Saturday, December 1, 2007

Apa Itu Akupunktur


Apakah Akupunktur @ Acupuncture


Aku- tajam - Punktur - tusukan

Akupunktur bererti tusukan dengan benda-benda tajam.

Pada zaman dahulu mereka gunakan batu-batu tajam, kayu, buloh, besi yang tajam untuk meletakkan pada bahagian-bahagian sakit untuk memberi kelegaan. Pada hari ini dengan teknologi moden, jarum-jarum halus yang diperbuat dari stainless still, emas dan suasa yang telah di suci hama [sterile] dan dipakai secara 'guna buang' [ disposable]


Perawatan akupunktur merupakan satu teknik perubatan ajaib 'The Eight Wonders of The World' yang masih diguna pakai oleh ahli-ahli perubatan dari berbagai bidang termasuk digunakan oleh ahli bedah, ahli homeopathy, ahli naturopathy dan ahli-ahli akupubktur sendiri.


Kaedah perubatan ini dengan hanya menggunakan jarus khas akupunktur adalah sangat releven digunakan pakai oleh masyarakat masa kini. Perubatan ini telah dipopularkan dikalangan orang-orang Melayu oleh Prof Dr Nik Omar, Nik Fairuz Hakim, Izham, Dr Faridah, Dr Zaharah dan lainlain.