Saturday, July 30, 2011

skizofrenia, penyakit Jiwa



2nd Asian Homeopathic Medical league Conference at Kuala Lumpur 1989



SKIZOFRENIA dialami kira-kira 24 juta penduduk di seluruh dunia. Lebih daripada separuh pesakit tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Lebih membimbangkan, kira-kira 90 peratus penghidap skizofrenia yang tidak dirawat tinggal di negara sedang membangun.

Ciri skizofrenia termasuk pemikiran, tingkah laku dan bahasa yang bercelaru dan abnormal. Penyakit ini boleh beransur-ansur menjadi lebih buruk. Ia menyebabkan pesakit memencilkan diri dari segi emosi dan menyukarkan interaksi sosial dan fungsi harian bagi diri mereka dan orang di sekeliling.

Antara gejala jelas skizofrenia:
Perasaan hasak dengi para sahabat handai, kaum keluarga, cepat meradang, cepat marah, cepat meleting, selalu sedih, suka marah-marah orang, semua orang tidak betul, dia sahaja yang betul, dia maki hamun orang, dia anggap dia dia yang paling alim, bila dia kemana-mana orang tidak senang dengan dia, dia suka menganggu orang, tetapi dia tidak sedar bahawa dia sebenarnya seorang pesakit skizofrenia.


Menurut Pengarah Pusat Sains Ketagihan Universiti Malaya dan Pakar Runding Psikiatri Kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Mohd Hussain Habil, data mendapati jangka hayat pesakit lebih singkat kerana kemungkinan mengalami kegemukan, kolesterol tinggi dan diabetes.

Penghidap skizofrenia menghadapi risiko lebih tinggi menghidap sindrom metabolisme yang merupakan masalah kesihatan umum di Malaysia.

Merawat skizofrenia

Ubat antipsikotik ialah jenis ubat yang digunakan untuk merawat skizofrenia, dan boleh diklasifikasikan sebagai antipsikotik konvensional atau atipikal. Seperti mana-mana ubat lain, sesetengah kesan sampingan mungkin dialami. Bagaimanapun kejayaan merawat skizofrenia membabitkan berbilang faktor, termasuk kemujaraban dan keselamatan ubat dan pematuhan pesakit kepada rawatan.

Setiap doktor yang merawat penyakit ini akan berhadapan dengan cabaran menyediakan rawatan yang sesuai untuk setiap pesakit, kerana setiap seorang adalah unik. Selain itu, kadar sindrom metabolisme yang tinggi di kalangan penduduk Malaysia menjadikan keadaan lebih sukar untuk merawat mereka. Menurut garis panduan amalan klinikal, 40 peratus daripada penghidap skizofrenia turut menghidap penyakit lain, dengan diabetes dan hipertensi merupakan penyakit paling umum.

Buat masa ini, banyak ubat antipsikotik konvensional diketahui meningkatkan risiko sindrom metabolisme, justeru pemantauan teliti diperlukan untuk mengesan kemunculan awal keabnormalan metabolisme. Kerumitan ini boleh dikurangkan di kalangan pesakit yang menghidap skizofrenia dengan menggunakan ubat dengan profil metabolisme yang lebih baik , seperti antipsikotik atipikal lebih baru yang neutral dari segi metabolik.

No comments: