Friday, August 14, 2009

Soalan Rawatan Buah Pinggang

Yang hurmat Tuan Dr Nik Omar,

Saya ingin bertanya kepada Dr. berkenaan perubatan Homeopathy ni. Ayah saya bebaru ni telah admitted di hospital disebabkab tersedu yang terlalu kerap sehingga boleh menyebabkan sesak nafas. Saya ada melihat yang muka dan kaki ayah saya bengkak-bengkak. Disebabkan itu saya menyangkakan ianya berpunca daripada masalah buah pinggang. Hasil telitian awal Dr. di hospital, kemungkinan besar ayah saya ada Renal Failure. Ada doktor yang mengatakan kemungkinan lagi 3 atau 4 bulan ayah saya memerlukan dialisis untuk mencuci darah. Ada juga doktor yang mengatakan ayah saya tidak lagi memerlukan dialisis buat masa ini. So, sebagai langkah-langkah awal, saya ingin mendapat maklumat yang lebih berkenaan rawatan homeopathy ini.

Jawapan:

1. Dialisis atau cuci buah pinggang adalah salah satu cara terbaik yang diamalkan hari ini dikebanyakan hospital-hospital di Malaysia dan juga di dunia.

2. Jika ditakhdirkan ayah puan terpaksa buat dialysis, maka lakukanlah seperti arahan doktor.

3. Dalam bidang perubatan alternatif seperti homeopati atau akupunktur, kita boleh membantu menurunkan creatine atau protein dan usaha memberi ubat-ubat jika masih belum buat dialysis.
Biasanya kita beri tempuh satu atau dua bulan sahaja, kalau ada penurunan dalam ukuran creatine atau protein dalam empuh tersebut, makan kita boleh teruskan rawatan. Jika tidak, dialysis terpaksa dilakukan jua.

No comments: