Sunday, September 4, 2011

Dr Zaharah, Bt Loman, Ahli Homeopathy Meninggal Dunia

Al Fatihah

Untuk Che Zaharah




Alfatihah

Untuk makluman kepasa semua para pesakit Dr Zaharah bt Loman, isteri Dr Nik Omar telah kembali ke Rahmatullah pada 28hb Ogos 2011 jam 5 pagi [ Dua hari sebelum Hari Raya AidilFitri, kerana Sakit Jantung Kronik [ Chronic Rheumatic Heart Disease ] yang beliau alam sejal umur 12 tahun.

Zaharah dilahirkan pada 21 Oktober 1975 . Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gelang Mas, Meranti, Pasir Mas, Kelantan sehingga Darjah 6. Tingkatan 1 , beliau belajar di Sekolah Menengah Arab Pohon Buloh, Pasir Mas sehingga Tingkatan 5. Tingkatan 6 beliau belajar di Sekolah Menengah Arab Pasir Mas sehingga tamat SMU.
Selepas itu beliau megerjakan Haji pada tahun 1994 bersama ayah dan ibunya di Mekkah.

Waktu di Mekkah beliau bertemu dengan Dr Nik Omar dan bertunang di Mekkah dan tahun 1995 Che zaharah telah bernikah dengan Dr Nik Omar.

Pada tahun 1995 beliau telah diterima mengikuti Kursus Kedoktoran Homeopathy sehingga beliau tamat Bachelor Homeopathic Science - BHMS pada tahun 2000. Beliau telah praktik sebagai Pegawai Perubatan Homeopathy di Klinik Homeopathy Dr Nik Omar di Kuala Lumpur sehingga tahun 2002 dan terus berkhidmat di Hospital Homeopathy Dr Nik Omar di Gelang Mas, Bunut Susu, Pasir Mas sehingga beliau kembali ke rahmatullah pada 28 Ogos 2011 yang baru lalu.

Tahun 2010 beliau telah diterima masuk Universiti Malaysia dan tamat Diploma In Magnement pada Mei 2011. Pada July 2011 telah lulus peperiksaan akhir dan dijemput untuk menerima ijazah di Universiti Malaysia pada bulan July 2011, tetapi saya Allah Yarhamah tidak sempat menghadiri konvoksyen tersebut.

Sepanjang hidup Che zaharah adalah seorang isteri yang solehah, taat kepada suami dan mendidik anak-anak sehingga cermelang, anak-anak semua mendapat 5A dalam UPSR.

Kata suami Che Zaharah, " Adalah sukar untuk mencari ganti seorang isteri solehah seperti Che Zaharah, " demekian kata Dr Nik Omar.

Al Fatihah