Friday, December 24, 2010
Doktor Homeopathy Faridah A Hamat
Dr Fraidah memberi rawatan percuma di Kemboja dibawah Persatuan pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia - MRHP Malaysia.
Di London
Di Belgium 2009
( di pakistan 1990 )
Bio Data Dr Faridah A Hamat
Seorang Ahli Homeopathy Melayu di Malaysia
Di lahirkan di Kota Bharu, Kelantan beliua mula mengenal dan mempelajari homeopathy dengan Prof Dr Nik Omar pada tahun 1979. Waktu itu Dr Nik telah memulakan pengajian pertama 'Kursus Homeopathy' kepada 7 orang pelajar perintis di Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia.
Antara 7 orang perintis pertama:
1. Faridah A Hamat
2. Wan Jamil
3. Nik Asiah
4. Khatijah
5. Aminah
6. Sakinah
7. Adawiyah.
Pada tahun 1982 Dr Faridah telah berpindah bertugas di Pusat Perubatan Homeopathy Dr Nik Omar di Pulau Pinang. Pada tahun 1987 beliau berpindah bertugas di Pusat Homeopathy Dr Nik di Shah Alam. Pada tahun 1997 Dr Faridah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengurus dan ditukar ke Pusat Homeopathy Dr Nik di Kg Baru Kuala Lumpur dan pada tahun 2009 Dr faridah telah dilantik sebagai Pengurus di Pusat Perubatan Homeopathy Nik Omar di 118 Jalan Raja Laut ( Dekat PWTC) Kuala Lumpur hingga sekarang.
Pengalaman beliau dalam perubatan homeopathy begitu banyak antaranya
1. Beliau telah menjadi pengamal homeopathy sejak lebih dari 20 tahun.
2. Beliau telah menghadiri lebih dari 12 persidangan homeopathy peringkat antarabangsa di seluruh dunia termasuk di India, Pakistan, Belgium, Malaysia
3. Beliau adalah salah seorang ahli persatuan homeopathy MRHP yang aktif memberi khidmat sukarela di merata tempat termasuk di Ulu Tembeling, di Thailand dan di kemboja
4. Beliau telah merawat lebih dari 100,000 pesakit sejak 20 tahun yang silam.
Beliau mempunyai kepakaran dalam perubatan Homeopathy dan amat meminati kes-kes
Rawatan kanak-kanak dan bayi
Rawatan Wanita seperti haid tidak teratur, senguggut, PCOS, kemandulan, dll.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment