minit. Berbagai usaha dilakukan , namun kesakitan tetap menyusuli setiap kali datang haid. Dengan menggunakan satu jarum sahaja, pada titik akupunktur 'Zhongji - Ren 3', senggugut atau endometrosis yang dialami gadis ini terus hilang dan sembuh.

Kes 5 - Sakit Luntut - gout

Mamat Gahni, 55 tahun datang ke pusat rawatan kami dengan merangkak dan menjerit kesakitan setiap kali bergerak, bangun atau duduk.Kata doktor, penyakit gout. Semua makan yang enak-enak sudajh tidak boleh dimakan lagi. Sotong dan udang, bila dimakan bertambah parah. Kesakitan yang dialami menguji kejantanan Mamat. Ubat penahan sakit tidak juga menghilangkan keskiatan. Kesakitan berkisar disekitar ibu jari kaki, bengkak bersinar-sinar. Dengan menggunakan jarum ajaib, kami meletakkan satu jarum pada titik 'Bafeng - Extra 36) dibahagian ibu jari kaki, kesakitan berhenti serta merta dalam tempuh 15 minit dan selepas 40 minit terapi, pesakit boleh bangun dan berjalan keluar tanpa dibantu lagi - sungguh ajaib.


Kes 6 Haid tidak teratur

Zilfalilah Hamid , 19 tahun mengalami gangguan haid sejak mula-mula datang haid. Darah datang setiap hari, tanpa berhenti, kadang-kadang sampai 25 hari atau 30 hari. Darah berhenti satu atau dua hari, haid datang lagi. Pesakit menjadi lesu. Berbagai ubat digunakan, termasuk pengunaan hormon dan juga pil perancang keluarga, namun tidak banyak dapat membantu.
Dalam percubaan pertama mengunakan 'jarum akupunktur' , tidak ada apa-apa perubahan, rawatan susulan dengan menggunakan satu jarum setiap kali terapi pada titik 'Zsuzanli - St.36'
Selepas 8 terapi, darah haid mula beransur henti dan masuk terapi ke 12 semua pendarahan terus berhenti dan haid kembali normal pada bulan kedua dan ketiga selepas rawatan dengan menggunakan satu jarum ajaib.

Bagaimana Jarum Akupunktur Bertindak

Mengikut kajian yang dijalankan oleh saintis-saintis akupunktur baik dari Barat mahupun dari Timur telah memberi penjelasan yang jitu tentang bagaimana jarum akupunktur bertindak menyembuhkan kesakitan ?
Mengikut satu kajian yang dilakukan di Jabatan MRI, Universiti of California didapati bahawa, bilamana jarum-jarum akupunktur ditusuk pada bahagian tertentu badan, ia sekilat pantas akan menghantar mesaj kepada otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorpin dan momomine, iaitu sejenis hormon yang akan meberhentikan kesakitan seseorang. Hormon ini juga akan bertindak mengerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit yang dihidapi. Bila ujian MRI dilakukan terhadap titik-titik akupunktur, ia akan megeluarkan aktibiti-akbiti pada otak yang dapat dilihat jelas pada imej MRI. Sekali gus ini memberi keyakinan bagaimana jarum-jarum akupunktur bertindak dalam badan manusia bagi memberi penyembuhan sesuatu penyakit.

Penyelidikan-penyelidikan tentang keupayaan penyembuhan dalam akupunktur masih lagi diteruskan di Pusat Pengajian kami di Kota Bharu. Untuk keterangan lanjut tentang kursus, perawatan dan sebagainya, anda boleh menghubungi: R & D Akupunktur ditalian: 09-7643349, 09-7440440 atau KL 03-2926549 . Web kami: http://www.geocities.com/mnri_acu

STROKE atau Strok atau Paralysis @ Lumpoh


STROK
MAMPUKAH PERUBATAN HOMEOPATI
MENYEMBUHKANNYA ?

Oleh: Prof Dr Nik Omar
Pakar Homeopati Malaysia

Strok merupakan salah satu penyakit yang paling ditakuti kerana serangan strok boleh menakibatkan seseorang itu terus tidak boleh berjalan, tidak boleh bercakap atau terus meninggal. Stro bukan sahaja menyusahkan pesakit malah akan memberi bebanan kepada keli\urga.

Strok berlaku apabila penghantaran darah ke bahagian tertentu tisu otak terputus akibat tekanan saluran darah yang kuat menyebabkan pendarahan dan sel-sel saraf dibahagian otak tersebut tidak lagi mampu berfungsi , hal ini lebih dikenali sebagai tromboembolosme. Apabila keadaan ini timbul, maka bahagian tubuh yang dikawal oleh saraf-saraf otak tresebut juga turut tidak berfunfsi. Ketidakmampuan neurologi ini bermula secara tiba-tiba dan pesakit biasanya mempunyai sejarah diabetes, hypetensi, penyakit injap jantung atau aterosklerosis..

Strok boleh disebabkan gumpulan darah yang membeku dan ada juga diisebabkan serpihan tisu, butiran lemak atau gelembung udara yang terbawa kepembuluh darah arteri otak dan seterusnya menyebabkan penyumbatan. Apabila hal ini berlaku, oksigen pada sel-sel otak akan mati dan seterusnya menyebabkan bahagian-bahagian tertentu badan akan turut mati , tidak boleh bergerak atau lumpuh.
Dikalangan orang-orang kampung penyakit strok ini juga dikenali sebagai angin akhmar, mati sebelah tubuh, kena terlitasan dan berbagai nama lagi.

Tanda-tanda awal strok

Banyak faktor yang boleh menyebabkan strok atau lumpuh mana-mana bahagian badan, baik bahagian anggota atas badan atau anggota bawah, sama ada sebelah tubuh, atau bahagian tertentu. Bahagian yang sering menjadi serangan strok ialah anggota tangan, kaki, muka ( Bell Palsy), kaki dan lain-lain.
Sebelum anda diserang strok, anda akan mengalami beberapa tanda-tanda awal seperti sakit kepala atau pening kepala, berat leher, rasa semut-semut atau kebas dimana-mana bahagian badan, terutama tangan, lengan , kaki atau betis, rasa berat dimana-mana anggota badan, rasa kurang selesa, gelisah dan sebagainya.
Sementara penyakit-penyakit lain yang boleh memyebabkan strok ialah kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, lemah-lemah badan atau lemah tenaga hayat, ketumbuhan pada otak, kesan pembedahan, akibat dari mengambil air tulang belakang dengan cara yang salah dan sebagainya.

Strok Boleh Di Ubati Melaui Homeopati

Masyarakat kita masih tidak mengetahui bahawa strok yang lembut terutamanya pada peringkat awal serangan dalam satu hingga enam bulan masih mampu disembuhkan melalui pengubatan Homeopati atau Akupuntur atau kedua-kedua rawatan seiringan yang lebih dikenali dengan nama ‘Integrated Medicine’
Saya mempunyai rekod-rekod penyembuhan strok dengan menggunakan kaedah homeopati dengan menggunakan satu rangkaian ubat-ubat yang terdiri dari ‘Rhus Tox., Gelsemium, Causticum, Aconite napellus, Phosphorus, Agaricus Mus., Argentum Nitricum, Cocculus dan magnesian Phos.’ Semunaya dalam kekuatan potensi antara 6c, 30c atau 200c.

Sementara lumpuh yang lebih dikenali sebagai ‘Parkinson’ lebih berkesan jika digunakan ubat-ubat seperti,’ Aurum metttalici\um., Lycopodium..,Chammomilla, Ferrum Met., Petrolium, Ambra Grisea.’
Bagi strok bahagian angguta atas seperti tangan kiri atau kanan, ubat-ubat seperti,’ Alumina., Oleander, Plumbum, Arnica Montana., Picric Acid.,Curare’ boleh digunakan.
Strok bahagian angguta kaki, kiri atau kanan, ubat-ubat seperti,’ Hypericum., Actea Racemosa., Thuja, Conium, Lycopodium,’ amat baik digunakan

Titik pilihan Dalam Akupuntur China

Sebelum tahun 1980 kita tidak pernah dengar ada orang-orang Melayu yang tahu merawat pesakit strok dengan menggunakan kaedah Akupuntur China, tetapi kini dengan berkembangnya akupuntur China dikalangan orang-orang Melayu yang diketuai oleh Prof Dr Nik Omar di Kota Bharu, sudah ramai doktor-doktor Melayu yang tahu menggunakan kaedah perubatan China ini untuk mengubati pesakit-pesakit stro dengan jayanya.

Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Akupuntur di fakulti Perubatan Homeopati Malaysia didapati ramai pengidap-pengidap strok telah berjaya disembuhkan di pusat tersebut dengan menggunakan teknik baru ‘Homeo-puntur’ dengan menggunakan titik-titik seperrti ‘Hegu, Quichi, Zhiongfu, Baxie, Bahui, Bamen, Sanyinjao dan lain-lain.’

Dalam rawatan akupuntur, jarum-jarum halus digunakan dilekatkan dibahagian tertentu badan bagi mengeluarkan tenaga yang dikenali sebagai ‘ qi’. Setiap pesakit strok biasanya diwajibkan menjalani sekurang-kirangnya 5 hingga 10 terapi, dimana tiap-tiap terapi akan memakan masa antara 40 hingga 60 minit. Bagi kes-kes tertentu arus eletrik yang dikenali sebagai ‘eletrikal stimulator’ digunakan bagi mengalir arus qi kebahagian-bahagian yang tidak berfungsi atau lumpuh secara pelahan-lahan sehinggalah seseorang pesakit lumpuh dapat merasai perubahan kearah kebaikan atau penyembuhan.

Ada pesakit yang cepat mendapat respon sementara ada juga pesakit yang agak lambat untuk mendapat perubahan, ini bergantung kepada keadaan pesakit sama ada pesakit baru atau pesakit yang sudah lama mengalami strok.

Oleh itu saya menasihati kepada pembaca Majalah Variasari sekiranya ada dikalangan anda atau keluarga anda yang mengalami penyakit strok ini, agar cepat-cepat mendapatkan rawatan secara homeopati atau akupuntur supaya gejala-gejala strok ini dapat diatasi secepat mungkin.

Dipetik dari: Unit Pendidikan Kesihatan & Penerangan, Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia. Inforline Tel: 03 4042 2020

Eczema baik dengan Ubat Homeopathy

Dari Rekod: Klinik Homeopathy Jalan Raja Laut, KL

Nama Pesakit: Kha bt Khadin Banga Melayu Umur 20 tahun

Hari ini 18 Jun 2011 seorang ibu datang membawa anak daranya yang berusia 20 tahun untuk mendapatkan ubat untuk penyakit kulit ' eczema'. Katanya pada usia 4 tahun anak ini telah mengalami penyakit eczema @ ekzema yang teruk hingga kaki tangan berkudis dan setelah memakan ubat homeopati dengan klinik tuan di Shah Alam 15 tahun yang silam, penyakit eczema anak ini telah sembuh sepenuhnya.

Hari ini setelah 15 tahun berlalu penyakit ini datang kembali, sebab itulah kami datang kemari untuk mendapatkan ubat yang sama tuan berikan kepada kami sewaktu anak ini berusia 4 tahun. Waktu itu dia mendapatkan rawatan dengan Dr Faridah bt A Hamat.

Kmai mohon diberi ubat yang baik.
Dan pada hari ini kami memberi ubat terbaik kami dari Firma Borion dari France. Mudah-mudahan kami dapat sembuhkan penyakit tersebut dengan jayanya.

Telinga Bengkak dan Ada Kuman Beransur baik


Dari rekod Klinik Homeopathy jalan Raja Laut.

Nama Pesakit: Rus Azizi bin Arshad Bangsa : melayu Umur: 46 tahun Rekod: 5171

Pada 16 April 2011 pesakit ini datang dengan aduan:
Sakit telinga, berdengung dalam telinga kiri , alami sejak 1 tahun. kata doktor GH ada kuman dalam telinga dan doktor syurkan supaya melalukan pembedahan telinga. Namun pesakit takut dan enggang membuat sebarang pembedahan.

Doktor Gh memberi antibiotik dan ubat penahan sakit, namun setelah 3 bulan menjalni rawatan di GH, simtom kesakitan masih serupa dan tidak ada tanda-tanda lega.

Pada hari ini beliau datang untuk menemui Prof Dr Nik Omar untuk mendapat rawatan alternatif dan setalh meneliti kes kita memberi Nux Vom 30c tid follow dengan Bell 200c bid selama satu minggu.

Ini disusuli dengan Rawatan kali ke 2 pada 14 may 2011; 21 may 2011, 28 may 2011

Pada 18 Jun 2011 pesakit telah datang dan memberi tahu doktor bahawa 50 % dari gejala penyakit yang dialaminya kini bertambah baik dan sangat mengharap akan baik 100 %
Minggu lepas dia berjumpa doktor di GH dan Doktor di Gh 'hairan' macam mana kuman dalam telinga ini telah berkurangan dan bertambah baik.

" pesakit ini berbisik kepada doktor tersebut, bahawa dia makan ubat homeopati dengan Dr Nik Omar, doktor tersebut tersenyum dan menyatakan 'teruskan ubat homeopati itu'

Awas Jika Anda Pucat


Jika anda dapati muka anda kelihatan pucat, awas ! itu mungkin tanda anda akan mengalami penyakit 'buah pinggang' @ nephrotic syndrome @ renal failure.
Buah pinggang tidak berfungsi dengan sempurna.

Pengesahan boleh dibuat dimana-mana hospital atau makmal
Bilamana ujian air kencing atau darah anda memperlihatkan kelainan dari normal.

Sila beri perhatian kepada urea, protein , albumin dan cretine.

Jika cretine anda telah meningkat melebihi dari 150 unit, anda sudah boleh menggunakan ubat-ubat homeopati untuk membetulkan penafisan buah pinggang anda.

Jangan tunggu sehingga Creatine anda mencapai 500 baru nak berubat.
Ikhtiarlah di peringkat awal - InsyaAllah selamat.

Friday, June 17, 2011

Does Vaccination Program causes Keloid ?


Have you ever noticed the vaccination scar that many Malaysian have on their upper arm in the deltoid area? Ever wondered why you don't have it?

When I really got down to it, though, I found a great explanation for the scars, especially the horrific ones that you are going to see now that summer is on the way. Furthermore, the knowledge of what causes the scars has implications for everyone.

[BTW my parents' generation does have scars on their upper arms from inoculation so the vaccination program must have stopped around 1970 in Canada. I was born in that year. I don't have the scar.]

Bahasa Melayu:

Hampir stiap hari ada saja pesakit-pesakit yang datang mengeluh masalah keloid dibahu. 20 tahun yand silam amat jarang belakunya keloid dibahu terutama di bahu tempat dimana kita membuat suntikan 3 serangkai.

Kenapa ini harus berlaku, apakah wajar suntikan tersebut diteruskan, kerana ia telah memberi implikasi yang butruk terhadap orang awam. Kesan dari suntikan itulah penyebab utama keloid dibahu, tempat suntikan dilakukan.

Hari ini sahaja terdapat 3 kes dalam satu keluarga.

Diluar sana, masih ramai orang-orang yang mengalami keloid di bahu tempat dimana suntikan itu dibuat.

Kini, kerajaan harus meneliti, Apakah Wajar suntikan tersebut diteruskan.
Kerana kesan keloid membuat pesakit dperes dan tension, sakit, gatal, miang, parut keloid membesar dan tidak ada ubat untuk keloid kecuali menggunakan ubat-ubat homeopati.

Sama sama kita renungkan.

Thursday, June 16, 2011

Dr Nik Omar, Perjuang Homeopathy di Malaysia

Pada awal tahun 1960-an, tidak ramai orang Melayu mahupun masyarakat di Tanah Melayu yang mengenali apakah itu sistem perubatan homeopati.


Walaupun yang tahu hanyalah segelintir ahli keluarga atau sahabat-sahabat Allayarham Ustaz Burhanuddin Helmy yang memperkenalkan sistem perubatan ini dikalangan sahabat handainya di Malaya.


Setelah Ustaz Burhanuddin meninggal, homeopati tidak lagi begitu dikenali sehinggalah munculnya seorang lagi anak Melayu yang sanggup meninggalkan tanah air, semata-mata untuk menuntut ilmu perubatan homeopati di Pakistan.


Pada awal tahun 1970 seorang anak muda darti Kelantan yang bernama Nik Omar bin Nik Daud telah meninggalkan tanah air untuk menimba ilmu perubatan homeopati ini di Pakistan Homeopathic Medical College and Homeopathic Trust Hospital, di Lahore, Pakistan.


Sebaik tamat pengajian kedoktoran homeopati pada tahun 1975 Dr Nik Omar, tidak pulang ke Tanah Air malah terus melanjutkan pendidikannya ke London Foot Hospital, Universiti Kolej London, UK.

Pada tahun 1977 beliau kembali ke tanah air dan memulakan kerjayanya yang pertama dalam jurusan perubatan altenatif iaitu homeopati.


Pada tahun 1979 beliau mendirikan sebuah kolej perubatan homeopati, Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia (rujuk http://www.homeopathymalaysia.org.my


Pada tahun 1980 beliau menubuhkan unit Pasukan Sukarelawan Homeopati Malaysia dan pada tahun 1984 beliau menubuhkan Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar Malaysia.


Dari tahun 1977 hingga 2000 banyak perkembangan dalam sistem pendidikan homeopati dan perubatan homeopati telah dilakukan oleh beliau. Dalam perkembangan ini beliau telah banyak melakukan semua aktibiti kemasyarakatan termasuk khidmat bakti sukarela, memberi ceramah kesihatan di sekolah, maktab, universiti, di Radio dan TV Malaysia dan luar negara.


Beliau juga menulis lebih dari 400 rencana perubatan khusunya dalam jurusan perubatan alternatif homeopati, akupunktur, bekam, perubatan Melayu dan lain-lain.
Selain dari memegang beberapa jawatan penting dalam homeopathy beliau juga merupakan
1. Pengerusi fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia sejak tahun 1979 hingga sekarang
2. Presiden pesatuan pengamal perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia - MRHP dari tahun 1984 hingga sekarang.
3. Vice President Asian Homeopathic Medical league [AHML] sejak tahun 1989 hingga sekarang
4. Vice President International Homeopathic Medical league hingga sekarang.
5. Advisor World Acupuncture Society hingga sekarang.


( Rujuk http://charitymedic.tripod.com/


Selain dari itu lebih dari 32 seminar, kongres dan konferen baik peringkat nasional dan antarabangsa telah diadakan di Malaysia. Kemuncak kejayaan beliau ialah dinama melalui Fakulti Perubatan Homeopathi Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy, telah dapat mendirikan campus tetap 'komplek perubatan alternatif' homeopati dan akupunktur di gelang Mas pada tahun 2000.


Dr Nik Omar merupakan seorang pejuang homeopati di Malaysia dan kini beliau bukan sahaja mempunyai kelinik nya di Kelantan, amlah kliniknya juga terdapat di Bangi, Kuala Lumpur dan Damansara, PJ.

Lazy Eye


Lazy Eye

Kita tidak boleh terjemah Lazy Eye kepada Mata malas.

Sebenarnya Lazy eye ini memperlihatkan keadaan mata seseorang yang turun kebawah, semacam mata malas nak buka.

Penyakit ini ada hubung kait dengan saraf dibahagian mata yang lemah.
Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh perubatan biasa
dalam perubatan homeopati kita mempunyai lebih dari 20 remedi untuk kes Lazy Eye, antara ubatubat yang popular digunakan ialah:

Arnica Mont., Aconite., Clac Carn., Cup met., Rhus Tox., Ruta, ., Lyco., China Off., Bryonia, hepar Suklph., Sulph., Aloe.

Jika sukar mendapat ubat-ubat tersebut, sila hubungi ditalian 03 4042 2020 atau lawat laman besar kami http://www.homeopathymalaysia.org.my

Bila Lain-Lain Perubatan gagal merawat Anda, Cubalah Pula Perubatan Homeopathy

When nothing else seems to help
Jika lain-lain Perubatan Tidak dapat membantu Anda

If a person has unsatisfactory response from allopathic or any other treatment for any of the following problems, and is willing to try alternative or complementary treatment, consider homeopathy.

Anda Boleh Mencuba Perubatan Homeopathy



Phantom limb pain (after amputation) Rawatan selepas pembedahan
Bone fracture well aligned but not healing ( untuk rawatan patah tulang)
Persistent pain following an injury 9 sakit yang berterusan )
Tennis elbow (sakit tangan atau bahu )
Toothache persisting following tooth extraction ( selepas sakit gigi)

Leg cramps at night/in bed (cramps in calves/feet)
Involuntary movements of eyelids, face, lips / bell palsy
Every little injury suppurates
Persistent toothache since filling was done

Red swollen eyelids / conjunctivitis ( sakit mata awal)
Burning in the sole of feet only at night / cramp / numbness ( kebas-kebas)
Mental/physical effects of grief after recent death of loved one
Ringworm infestation of skin [ cacing )

Hay fever with watery eyes and burning nasal discharge
Excessive flatulence / gastric [ medu / uluran ]
Skin warts [ ketuat, ketimbir, keloid ]
Involuntary, spasmodic closing of eyelids
Fetid odor from mouth [ masalah mulut berbau ] masalah airliur
Chronic constipation [ sembelit, buasir, fistula]

Allergic/seasonal rhinitis/hay fever/sinusitis
Chronic eczema / skin disease
Acne, pimple [ jerawat, resdung , seduan ]

Many other problems
To find a homeopathic physician in your area, you may search the web. National Center for Homeopathy in Malaysia call 03-4042 2020 or 019-9401915

Ubat Kuning Untuk Bayi




Bayi Kuning Dan Rawatan Homeopathy

Homeopathic Drops for Jaundice

Tahukah anda bahawa ubat homeopathy @ homeopati cukup baik untuk merawat kes-kes bayi yang mengalami 'jaundice' atau Demam Kuning @ penyakit kuning dikalangan bayi-bayi.

Bentuk ubat - cecair dititik dalam mulut 4 titik 3 kali sehari sehingga sembuh

Biasanya satu atau dua set sudah mencukupi

Harga satu sek RM 45 sahaja - dalam bentuk dropper.

Saya pertama kali bawa masuk ubat homeopathy ini ke Malaysia pada tahun 1971.
Waktu itu saya sedang menuntut di Pakistan Homeopathic Medical College dan sewaktu pulang bercuti saya mencuba ubat-ubat ini dikalangan saudara mara yang baru melahirkan anak dan didapti amat berkesan.

Oleh itu kami memperkenalkan ubat ini terus di Rangkaian klinik-klinik seperti alamat dibawah sehaj tahun 1971 hingga kini, ubat ini amat popular dikalangan ibu-ibu di Kelantan



Dapatkan di Kelinik kami di KL, Bangi, Shah Alam, Damansara Utama atau di Kelantan
Tel Hotline 03 4042 2020

International Conference Homeopathy di India





Prof Dr Nik Omar berucap di Konferen tersebut.

Prof Dr Nik Omar
President Homeopathic Medical Practitioners Association of malaysia
Vice President Interntional Homeopathic Medical League ( Malaysia)
Vice President Asian Homeopathic Medical league ( Asia - new Delhi)
A Senior Homeopath mre than 35 years of practising homeopathy

Rawatan Buah Pinggang - Nephrotic Syndrome






Kaedah merawat Buah Pinggang:

Cara Perubatan Biasa: Buat Diaylsis dimana-mana hospital

cara rawatan Alternatif di klinik Kami:

1. Makan Ubat Homeopati sehingga baik [ antara 8 hingga 12 bulan atau lebih]
2. Buat Rawatan akupunktur - Buat akupunktur setiap kali datang ke kelnik
3. Menggunakan Laser prof Nik - Mengantikan rawatan akupunktur secara manual - Laser ini boleh dipakai dirumah, fungsi nyah toksik dari badan, melalui air kencing dan buang air besar.


Tidak Ada warranty dalam setiap rawatan - kita beruasaha - Allah menyembuhkan

Obesiti Dan Rawatan Akupunktur





Cara Merawat Obesiti - Obesity - Menurun berat badan.

Jarum yang digunakan tidak kurang dari 30 hingga 40 jarum atau lebih.

Sessi rawatan antara 20 hingga 30 kali

Setiap Sessi rawatan antara 40 hingga 60 minit.

Harga satu sesi rawatan akupunktur antara RM 55 hingga 85 bergantung kepada jumlah jarun yang digunakan.

Selalulah minta harga pakage setiap pakaj biasanya 10 sessi

Hubungi Dr Faridah [ Untuk Wanita sahaja ]04 4042 2020

Untuk Orang lelaki - Rawatan dengan Dr Nik Omar setiap Sabtu sahaja di K. L.