Monday, January 2, 2012

Tahun 2011 Yang Mencabar

Tahun 2011 telah berlalu begitu pantas. Banyak hal-hal yang berlaku sepanjang tahun 2011 Dalam Dunia Perubatan Alternatif yang kami dukung sejak 30 tahun yang silam. Tahun 2011 membawa banyak kenangan, suka dan duka. Yang paling menyentuh ialah kehilangan isteri Dr Nik Omar, yang selalu memberi semangat juang dalam kehidupan. Pemergian Dr Hajjah Zaharah bt Loman pada 28 July 2011 [ 2 hari sebelum Aidil Fitri ] telah mengubah lanskap Hidup Dr Nik Omar. Dr Zaharah adalah satu-satunya ahli homeopathy wanita yang terkenal di Kelantan. Beliau banyak mengubati pesakit-pesakit dengan hati yang lapang. Beliau bukan sahaja seorang ahli dalam perubatan homeopati , malah beliau juga merupakan satu-satunya wanita Melayu yang mengamalkan perubatan akupunktur China. Beliau pernah berkhidmat di Klinik Homeopathy Dr Nik Omar di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Kg Chicha, Kubang Kerian sebelum kami berpindah ke Kampung Gelang Mas, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. ***** Selain dari itu, MRHP dan FAHOM banyak melibatkan diri dalam dunia perubatan baik di tanah air sendiri mahupun di luar negeri antaranya di Malaysia: 1. Kita mengadakan tidak kurang dari 10 Seminar Perubatan Akupunktur China di Kelantan dan Kuala Lumpur. 2. Di Peringkat Antarabangsa Seminar AHML di India April 2011 Kita menghadiri Seminar di Jakarta - July 2011 Kongress Homeopathy di Colombo, India Congress 66 Liga LMHI di New Delhi, India Selamat Jalan 2011 Kami Sedia Menghadapi 2012 dengan Tenang dan Yakin Akan Berjaya.