Saturday, January 31, 2009

Welcome to 8th International Conference On Acupuncture, Homeopathy, Oriental & Complementary Medicine 4-5th October 2009 at Kuala Lumpur, Malaysia


All Alternative / Complementary Helath Practitioners Are Invited

Who can attend:

8 th International Conference On
Acupuncture, Homeopathy, Oriental & Complementary Medicine
4 -5th October 2009

1. Acupuncturist
2. Homeopath
3. Naturopah
4. Osteopath
5. Chiropractor
6. Malay Practitioner Healer
7. Chinese Medicine Practitioners
8. India Ayuveda, Siddha, Tibbia Practitioners
9. MBBS, Vet, Herbalist, etc are welcome

For more Info kindly visit our web

http://charitymedic.tripod.com
or
http://rimacmalaysia.tripod.com/ichc2005

Saturday, January 24, 2009

Senarai Nama Pengamal-Pengamal Homeopathy Yang Di Iktiraf oleh MRHP Malaysia

Nama-Nama yang disenaraikan ini adalah ahli-ahli dan doktor-doktor homeopathy yang lulus dari Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia dan di Iktiraf oleh Majlis MRHP Homeopathy Malaysia

Sila lihat dalam laman

http://farid65.tripod.com/homeolist/

Tuesday, January 20, 2009

Adakah Pembedahan Itu Perlu ?

Apakah Semua kes ketumbuhan harus di bedah ?

Tidak semua ketumbuhan/ fibroid/ sista/ hernia/uluran angin/ uluran lendir harus di bedah. Biarkan pembedahan sebagai jalan terakhir.

Semua penyakit yang serius harus segera dibedah seperti sakit jantung, kanser, appendik yang akan pecah, dll
Namun jika pembedahan tidak dapat dilakukan, maka ubat homeopati adalah menjadi pilihan yang harus diberi perhatian.

Hati-hati dalam pembedahan 'pembuangan' anggota badan seperti dalam penyakit kencing manis, jika kudis dikaki yang tidak mau sembuh-sembuh, maka jalan terakhir potong kaki.
Sebelum potong kaki, anda boleh cuba homeopati dan akupunktur terlebih dahulu, sebelum kaki dipotong.

Sunday, January 18, 2009

Klinik Akupunktur Di Damansara Utama, Petaling Jaya




Staff at Our Damansara Acupuncture Centre
1. Prof Nik Omar, Dr Mohd Izham, Dr Nik Fairuz Hakim.  




Acupuncture Services For Petaling Jaya Community
Perkhidmatan Perubatan Akupunktur di Sekitar Petaling Jaya

People around Petaling Jaya, Damansara, Kelana Jaya, Sungai Buloh, Kepong, Subang Jaya, Shah Alam, Lembah Pantai, Bangsar, Sunway Area.

Your Acupuncture Service Centre / Cummunity Service are at

Nik Omar Homeopathic & Acupuncture Medical Centre
No.3, Jalan SS 21/60 ( Near Balai Polis Damansara Utama)
( Atas Kopitiam Kemaman / Restoran Jamal Mohammed)
Damansara Utama Uptown, P.J.
Tel: 019-9401915
E Mail: aconite36@yahoo.com

Web http://malaymedic.tripod.com

Mental Disorder / Tekanan Jiwa

Tahukah anda bahawa ubat-ubat homeopati amat bagus untuk penyakit tekanan jiwa/ mental problem seperti:

1. Panic Disorder , anxiety, cemas, murung, sedih, sayu, pilu
2. Serabut, takut-takut, takut pada masa depan, takut mati, takut pada gelap, nervous
3. tidak boleh tifur malam, insomania, cepat berpeluh, was-was, panic disorder
4. skizopernia, depresion, hilang keyakinan diri, delusi, sering buat kesalahan, pelupa, terketar-ketar, parkinson, azhemeir, hysteria, gila, autisma, hyper active, kecewa dalam cinta [ Disappointed Love], pelupa

Rawatan sesuai: makan ubat homeopati dan buat rawatan akupunktur.
InsyaAllah boleh baik.

Bacaan lanjut; http://drnikomar.tripod.com

Warts / Wart / Ketuat

Juntaian Daging di mana-mana bahagian badan
Bahasa Melau Ketuat - Inggeris - Warts
Ketuat ada dua jenis - 1. Ketuat Biasa 2. Ketuat Kelamin / VD

There are two type of Wart 1. Ordinary Wart 2. Sycotic Wart

Dalam perubatan biasa allopati, biasanya penyakit ini tidak ada ubat melainkan pembedahan. Namun dalam perubatan homeopati kita mempunyai banyak pilihan untuk ketuat ini, antaranya:

Untuk Ketuat disekitar penis atau vagina: Remedi pilihan : Thuja, Cauticum,, Ant Crud

Ketuat Kelamin : ' Cham., Thuja., Merc Cor.

Ketuat Biasa: Untuk mengugurkannya: Ant Crud., Sil., Causticum

Perawatan untuk penyakit ini biasanya memakan masa antara 3 hingga 6 bulan.

Bagaimana Bayi Di Lahirkan Dari mula-mula Percantuman Benih hingga melahirkan










Dalam Perubatan Homeopathy, kita mempunyai rangkaian ubat-ubat lengkap untuk bersalin dari awal hingga bersalin.
Kita ada ubat untuk cepat hamil, bagi yang lambat mendapat zuriat.
Kita ada ubat jangan bagi gugur, bagi yang selalu keguguran
Kita ada ubat selusoh bagi ibu-ibu yang hamil 3 hingga hingga 8 bulan( ubat senang bersalin, sihat ibu, sihat bayi)
Kita ada ubat lepas bersalin, lengkap
Semua ubat-ubat ini adalah Ubat Tulin Homeopati dan anda boleh dapati di Klinik kami sama ada di Kg Baru, Bangi, Damansara Utama atau di Kelantan. Tel; 03-26926549

Sunday, January 4, 2009

Mencari Ahli Akupunktur Melayu / Malay Acupuncturist in Malaysia


Ingin Mencari Ahli Akupunktur Melayu
Ahli Akupunktur Wanita

Malay Acupuncturist in Malaysia

Dr Hajjah Faridah Awang Hamat
Hmeopathic Acupuncture Centre
128 jalan Raja Abdullah, Kg Baru
Kuala Lumpur Tel 03-26926549
web http://faridah.xaper.com


H/Dr Syafiqa
Homeopathic Akupunktur
No.1 Jalan 9/9C Pusat bandar Baru Bangi
Selnagor.
Tel 019-9401915
Web http://malaymedic.tripod.com/bangi


H/Dr Hajjah Zaharah Loman
Acupuncturst Badariah Mohammad
Pusat Homeopathy
Kg Gelang Mas, Meranti, Pasir Mas, Kelantanh.
Tel: 019-9401915
Web http://zaharah.xaper.com

Our Charter, Homeopathy Malaysia

OUR CHARTER

Homoeopathic Medical Centre

The Faculty of Homeopathy Malaysia (FAHOM)

( College Registration No: KT 0035017 )


We will give sincere advice and services

Will will restore health rapidly, gently and permanently

We will keep the secrecy of all patients

We will give the best services at all time

We train our student to become competent primary health care providers who can effectively and ethically practice Homeopathy according to the standard required by our Senate.

We aid students in integrating moral and spiritual self cultivation into their lives, and incorporating this knowledge and skill into their professional practices

To promote opportunities for clinical research and medical exchange with other medical organization and to make our center for public awareness for Complementary Medicine through continuing Education, Seminars, Conferences, Symposium and Special Events.



The Faculty of Homeopathy Malaysia & Hospital has been selected as the

Asia Centres' of Homeopathic Education.

Our Motto , The Faculty of Homeopathy Malaysia

OUR MOTTO

The Faculty of Homoeopathy Malaysia

Service to humanities, Efficient ,

Quality & Friendly


OUR AIMS :Towards Excellence Homeopathic Education

REPUTATION

The Faculty of Homeopathy Malaysia (FAHOM) established in 1979 as a Homeopathic College with seven students, has evolved into a highly respected College of Complementary Medicine in Malaysia.

FAHOM program is recognized for its natural approach to the traditional study of Classical Homeopathy according to the tenets of Hahnemann, as well as for its leadership in collaborating with Western medicine in the rapidly developing field of Complementary Medicine

QUALITY

FAHOM has a strong innovative curriculum based on the teaching of Classical Homeopathy that honors the studies of homeopathic subjects such as Homeopathic Philosophy, Materia Medica, Homeopathic Pharmacy, Organon of Medicine, etc.

A comprehensive study of the fundamental Western Medicine complements our traditional approach, providing a superior foundation in our integrated medicine

Homeopathy Banyak Di Kembangkan Oleh Prof Dr Nik Omar, Kini Malaysia Di kenali Sebagai Pusat Homeopathy Dunia


Malaysia Dijadikan

Pusat Perkembangan Homeopathy Dunia



Kota Bharu 4th Oktober 2000

Malaysia telah dipileh sebagai salah satu pusat perkembangan homeopati di dunia oleh Lembaga Pendidikan Homeopathy Antarabangsa yang bersidang disini baru-baru ini.

Dalam ucapan pembukaan, Persidangan Perubatan Homeopati dan Komplementari yang ke5 disini, Prof Dr Sir Anton Jayasuriya, selaku Presiden Persatuan Komplementari Dunia telah menyatakan bahawa, " Malaysia telah dipileh sebagai pusat perkembangan pendidikan ilmu-ilmu perubatan homeopati dan akupunktur dirantau sini kerana segala kemudahan asas bagi perkembangan perubatan ini terbetang luas disini."

" Kewujudan kolej perubatan homeopati iaitu Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia dan Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia yang telah berjalan selama 25 tahun disini telah membuktikan keupayaan Malaysia menjadi sebagai pusat perkembangan perubatan alternatif dan komplementari dunia.", katanya.

Persidangan homeopati peringkat antarabangsa kali ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, YB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dihadiri oleh kira-kira 350 orang doktor-doktor pakar luar dan dalam negeri dalam bidang masing-masing.

Terdahulu dari itu Pengerusi Persidangan merangkap Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Malaysia, Prof Dr Sir Nik Omar bin Haji Nik Daud telah menyatakan bahawa lebih dari 3000 orang pelajar-pelajar telah pun tamat pengajian masing-masing dalam jurusan perubatan homeopati dan akupunktur dengan kolej ini sejak ditubohkan 25 tahun yang lepas. Dari segi perkhidmatan pula, lebih dari 1 juta orang pesakit telah dapat menafaat dari perkhidmatan homeopati oleh ahli-ahli persatuan ini sejak ditubuhkan pada tahun 1984

Pelajar-pelajar yang mengikuti program disini bukan sahaja dari Malaysia malah ada yang datang dari luar negara seperti India, Pakistan, Spain, Brazil, Italy, Kuwait, USA dan lain-lain. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk menarik lebih ramai pelajar-pelajar dari negara-negara EU untuk mengikuti program pembelajaran homeopati dan akupunktur disini, khusunya pernekanan diberikan kepada Sweden, Norway dan Denmark.

" Kami telah dan sedang berusaha untuk memajukan perkhidmatan homeopati di Malaysia supaya perkhidmatan kami dapat diguna pakai oleh semua masyarakat Malaysia dan juga antarabangsa," demekian jelas Dr Nik Omar.

Dr Nik Omar Spread Homeopathy In Malaysia and Asian Countries



Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia

Spreading Homeopathy Through A College

"Prof Dr Sir Nik Omar bin Haji Nik Daud is a practitioner of alternative medicine and he heads what is perhaps, the biggest and only homeopathic and acupuncture college and hospital in Malaysia. Reported by Mohd Nasir Zain."

Pasir Mas, Kelantan 1 hb Nov., 2000

Prof Dr Nik Omar went to Pakistan to be a medical student but ended up as an expert in alternative medicine instead. Today, he head what is perhaps the biggest and only homeopathic and acupuncture college and hospital in Malaysia.

It was in 70's the when like many other local lads, he headed to Indo-Pak Continent to pursue a dream of becoming a doctor. A friend who was also studying medicine there introduced him to homeopathy, a way of treating diseases in which patient are given a small amount of natural substances. The same prescription, if given to healthy people, will produce the same effect that the disease produce.

Founded a College in Malaysia

" He give me a book on the Philosophy of Homeopathy and after reading it, I was convinced I should do it," said Nik Omar, 50 years, who founded the Faculty of Homeopathy Malaysia in 1979 and Research Institute of Medical Acupuncture in 1990.

He took a risk in giving up pursuit of a conventional medical degree, and instead, going in homeopathy, the then 20'th old lad knew little about alternative medicine. He was also the first person in his family of entrepreneurs to venture into the medical practice.

After he graduated from The Pakistan Homeopathic Medical College and Hospital in 1975, Nik Omar spent two more years studying and practicing homeopathy in London before returning to his home town Kota Bharu in Kelantan.

He recalls: " My professor in Pakistan told me before I left for England : ' If you want to spread homeopathy in Malaysia, you must have a college'."

Nik Omar did just that when he returned to Malaysia. The college in Kota Bharu started out with 7 student and one department of homeopathy in 1979. It now has more than 3000 students and since its affiliation with The Open International University for Complementary Medicine in Colombo, the college has expended it scope of complementary medicines and set up other new department in Malay, Indian, Islamic, Chinese and Japanese medicines.

Most Malaysia are health Conscious

The development did not come as a surprise at all. " Most Malaysian are very health conscious. They believe in alternative medicine first rather than western medicine," Nik Omar says.

" Our culture have for generations being practising alternative medicine. For example, with acupuncture and herbs, because they were available every where and cheap," he says. Yet, even with the advent of modern medicine, or allopathy, alternative approaches like homeopathy has continued to thrive in society.

" The older generation prefer alternative to western medicine because the people were afraid of surgeries and injection. The modern generation, however, is afraid of drugs and prefer natural therapies if possible, " Nik Omar observes. Unlike traditional herbalist and the Chinese Sinsehs who use the crude form of plant in the therapy, homeopathy which originated in Germany in 19th century refines the extract of plants into conventional looking pills and tablets, he explained.

Currently most of his medicines prescribe at his clinics at Kota Bharu, Kuala Lumpur, Kg Chicha and Pasir Mas are imported from Germany, US, India and Pakistan. He his clinic he prefer to use the original classical homeopathic medicines, using single remedy, rather than combination like many of other practitioners are doing.

Year 2002 New Campus at Pasir Mas

" But we are gradually using more and more local plants. At present we have planted rain forest medical plants in 8 acres land at new main Faculty campus, Homeopathic Hospital , 12 Chalets, etc at Kampong Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan. By year 2002 our plants are matured and ready to be diluted and turn into homeopathic dilution."

" Our new campus at Pasir Mas, which cost RM 3.0 million will be ready by end of 2002. By that time our homeopathic hospital will be fully operated as charitable hospital, where we charge only minimum of RM 5 per treatment given. Patients and family may stay at our home stay houses and chalet for comfort and relaxation.," say Nik Omar

Radthesia atau Pusing Pendalum Bukan Homeopathy

Adakah Kaedah Radthesia atau Pusing Pendalum itu Homeopathy ?

Pendalum atau Radionic Radthesia bukanlah homeopathy tetapi alat ini telah dicipta oleh Bruce Copen dari England sebagai Radionic Radthesia tetapi disesuaikan pemakaiannya dengan kaedah perawatan homeopathy.

Dimana-mana kolej homeopathy di dunia, radthesia tidak ditakrifkan sebagai homeopathy, namun kegunaan mesin ini untuk merawat pesakit dengan mencari penyesuaian ubat mengikut homeopathy telah diguna dengan meluas dikalangan orang-orang yang begitu yakin terhadap alat ini.

Banyak juga kes-kes yang disembuhkan melalui rawatan kaedah ini namun bagi kami pemakaian alat atau mesin ini adalah menjadi hak masing-masing. Wallahualam.

Oleh itu Radthesia bukanlah Homeopathy.

Case Taking Dalam Homeopathy, Apa beza Dengan Doktor Biasa , Allopathy

Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia

Case Taking Dalam Homeopati

Case Taking atau Cara-Cara Merawat Pesakit mnegikut kaedah homeopati adalah satu warisan seni yang paling mustahak di dalam jurusan ilmu kedoktoran Homeopathy. Kebijaksanaan dan kepintaran seseorang perawat dalam mengendalikan seseorang pesakit akan membuktikan sejauh mana seseorang itu akan berjaya di dalam praktiknya.

Seseorang perawat yang mahir dan bijak akan mengambil masa beberapa minit sahaja untuk mengatasi satu-satu kes, tetapi seseorang perawat yang lemah, akan mengambil kes yang sama sampai setengah jam, tanpa apa-apa keputusan yang baik. Oleh yang demikian Case Taking di dalam sistem kedoktoran Homeopathy amatlah mustahak dan harus diberi keutamaan kerana prinsip Homeopathy ialah SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR atau SERAKSI. Ubat yang bila diuji pada orang yang sihat akan mengeluarkan simtom-simtom yang serupa dengan pesakit.

Oleh itu tanpa keutamaan dalam Case Taking, sudah pasti' Totality of symptoms' tidak dapat diambil dengan sempurna. Bila gagalnya di dalam Case Taking ini, maka seseorang perawat itu mungkin akan gagal di dalam sesuatu penyembuhan sesuatu penyakit.

Dalam hal inilah pernah Dr.J.T.Kent dari Amerika Syarikat mengatakan bahawa :'jika anda gagal dalam satu-satu kes, kegagalan itu bukanlah kegagalan sistem perubatan Homeopathy, tetapi kegagalamn itu adalah berpunca dari kegagalan doktor Homeopathy yang merawat itu sendiri'.

Memang ada kebenaran pandapat Dr.J.T.Kent itu kerana kita sering gopoh dan tidak teliti di dalam satu-satu kes yang kita hadapi itu, dan dengan itu fikiran kita sudah menjadi kelam kabut. Dalam beginilah kita 'prescribe' atau beri remedi atau ubat-ubat yang tidak tepat pada simtomnya. Dan sudah pasti kita pasti akan bertemu dengan kegagalan . Oleh itu jika berlaku kegagalan ,jangan disalahkan Homeopathy tetapi persalahkan diri anda sendiri !

SYARAT-SYARAT UNTUK PERAWAT :

1. Seorang perawat Homeopathy mestilah menunjukkan satu sifat sebagai doktor atau perawat. Begitu juga cara hidup dan amalannya.

2. Mestilah lemah-lembut, bersopan-santun dan sentiasa senyum.

3. Jangan gopoh tetutama dalam menentukan satu-satu remedy yang dikira kronik atau idapan lama.

4. Jangan lupa untuk memberitahu pesakit apa yang harus dan tidak harus dilakukan.

5. Sekiranya penyakit itu serius, terus hantar ke Hospital.

6. Bilik perawat mestilah kemas, bersih dan teratur. Bilik mestilah lengkap dengan lampu yang baik, meja, kerusi yang boleh berpusing, katil pemeriksaan dan alat-alat yang lain dikira sesuai.

7. Dalam merawat kanak-kanak, percepatkan case taking kerana, dengan lama-lama kemungkinan besar kanak-kanak kecil itu akan menangis.

8. Bila was-was di dalam mengubati satu-satu penyakit, jangan meneruskan, hantarlah kepada doktor-doktor yang berpengalaman.

TRINITY OF HOMEOPATHY ( Tiga formula dalam Homeopathy )

Dalam menentukan penyembuhan satu-satu panyakit, 3 formula atau Trinity of Homeopathy mestilah menjadi panduan untuk perubatan :-

- Hendaklah mengetahui betul semboyan atau simtom satu-satu ubat simtom pesakit.

-Hendaklah mengetahui dan memberi atau prescribe dengan tepat satu-satu ubat (remedy)dengan pesakit seraksi (similimum)

PRESCRIPTION (Memberi Ubat atau Remedy)

Setelah selesai mengambil simtom-simtom pesakit dan telah mencari satu penyesuaian ubat, hendaklah diberi ubat-ubat itu bersesuaian potensinya samaada tinggi atau biasa. Apakah pesakit itu memerlukan potensi tinggi atau biasa. Setelah kita memberikan satu-satu ubat mengikut prinsip seraksi, maka sita mestilah susuli, atau bertanya khabar kepada pesakit tersebut, apakah hasil sesudah kita memberi ubat itu atau sesudah pesakit memakan ubat itu . Jika hasilnya memuaskan dan baik - Alhamdulillah, tetapi jika hasilnya bertentangan maka usahakan memberi nasihat sepatutnya- bersabar dan teruskan rawatan-rawatan berikutnya.

Ubat Bertindak di Dalam Tubuh

. setelah satu-satu ubat atau remedy di makan oleh pesakit, sudah pasti ubat-ubat itu akan bertindak bekerja di dalam badan orang yang memakannya. Sepertimana satu benih yang ditaburkan ke tempat yang sesuai, ia akan tumbuh dengan baiknya. Begitu juga jika seseorang memakan satu-satu ubat, ubat itu sudah pasti akan bertindak memberi tenaga penyembuhan kepada VITAL FORCE atau KUASA HAYAT.

Sumber: Hospital Homeopathy Nik Omar, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan.

Tel: 019-9401915 Web : http://drnikomar.tripod.com

Apakah Akupunktur Itu Homeopathy ?

Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia

Apakah Akupunktur Itu Homeopathy ?

Tidak ! Akupunktur adalah satu sistem perubatan yang berasal dari negeri China yang berasingan dan tidak ada kena mengena dengan Homeopati.Homeopati adalah satu sistem perubatan dari barat yag diasaskan oleh Dr.Samuel Hahnemann dari Germany

Cuma kaedah perawatan yang unit dinatara 2 sistem perubatan ini, bila digabungkan secara berasingan, dinamakan sebagai 'integrated medicine' dimana rawatan akupunktur diberikan melalui suntikan jarum akupunktur dan ubat-ubat homeopati diberikan melalui oral atau makan.

Kaedah perubatan integrasi ini pertama kali diperkenalkan oleh orang Melayu di Malaysia oleh Prof Dr Sir Nik Omar di Kelantan dan amat popular dikalangan masyarakat masa kini, khususnya pesakit-pesakit di Kelantan dan di Kg Baru, Kuala Lumpur.

Perubatan integrasi begini amat popular dinegara-negara Barat seperti USA, Sweden, Norway, dll dan juga dinegara-negara sebelah timur seperti China dan Jepun.

Sistem perubatan integrasi ini amat berkesan untuk merawat penyakit-penaykit seperti: Gout, rheumatism, lumbago, sakit urat saraf, kencing manis, darah tinggi, lumpoh, bell palsy, gagap, gastrik, migrin, senggugut dan lain-lain.

Web Akupunktur: www.geocities.com/mnri_acu

or http://rimac-course.freehomepage.com

Nota: Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat atau tinggal di hospital kami, sila hubungi:

Hospital Homeopathy Nik Omar

No.122 Taman Universiti, Kg gelang Mas, Meranti, Pasir Mas, Kelantan.

Tel: 09-7972948 atau 012-9554975

Nik Omar Lelaki Pilihan Wanita

Dr Nik Omar Dipileh Sebagai

LELAKI MINGGU INI

Oleh Majalah Mingguan Wanita19Mac 1999

Perubatan Homeopathy, bukan sesuatu yang asing lagi. pelbagai masyarakat menerimanya.malah hasilnya dapat kita lihat dengan kejayaan pengubatan sakit lumpuh dan beberapa jenis penyakit kronik lain. MW berkesempatan bertemu dengan pakar homoeopati Malaysia Prof. Dr. Nik Omar Haji Nik Daud yang juga Presiden dan Pengasas Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Malaysia

Menurutnya perubatan homoepati tidak ada bezanya dengan perubatan biasa. Malah kursus yang dijalankan juga mengambil masa selama lima tahun. Mungkin ramai dikalangan masyarakat yang kurang membaca tidak mengetahui nya. Ada juga yang berpendapat perubatan ini menggunakan akar akar kayu. sebenarnya itu semua adalah salah.

Ramai dikalaangan pelanggan perempuan datang kerana menghidap berbagai jenis penyakit seperti sakit bulanan atau sengugut, haid tidak teratur, faraj berbau, fibroid, keputihan, mandul dan sebagainya. Ubat-ubat homeopati boleh dikatakan amat sesuai dengan sebarang masalah penyakit wanita kerana ubat-ubat homeopati memang diakui sebagai lembut dan mesra alam serta mudah serasi dengan penderitaan penyakit-penyakit yang dialami oleh kaum wanita.

Menurut beliau penggunaan ubat homoeopathy ini, sudah diperkenalkan di Malaysia ini sejak tahun 1977. Iaitu setelah Prof Nik Omar kembali ke tanah air setelah menghabiskan pengajian dalam jurusan perubatan homeopati selama 7 tahun di Pakistan dan terakhir di London.

Sekembalinya beliua ke Malaysia beliau terus menubohkan sebuah kelinik homeopathy yang pertama secara moden dan sistamatik ditengah-tengah bandar Kota Bharu. Dari sehari kesehrai kelinik ini semakin maju sehinggalah kehari ini, beliau telah dapat menubohkan 5 buah lagi kelinik-kelinik cawangan diseluroh Malaysia. Tidak hairanlah dikalangan ahli-ahli homeopati Dr Nik Omar digelar sebagai 'Bapak Pengembangan Homeopathy Malaysia' dan diperingkat antarabangsa beliau telah dianggap sebagai ' The don of homeopathy in Malaysia'

"Tidak keterlaluan dikatakan rawatan homeopati ini merupakan rawatan pelenggkap. Jika pesakit merasakan mereka menghadapi masaalah dengan perubatan biasa atau mungkin perubatan biasa atau allopati sudah tidak berkesan, maka pesakit boleh mencuba rawatan homeopati pula," demekian tegasnya.

"Sebagai doktor saya lebih suka, jika pesakit berterus terang berkaitan penyakit yang mereka hidapi. Itu penting bagi saya untuk memberi ubat, seterusnya membuat pemeriksaan. kerjasama pesakit amatlah perlu bagi memudahkan rawatan diberikan agar setiap kesakitan dapat disembuhkan sebeberapa cepat yang boleh," ujar Dr Nik lagi.

[ Lihat Bio-data Dr Nik http://nikomar.xaper.com

Organon Of Homeopathic Medicine / Al Kanun Fil Tibb

Fakulti Perubatan Homoeopathy Malaysia

Organon Of Medicine In Homeopathy

Organon bermaksud alat atau instrument . Pengertian asal dan pengkajian diambil dari kitab karangan Abu Ali Hussain bin Abdullah ibn Sina (Ibnu Sina ) iaitu Al-Kanun Fil Tibb yang masih digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan dalam pengajian perubatan. Dalam organon yang dihasilkan oleh Samuel Hahnemann ini mengandungi 291 Para .

Selepas menulis edisi ke 6 Organon ini beliau meninggal dunia dan tidak sempat dikeluarkan edisi ini. Namun selepas sekian lama barulah edisi ke 6 ini dicetak , ia terbahagi kepada 69 Para Teori dan yang lainnya Amalan dan Penemuan. Edisi terakhirnya tercatit tentang Miasma Kronik Psora,Sikosis, Siplis dan tuberkulosis, penemuan 'Constitutional remedy' atau 'Deep Action remedy' untuk Miasma Penyakit Kronik (contohnya Cancer) dan pencegahannya dan penemuan potensi baru iaitu millesimal. Terdapat beberapa pindaan dan tambahan dari edisi ke 5, dan susunan 'Organon of Medicine' Hahnemann yang ke 6 ini boleh dikira paling sempurna.

THE ORGANON OF THE ART HEALING

(Cara Perawatan Mengikut Perundangan Homeopathy)

Pada tahun 1801 Dr. Samuel Hahnemann telah menerbitkan buku " ORGANON OF HOMEOPATHIC MEDICINE " yang mengandungi rumusan-rumusan Homeopathy sebagai kaedah yang rasional. Semua yang dihuraikan dalam organon adalah hasil pengalaman dan penyelidikan asli Dr. Samuel Hahnemann. Ia menjadi sumber rujukan utama yang penting kepada setiap pelajar perubatan Homeopathy.

Di antara kandungan 'Organon' tersebut ialah :

Para 1: Tugas perawat yang utama memberikan kesihatan kepada pesakit.

Para 2: Penyembuhan yang paling utama ialah cepat, sopan dan penyembuh yang berkekelan.

Para 3: Seorang perawat mestilah memahami :

- simtom atau gejala-gejala yang terdapat pada pesakit.

- Simtomology dalam satu-satu ubat.

- bagaimana harus menyesuaikan ubat ubat tersebut kepada pesakit.

- dapat membezakan halangan halangan kearah penyembuhan

Para 4: perawat mestilah pandai membezakan dan mengecam serta menghapuskan semua jenis penyakit yang terdapat pada seseorang individu itu.

Para 5: perawat mestilah mengecam kehadiran penyakit penyakit kronik. (idapan lama)

Para 6: perawat wajib lah memerhatikan keluhaan keluhan pesakit dari awal sampai akhir dan sebab sebab berlakunya sesuatu penyakit. Dalam menelitikan satu satu penyakit seorang perawat itu membuat definasi yang benar dan tidak boleh teragak agak.

Para 7: sesuatu penyakit yang tidak mempunyai banyak keluhan, mestilah meneliti dengan baik bahawa sudah tentu vital force atau kuasa hayat pesakit itu menderita. Jika semboyan semboyan itu dicatitkan dari awal sampai akhir penyembuhan sudah pasti akan datang.

Para 8: sekiranya semua semboyan semboyan atau simtom penyakit telah dihapuskan, sudah pasti penyakit itu sembuh dengan sendirinya. *Nota: hal ini dinafikan oleh persekolahan lama

Para 9: waktu sihat semangat atau vital force memainkan peranan kearah keharmonian tubuh badan.

Para 10: dengan kehilaangan vital force atau kuasa hayat atau semangat, tubuh badan manusia itu dianggap mati.

Para 14: sesuatu penyakit yang dapat disembuhkan, pasti akan dapat disembuhkan mengikut semboyan semboyannya.

Para 17: apa yang ditugaskan kepada perawat ialah menghalkan segala semboyan yang ada pada pesakit, jika ini berlaku, bererti ia telah berjaya menyembuhkan pesakit itu.

Para 18: semua semboyan semboyan atau totality of symptoms adalah satu satu nya garis panduan dalam pemilihan atau pemberian ubat ubat itu kepada orang yang sihat.

Para 20: kuasa satu satu ubat untuk penyembuhan itu ditentukan mengikut ujian ubat itu kepada orang yang sihat.

Para 22: mengikut pengalaman Dr. Hahnemann, tiap penyakit itu dapat disembuhkan dengan hanya berpandukan 'similarity'.

Para 23: rawatan mengikut cara 'antipathic' atau bertentangan, tidak akan memberikan penyembuhan yang berkekalan.

Para 37: dalam rawatan yang tidak homoeopatik, penyakit penyakit chronic tetap tidak berganjak - tidak sembuh.

Para 39: penyakit penyakit chronic yang mendapat rawatan allopathy sudah pasti diberi drug drug yang kuat dan suppressed atau pendamkan penyakit . setelah habis kuasa drug tersebut, penyakit chronic itu akan datang lagi, kadang kadang lebih teruk dari biasa.

Para 40: kadang kadang tidak sahaja penyakit itu bertambah tenat, tetapi boleh menyebabkan timbul penyakit baru. itu dipanggil kesan sampingan ubat - side effect of drug.

Zat Garam Dalam Homeopathy / Bio-Chemic Tissue Salts

Fakulti Perubatan Homoeopathy Malaysia

Sistem Bio- Chemic

Zat Garam atau Garam Galian Biokimia

Sistem biokimia merupakan suatu sistem yang baru dalam era sains perubatan. Ia telah ditemui dan diperkenalankan oleh Dr. Wilhelm Heinrich Schuessler sebagai "The Bio-Chemic Therapy " atau Tissue Salts atau lebih dikenali dalam bahasa melayu sebagai zat garam atau garam galian, yang sangat diperlukan dalam badan manusia.

Biokimia adaalah sains dan bukanya satu eksperimen atau percubaan. Penyelidikan ke atas darah manusia menunjukkan ia mengandungi bahan bahan organik dan tak organik. Bahan bahan tak organik inilah yang dikenalpasti sebagai zat garam atau garam galian.. Garam galian ini didapati amat perlu dan penting bagi badan manusia untuk pertumbuhan dan segala aktiviti-aktiviti di dalam sel.

Sejumlah 12 jenis garam galian terdapat dalam setiap tubuh badan manusia. Kekuraangaan dari salah satu garam galian tadi akan menyebatkan keadaan keadaan yang tidak normal dalam tubuh badan yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit.

Perlu diketahui bahawa penyakit yang dapat disembuhkan dengan cara semulaajadi melaalui pengaliran darah . Bahan bahan yang dibawa kesetian bahagian badan manusia melalui saluran darah diserapkan ke tisu tisu , dengan mengembalikan keadaan yang normal apabila darah yang mengalir itu mengandungi kadar garam tak organik yang mengandungi air, natrium, kalium, silika, magnesium.

Apabila kekurangaan salaah satu atau lebih zat garam tersebut dalam darah akan berlaku ganguan pada bahagian bahagian tertentu badan, maka gejala atau tanda penyakit akan terbentuk sebagai isyaraat supaya kekurangan itu dipercukupkan. adapun dalam kes kes lain yang garam galian ini tidak seimbang , ketegangan atau kepadatan pada tisu tisu , otot otot atau saraf boleh menyebabkan cecair garam tidak dapat diserapkan.

Semua bahan bahan garam ini tidak boleh ditukar ganti dengan apa apa bahan yang lain darinya . Doktor Schuller berpendapat bahawa tidak mungkin menyembuhkan satu satu penyakit itu dengan memasukkan racun atau dadah ke dalam tubuh. Penyakit mungkin bertambah parah.

Dr. Schuessler mengatakan, "bahan bahan taak organik yang berada dalam tubuh yakni dalam darah dan tisu tisu sudah mencukupi untuk menyembuhkan segala penyakit yang dapat disembuhkan . Persoalan nya samaada sesuatu penyakit itu mempunyai hubungan dengan 'fungsi' , kuman atau 'basilin' tidak penting dalam rawatan cara bio-kimia homeopati . Sekiranya remedi digunakan mengikut undang-undang keserasian, maka matlamat untuk menyembuhkan penyakit dapat dilakukan dalam waktu yaang singkat saja.

Penyakit penyakit yang kronik , yang berlaku sebab kelebihan dos atau penggunaan ubat dadah yang kuat seperti 'quinine', 'mercury', steroid, diazepern atau anti depressant', antibiotik dan sebagainya dapat disembuhkan dengan menggunakan dos dos yang paling halus mengikut kaedah sukatan homeopati khususnya pengubatan melalui diperbetul atau ditambah mana-mana garam galian yang tidak normal.

Professor Liebig pula menyatakan , " di dalam keadaan sakit berlaku di dalam tisu tisu satu kepadatan, lalu tersumbat, menyebabkan cecair garam dalam darah tidak dapat masuk untuk membekalkan makanan dan segala keperluan ; tetapi bagi tujuan rawatan cecair garam galian ini diolah atau dilute mengikut formula homeopati dan biokemik dan diberikan dalam bentuk yaang paling minima di mana seluruh molekulnye dibebaskan. dengan itu molekul molekul itu dapat diserapkan kedalam tisu tisu yang padat tanpa sebarang halangan".

Seluruh badan manusia itu terjadi dari sel sel yang berlainan jenis dan fungsinya membentuk tisu tisu dan orgaan organ yang tertentu. perbezaan di antara sel sel itu bergantung kepada kandungan garam tak organik yang berada dalam organ. Sel sel dari kumpulan tiap tiap tisu menerima garam sel yang berlainan ; sebagai contohnya garam garam yang diperlukan oleh sel sel saraf ialah terdiri dari jenis magnesia, potash, soda dan besi ; bagi tulang ialah dari lime, magnesia dan sebagainya yang mana diambil dari makanan yang kita makan.

Mengikut kata Prof Dr Sir Nik Omar, " pengunaan ubat-ubatan bio-chemic dalam menyelesaikan masalah kanak-kanak dan wanita amat berkesan kerana kelembutan bahan-bahan garam galian ini amat sesuai digunakan dikalangan penyakit-penyakit yang dialami oleh bayi atau kanak-kanak," demekian kata Dr Nik.

Oleh itu seorang pengamal biokemik atau homeopati akan tahu untuk memberi remedi yang sesuai bagi setiap penyakit yang dialami berdasarkan gejala-genjala penyakit.

12 Jenis Garam Galian Asas Yang Terdapat Dalam Tuboh Manusia ialah:

dari lime Calcarea Phosphorica

dari besi Ferum Phosphoricum

Phosphates dari potash Kali Phosphoricum

dari soda Natrum Phosphoricum

dari magnesia Magnesia Phosphoricum



Chlorides dari potash Kali Muriaticum

dari soda Natrum Muraiticum

Sulphate dari lime Clacarea Sulphurica

dari soda Natrum Sulphurica

dari potash Kali Sulphurica

Flouride dari lime Calcarea Flourica

Pure Silica Silicea

Sumber Rujukan: Pepustakaan Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, Pasir Mas, Kelantan.

Undang-Undang Keserasian Dalam Homeopathy


Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia

Undang-Undang Keserasian Dalam Homeopati

Law of Cure: Similar Similibus Curentur

Dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'let likes be treated by likes' atau dalam bahasa Melayu ' Persamaan Dengan Persamaan Menyembuhkan atau ringkasnya Keserasian'

Pengistiharan pertama tentang penemuam fomula baru bagi penyembuhkan dengan cara 'sains perubatan homoeopathy iaitu similia similibus cerentur bermula pada tahun 1796 di dalam artikal pertama dalam majalah perubatan germany - "on a new principle for ascertaining the curative preperties of drugs"

sebelum pengistiharan itu dibuat beliau telah menguji dan menyelidik selama enam tahun berhubung dengan formula tersebut. Setelah beliau mendapat kepastian, barulah formula tersebut diumumkan pada orang ramai terutama pada doktor-doktor diseluruh germany.

beliau pertama kali menemukan formula tersebut sewaktu beliau sedang menterjemah buku perubatan karangan seorang doktor inggeris bernama Dr. Cullen's Mataria Medica pada tahun 1790. Beliau tidak berpuas hati di atas keterangan yang diberikan oleh Dr. Cullen's tentang satu rencana berhubung dengan ubat quinine atau peruvion bark dapat menyembuh malaria atau 'argue'.

di dalam buku Dr, Cullen's Materia Medica dinyatakan bahawa quinine hanya dapat menyembuh demam malaria itu dengan ketar berselang seli dengan panas. Diberikan ubat tersebut sebanyak 500mg. terus dapat menyembuhkan 'argue'.

Dr. Cullen's tidak menyatakan apakah simtom-simtom selanjutnya tentang ubat quinine dan bagaimana tindakan ubat tersebut terhadap manusia dan cara-cara menggunakannya

Dr, Hahnemann lalu mencuba sendiri ubat yang dikatakan dapat menyembuhkan demam ketar iaitu 'quinine' atau 'China Off' . Setelah mencubanya beberapa ketika, Dr. Hahnemann mendapati dirinya diserang sejenis penyakit demam ketar-ketar, sejuk badan dan sakit kepala, lengah lumpoh, seluruh tubuh. Beliau merasa hairan kenapa yang yang dikatakan dapat menyembuhkan demam ketar itu, boleh menyembabkan dia diserang demam ketar setelah dia sendiri memakannya, lalu beliau mengidap demam ketar. Setelah semua simtom deman ketar itu timbul didirinya iaitu selepas beberapa hari beliau memakan ubat 'China Off' dalam sukatan yang tertentu, maka demam yang beliau hidapan itu beransur-ansur sembuh dan baik.

Penemuan Formula Baru


Di atas penemuan baru yang tidak di sangka itu, tercetuslaah idea baru, dimana ; UBAT JIKA DIMAKAN DIWAKTU SIHAT AKAN MENIMBULKAN GEJALA-GEJALA SERUPA DENGAN PENYAKIT ITU. Beliau kemudiaanya pula mencuba dengan berbagai jenis ubat-ubat lain seperti Aconite, Arnica dan lain-lain lagi dan didapati jawapan yang sama. lalu formula yang beliau temui ini dinamakan homoeopati iaitu satu sistem perubatan berasaskan persamaan dengan persamaan menyembuhkan atau ringkas dikenali sebagai serasi.

Sumber: Nota-Nota Kuliah yang disampaikan oleh Prof Dr Sir Nik Omar

Falsafah Homeopathy

Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia

Falsafah Homeopathy / Homeopathic Philosophy

Oleh Prof Dr Sir Nik Omar

Falsafah Homeopati begitu unik dimana dihuraikan perbincangan berbagai aspek perubatan dari sudut falsafah. Kerana ilmu-ilmu kedoktoran yang hanya menumpukan aspek pembelajaran sains semata-mata akan gagal menyelesaikan masalah pesakit. Oleh itu pengajian kedoktoran homeopati mewajibkan seseorang pengamal perubatan homeopati mempelajari sains tulin, falsafah dan juga seni.

Tidak hairanlah Samuel Hahnemann meyifatkan seorang ahli homeopati itu mempunyai tiga watak pada dirinya iaitu ahli falsafah, ahli sains dan seorang seniman.

Kenapa ahli perubatan itu dikenali sebagai seorang ahli falsafah ? Ini kerana ahli homeopati mengupas dengan mendalam soal-soal tenatng apa itu penyakit dan apa itu sihat. Yang sakit itu adalah manusia dan kita sebagai ahli perubatan harus mengetahui apa punca penyakit sebenarnya, mencari akar umbi penyakit dan memberi satu ubat yang benar-benar boleh menyembuhkan pesakit tersebut. Soal penyakit dan kesakitan ini bukanlah bidang sains, malah ia lebih menjuruskan kearah falsafah.

Kenapa pula ahli homeopati dipanggil sebagai seorang saintis ? Sebab ahli-ahli homeopati mempelajari sains perubatan saperti anatomi, fisiologi, biologi, pathalogi, fisik , kimia dan sebagainya, maka denga itu, ia dikenali sebagai seorang saintis.

Kenapa ahli homeopati dipanggil seniman ? Kenapa tidak, sebab kaedah menyentuh pesakit, bertanya pesakit dengan lemah lembut, berbicara dengan tutur kata yang sopan dan berbudi bahasa. Itu semua bukan falsafah dan tidak juga sains tetapi itu adalah seni perawatan, makan tidak hairanlah ahli homeopati juga dikenal sebagai seniman.

Sumber: Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, Pasir Mas, Kelantan. tel: 09-7972948

Web: http://drnikomar.tripod.com