Saturday, July 31, 2010

Cara rawatan Homeopati @ Homeopathy


Bila berada di Klinik Homeopathy

Prosedur 1: Daftar nama di kaunter

Prosedur 2: Masuk bilik doktor

i ) Doktor akan mengambil kes dengan menanyakan beberapa soalan lazim seperti sakit apa, dimana, berapa lama sakit, sejarah rawatan terdahulu, berapa kerap kesakitan, waktu kesakitan dan lain-lain soalan.

ii) beberapa soalan mungkin aneh bagi pesakit tetapi amat perlu bagi doktor homeopati untuk memilih ubat-ubat yang tepat. Umpamanya sakit dikiri atau kanan, suka makan makanan panas atau sejuk, suka diluar atau didalam, suka pada angin atau aircond, najis warna kuning, hitam atau cair da berbagai soalan yang tuan/puan fikir aneh tapi bagi kami amat penting.

iii) setelah selesai kes doktor akan memberi ubat dan memberi nasihat, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dimakan.

iv) bagi stengah penyakit anda akan disyurkan rawatan alternatif lain selain dari homeopati, umpamanya rawatan akupunktur, rawatan di hospital kerajaan atau swasta lain.

Nota: Perlu diingatkan bahawa ada setengah penyakit memerlukan rawatan susulan antara 2 hingga 4 kali atau lebih bergantung kepada seriusnya penyakit.

Ingat: Rawatan homeopati bukan untuk menahan kesakitan tetapi untuk menyebuhkan. Ubat homeopathy adalah ubat organik dan bukannya dadah. Ubat homeopati menyembuhkan secara sistematik dan bukannya pain killer.

Selamat mencuba dan selamat sembuh.

No comments: