Monday, January 2, 2012
Tahun 2011 Yang Mencabar
Tahun 2011 telah berlalu begitu pantas.
Banyak hal-hal yang berlaku sepanjang tahun 2011 Dalam Dunia Perubatan Alternatif
yang kami dukung sejak 30 tahun yang silam.
Tahun 2011 membawa banyak kenangan, suka dan duka.
Yang paling menyentuh ialah kehilangan isteri Dr Nik Omar, yang selalu memberi
semangat juang dalam kehidupan. Pemergian Dr Hajjah Zaharah bt Loman pada 28 July
2011 [ 2 hari sebelum Aidil Fitri ] telah mengubah lanskap Hidup Dr Nik Omar.
Dr Zaharah adalah satu-satunya ahli homeopathy wanita yang terkenal di Kelantan.
Beliau banyak mengubati pesakit-pesakit dengan hati yang lapang. Beliau bukan
sahaja seorang ahli dalam perubatan homeopati , malah beliau juga merupakan satu-satunya
wanita Melayu yang mengamalkan perubatan akupunktur China.
Beliau pernah berkhidmat di Klinik Homeopathy Dr Nik Omar di Kampung Baru, Kuala Lumpur
dan Kg Chicha, Kubang Kerian sebelum kami berpindah ke Kampung Gelang Mas, Bunut Susu,
Pasir Mas, Kelantan.
*****
Selain dari itu, MRHP dan FAHOM banyak melibatkan diri dalam dunia perubatan baik di tanah air
sendiri mahupun di luar negeri antaranya
di Malaysia:
1. Kita mengadakan tidak kurang dari 10 Seminar Perubatan Akupunktur China di Kelantan dan Kuala Lumpur.
2. Di Peringkat Antarabangsa
Seminar AHML di India April 2011
Kita menghadiri Seminar di Jakarta - July 2011
Kongress Homeopathy di Colombo, India
Congress 66 Liga LMHI di New Delhi, India
Selamat Jalan 2011
Kami Sedia Menghadapi 2012 dengan Tenang dan Yakin Akan Berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment