Wednesday, April 8, 2009
Tanda-Tanda Awal Sakit Buah Pinggang - Renal Failure
Rawatan Akupunktur
Dialysis Cuci dengan Mesin 3 hari sekali , sekali cuci 3 jam. Tidak boleh berhenti, mesti terus cuci.
Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan oleh badan. Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit,antaranya ialah keturunan,jangkitan,penyakit darah tinggi,diabetes mellitus,dan terlalu banyak mengambil ubat.
Perhatikan beberapa gejala ini, jika anda mempunyai gejala-gejala berikut, cepat-cepat jumpa doktor dan makan ubat. Jika boleh jangan amalkan ubat-ubat kimia terlampau banyak. Kesan sampingan ubat-ubat kimiawi [ drugs] boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang atau renal failure.
Antara Gejala yang harus diberi perhatian:
* Jika ada sebarang perubahan pada air kencing
* Kencing kerap, kencing tak tos, kencing dribbling, kencing berminyak, darah dalam air kencing, sering kencing malam dan lain-lain
* selalu keletihan, muka sembab, kaki bengkak [ sembab]
* Muka kelihatan pucat, berat badan menurun.
Awas: Buat masa ini rawatan untuk 'Penyakit Buah pinggang' ialah Dialysis atau cuci darah dengan mesin Dialysis.
Pada peringkat awal penyakit ini boleh dirawat secara homeopati dan akupunktur.
Penyakit ini boleh baik dan boleh relapse balik ( terjadi ) semula, jika pesakit tidak menjaga kesihatan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
lagi info tentang buah pinggang kat sini - Kegagalan Buah Pinggang
Post a Comment