Saturday, July 31, 2010

Percayakah Doktor Pada Jin atau Syaitan ?

Ramai orang sakit bertanya
" Apakah harus kita percaya pada 'buatan orang' jampi , santau, ilmu hitam, jin atau Syaitan ? "

Jawapan saya: saya percaya pada kewujudan jin atau syaitan.

Kan dalam Quran dinasihatkan kita membaca ' Akuzubillah hi mana syaitan ni rajimm' sebelum kita membaca al quran. Ini membuktikan bahawa jin atau syaitan itu ada, dan kita harus faham bahawa jin dan syaitan ada dalam alam dia. Kita tidak nampak dia, tetapi dia ada.

Bagi orang-orang yang mepelajari ilmu mistik atau ilmu hitam, mereka menggunakan jin atau syaitan untuk merawat orang-orang sakit dan begitu jugak jika diupah mereka sanggup melaksanakan tugas menghancurkan kehidupan seorang manusia.

Jika anda menghidapai sebarang penyakit aneh dan tidak mau sembuh-sembuh dengan cara perubatan moden, tidak menjadi kesalahan bagi anda mencuba rawatan Islam, rawatan melayu, ba'geh atau sebagainya demi untuk menyembuhkan sebarang penyakit.

No comments: