Monday, November 3, 2008

Bagaimana Benih Bercantum / Bagaimana terjadinya Manusia





Hti P-2000 Dr Nik OmarHomeopathic Threatment of Infertility

Percantuman benih hanya boleh berlaku bila dua benih lelaki - airmani (spermatozoa) dan wanita ( ovum ) yang matang dan elok bergabung dan bersatu dengan sempurna. Percatuman ini dinamakan 'cenception'

Sperma / Air Mani Lelaki


Pengeluaran sperma atau airmani ditentukan oleh 2 biji batu pelir atau testis. Jika btau pelir tersebut berukuran baik dan sempurna, maka satu pancutan dari air mani ini kebiasaan berjumlah 100 juta benih. Malah ada lelaki yang memancut lebih dari 150 juta benih. Paling minima ialah 60 juta. Kalau kurang dari 40 juta, kemungkinan besar akan menjadi masalah kesuburan pada lelaki.

Ovum / Telur Wanita

Nucleus sel telur atau ovum mengandungi 23 kromosom. Nucleus dan persekitaran cytoplasm sel telur dikelilingi oleh lapisan sel yang tebal iaitu zon pellucida.

Sewaktu permulaan haid, hormon pengalak - Follicle Stimulating Hormone (FSH) rembesan dari kelenjar pituari telah mengerakkan follicle ovari untuk membesar.

Pada kira-kira hari ke 12 putaran haid, kelenjar pituari mengandakan pengeluaran hormon Luteining atau Luteining Hormone (LH) Dengan itu bilamana hormon FSH dan LH telah keluar dengan normal dan seimbang, maka salah satu dari saluran follicles pecah dan membiarkan telur atau ovum masuk ke rahim melalui fallopian tube.

Follicle dimana telur tersebut dibebaskan akan ditukarkan menjadi 'corpus luteum' yang merembeskan hormon ' progestrone' yang amat penting untuk perbentukan telur yang berjaya. Jika telur tersebut tidak disenyawakan didalam masa 1 hingga 2 hari dalam tempuh penetasan atau 'ovulation' . Telur tersebut akan mati dan luput, ini akan dususli denga kedatangan haid atau menses.

Perubahan Di Dalam Rahim / Uterus

Semasa pembentukan follicle, ' hormon 'estrogen' dibebaskan oleh ovari. Selepas ovulasi ' hormon 'progestrone' turut dibebaskan oleh 'Corpus Luteum'. Kedua-dua hormon ini merangsang penebalan dinding rahim atau endometrium ( uterine lining) dan bilangan sel sebagai persediaan untuk membekalkan zakt-zakat kepada telur yang bakal disenyawakan. Seandainya pensenyawaan tidak berlaku, lapisan dinding rahim akan terburai dan darah haid akan keluar dengan sendirinya.



Persenyawaan / Fertilization

Sewaktu ovulasi berlaku laluan dari permukaan follicle ke rahim melalui tube fallopian akan merembeskan ceair mukusa yang kaya dengan zat sebagai pelincir untuk perjalanan sel-sel sperma menuju ke uterus.

Sewaktu persetubuhan berjuta-juta sperma dipancutkan kedalam faraj, dekat dengan persekiataran servik yang beralkali. Kebanyakan sperma 'berenang' pada arah yang salah, lain-lainnya terbunuh oleh keadaan berasid dalam faraj / vagina. Manakala yang lainnya terperangkap dalam lipatan dinding-dinding faraj.

Sperma yang berjaya melalui terus servik dibawa kearah tube fallopio secara alami melalui tindakan otot-otot pada uterus.

Persenyawaan berlaku dalam tube fallopio. Sperma pertama yang berjaya menembusi telur membebaskan satu bahan kimia yang memusnahkan semua sperma-sperma lain yang melekat disekitar zona pellucida.

Sebaik sahaja telur itu ditembusi oleh satu sperma, dengan serentak tindak balas kimia menghalang sperma lain daripada memasuki telur itu.

Sewaktu telur dan sperma bercantum dan disenyawakan bergerak melalui tuba fallopio menuju kearah rahim, mereka bersatu membentuk satu nukleus dengan 46 kromosom.
Kromosom ini membiak dan membahagi dua. Proses pembahagian ini berterusan sehingga telur yang disenyawakan membentuk sekelompok sel-sel halus yang setiap satunya mengandungi 46 kromosom.

Lemak dan zat-zat yang tersedia membekalkan telur yang senyawa tadi selama 3 hari semasa ia bergerak menuju kearah uterus. Telur pada peringkat persenyawaan ini dinamakan blastosista ( blastocycst )


Penempelan / Implantation

Selama 2 hingga 3 hari blastoista tadi terapung-apung secara bebas didalam ruangan rahim ( uterine). Lebih kurang 6 hari selepas persenyawaan, blastosista menempelkan dirinya kepada endometrium, dan melekatkannya secara alami / semulajadi dan menyerapkan sebahagian kecil tisu endometrial.

Darah mengelilingi blastosista itu dan mendapatkan zat-zat. Penempelan lengkap pada minggu ke 12 selepas persenyawaan. Beberapa sel dari blastosista kemudiannya membentuk janin -'embryo', yang lainnya membentuk struktur-struktur berzat seperti tembuni atau placenta.

Penentuan Kehamilan / Determination of Pregnancy

Kebiasaannya seorang wanita mengesyaki kehamilan apabila, kitaran haid telah terlewat dari jadual asal. Jangkas masa kehamilan dikira menggunakan hari pertama daripada hari terakhir kedatangan haid seseorang wanita.

Ujian-ujian kehamilan boleh dilakukan dengan menguji air kencing sebaik sahaja kedatangan haid lewat selama 7 hari ini berdasarkan kehadiran hormon ' Human Chorionic Gonadotrophin ( HCG) pada air kencing.

Pada minggu ke 6 kehamilan, tembuni 'placenta' merembeskan jumlah HCG yang berlipat ganda dalam air kencing setiap wanita yang mengandung.

Kadang-kala ujian kehamilan melalui air kencing atau HCG tidaklah begitu tepat pada peringkat awal kehamilan.
Adalah lebih tepat jika ujian-ujian kehamilan dilakukan selepas 6 minggu kehamilan.

Mual dan Muntah Tanda Hamil

Pada sesetegah wanita tanda-tanda kehamilan boleh dikenal pasti dengan jelas melalui tanda-tanda awal seperti mual, loya, pening, keletihan, muntah-muntah, bau busuk, bertambah air liur, kerap kencing dan lain-lain.

Bagi doktor-doktor pakar kehamilan dapat dikenal pasti menerusi pemeriksaan dalaman seperti warna yang lebih gelap pada vulva dan faraj, kelembutan pada servik, ukuran rahim, buah dada yang berisi padat, terutamanya selepas minggu ke 6 kehamilan.

No comments: