Monday, November 3, 2008

Mengenali Alat Kelamin Lelaki & Wanita




Hti P-2000 Dr Nik Omar Homeopathic Threatment of Infertility

Lelaki

1. Zakar dengan tisu erektil
2. Testikal dan scrotum / vesica seminalis
3. Pundi kencing
4. Kelanjar Prostat
5. Saluran Sperma
6. Lubang Air kencing

Zakar ( penis) adalah alat untuk persetubuhan ( sanggama ) dan berkemih. Didalamnya terdapat saluran yang berfungsi ganda, tujuannua untuk mengeluarkan air mani dan air kemih ( air kencing )

Batu Pelir ( buah zakar ) atau testis adalah kelenjar kelamin lelaki yang menghasilkan sel-sel mani ( spermatozoa ) . Didalam kantung zakar terdapat sepasang batu pelir ( buah zakar)

Kantung Mani ( Vesica Seminalis ) adalah tempat penyimpanan sel-sel mani sebelum dikeluarkan dari tubuh lelaki.

Saluran Mani ( epidydimis dan vas deferens ) adalah saluran penghubung antara buah zakar dan kantung mani.

Kelenjar Prostat ( glandular prostata ) menghasilkan sejenis cairan yang merupakan bagian cair dari air mani dan bersifat menghidupkan sel-sel mani dan juga mengimbangi pembuangan air kemih / air kencing

Biologi Kehidupan Lelaki

Dari usia remaja batu pelair ( buah zakar ) menghasilkan hormon lelaki yang dinamakan 'testeron' dan membentuk sel-sel mani ( sperma ). Penghasilan testeron dan pembentukan sel-sel mani berlangsung terus-menerus dengan banyaknya pada lelaki normal sehinggalah kehari tua bilamana ia mula menurun.

Sel-sel mani yang telah dibentuk oleh buah zakar disalurkan melalui saluran mani menuju ke kantung mani. Perjalanan didalam saluran mani berlangsung lebih kurang 10 hari lamanya. Selama didalam saluran mani sel-sel mani mengalami proses pematangan dan pembentukan yang sempurna. Bentuk sel mani yang sempurna ialah berkepala bujur, badan yang pendek, ekor yang panjang dan mampu bergerak sendiri.

Sewaktu pancutan sperma, sel-sel mani dikeluarkan bersama-sama dengan cairan yang dihasilkan oleh kelenjar prostat dan kelenjar-kelenjar lainnya. Pada seorang lelaki normal, satu pancutan mani, mengeluarkan 2 hingga 5 cc air mani dan jumlahnya melebihi 100 juta benih.

Didalam faraj atau vagina air mani akan cepat menjadi cair dan sel-sel mani mulai bergerak sendiri ( mobiliti ) untuk melanjutkan perjalanan menuju ke saluran telur.

Keupayaan dan kerjayaan air mani untuk terus hidup subur dan bercantum dengan benih wanita - ovum bergantung kepada keadaan pesekitaran ruang faraj dan juga sek-sel mani yang matang dan normal.
Jika keadaan sekitar faraj atau rahim tidak normal dengan berbagai masalah kesihatan, maka sel-sel mani akan cepat mati. Begitu juga sel-sel mani yang tidak sihat dan jumlah yang tidak mencukupi, tidak memungkinkan satu kehamilan itu berlaku.

Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan normal, maka akan berlakulah satu kehamilan yang diharap-harapkan.

Wanita

1. Faraj 2. Uterus / rahim 3. Ovari
4. Pundi kencing 5. Tiub Fallopia 6. Kelentit
7. Lubang Kencing 8. Libia Minora / majora 9. Servik
10. Selaput Dara 11. Kelenjar Bartholin. 12. Vulva

Biologi Kehidupan Wanita

Faraj ( vagina ) Liang Sanggama adalah alat penghubung rahim dengan dunia luar, alat penerima zakar waktu sanggama dan janin kelahiran anak.

Rahim ( uterus )
adalah tempat berkembangnya anak didalam kandungan. Ia kelihatan seperti bentuk huruf 'T' terbahagi atas bahagian badan dan bawah leher rahim. Didalam badan rahim terdapat rongga rahim yang dilapisi selaput lendir rahim.

Indung Telur (Ovari ) adalah kelenjar kelamin yang menghasilkan hormon kandungan dan juga menentukan kesuburan seseorang wanita. Terdapat sepasang Indung telur yang terletak disisi kanan dan kiri rahim. Didalam masing-masing indung telur tersebut terdapat lebih kurang 100 ribu benih telur.

Saluran Telur ( tuba fallopian ) adalah alat penghubung antara indung telur dan rongga rahim
Buah dada ( payudara) adalah alat untuk menyusu bayi. Didalamnya terdapat kelenjar-kelenjar untuk mengeluarkan susu.

Haid


Sejak dari remaja ( puberty ) sampai putus haid ( menopause ) wanita mengalami haid atau keluar darah bulanan ( menstruasi ). Darah haid ini berasal dari rongga rahim dan timbul akibat pecahan selaput lendir rahim .

Pada umumnya darah haid bersifat cair berketul macam agar-agar berwarna merah gelap dan berlaku pada jangkamasa 2 hari sampai 6 hari bagi setiap putaran haid. Darah yang mengalir ini merupakan keguguran lapisan sel-sel pada dinding uterus kerana ketiadaan persanyawaan pada ovum.

Mula-mula hormon peransang folikel (FSH) dikeluarkan oleh kelenjar pituitari akan merangsangkan penghasilan ovum dan rembesan hormon estrogen oleh ovari.

Estrogen menyebabkan penebalan pada dinding uterus . Selepas lebih kurang 14 hari , kepekatan estrogen akan mencapai takat maksimumnya sehingga memberi kesan menghalang pengeluaran hormon FSH. Kelenjar pituitari kemudian mengeluarkan hormon lain disebut hormon peluteinan (LH) hormon.

Hormon luteinan menyebabkan proses pengovulan atau pelepasan ovum. Perempuan itu dikatakan berada dalam keadaan subur dan persenyawaan mungkin berlaku pada peringkat ini. Selepas pengovulan , FOLIKEL GRAAF yang kehilangan ovum akan menjadi korpus luteum.

Hormon progesteron penting untuk perkembangan endometrium uterus dan menyediakannya untuk penempelan ovum yang telah disenyawakan dan menghentikan kelenjar pituitari dari mengeluarkan FSH dan LH. Tanpa LH dan FSH kitar haid tak berlaku.

Jika ovum itu tak disenyawakn, korpus luteum akan mengecut dan hormon progesteron akan berkurang . Pemusnahan lapisan sel pada dinding uterus berlaku dan kitar haid bermula. Selepas tamat haid, Hormon fsh akan dikeluarkan sekali lagi oleh pituitari.

Menopause

Putus haid adalah satu keadaan dimana badan wanita itu berhenti mengeluarkan ovum dan paras hormon sex seperti estrogen dan progesteron juga berkurangan. Putus haid boleh bermula diantara umur 45-55 tahun. Akibat perubahan hormon dalam badan ,seseorang wanita boleh mengalami simptom-simptom yang menyebabkan masalah fisologi dan psychology.

Antara simptom-simptom menopause adalah seperti:

1. Fikiran tidak menentu
2. Resah dan gelisah
3. Risau, takut-takut, sedih sayu, pilu, dll
4. Badan terasa kepanasan
5. Pening kepala, mual, loya
6. Hilang nafsu seks
7. Badan berpeluh
8. Sakit-sakit badan dan sendi
9. Pengecutan tulang. Osteoprosis, dll

Perubahan didalam indung telur

Dalan jangka waktu satu daur haid didalam indung telur terjadi serangkain perubahan sebagai berikut:

Dengan berakhirnya haid beberapa benih telur mulai menjalani proses pematagan menjadi sel telur (ovum) dalam proses ini benih-benih telur yang semula tampak sebagai bintik-bintik kecil berubah bentuk menjadi gelembong-gelembong telur yang semakin lama menjadi makin besar. Pada suatu ketika salah satu dari gelembung telur tersebut menjadi demikian besarnya sehingga menonjol dipermukaan indung telur.setelahnya gelembung telur tersebut pecah dan melepaskan sel
Telur yang sudah matang. Peristiwa ini dikenal sebagai ovulasi (peneluran).

Setelah ovulasi sisa dari gelembung telur yang pecah tadi berubah menjadi suatu `badan kuning ` (corpusluteum). Bila tidak terjadi kehamilan maka menjelang hiad berikutnya badan kuning tersebut menjadi kisut dan menghilang dari indung telur.

Waktu yang dibutuhkan untuk pematangan benih telur menjadi sel telur dapat berubah-ubah pada seseorang wanita dan berbeda-beda pada wanita yang satu dengan wanita lainnya. Sebalikbya, umur dari badan kuning kurang lebih tetap dan sama lamanya untuk semua wanita, yakni berkisar antara 12 sampai 16 hari lamanya atau rata-rata 14 hari lamanya.

Pada umumnya ovulasi dalam daur hiad nya. Adakalanya wanita tertentu mengalami lebih dari satu kali ovulasi dalam daur haid nya.
Namun demikian,ovulasi susulan ini hanya mungkin terjadi dalam waktu 24 jam sesudah ovulasi yang pertama.

Setelah ovulasi,sel telur ditampung oleh saluran telur dan digerakkan
Menuju dirongga rahim. Sel telur berukuran sanggat kecil, kira-kira sebesar hujung jarum, dan bilaman tidak dibuahi hanya dapat hidup tidak lebih dari 24 jam lamanya .


HORMON KANDUNGAN

Seraya berlangsung rangkaian perubahan-perubahan tersebut pada halaman 10, indung telur mengeluarkan hormon kandungan. Terdapat dua jenis hormon kandungan , yakni hormon estrogen dan hormon progesteron.

HORMON ESTROGEN

Hormon estrogen dihasilkan oleh gelembong telurdan badan kuning. Oleh kerana itu hormon estrogen terdapat sepanjang daur haid dengan kadar yang berbeda-beda.

Pada permulaan haid, kadar estrogen masih sanggat rendah, tetapi lambat laun makin meningkat sesuai dengan tingkat perkembangan pada gelembong telur dan pematangan sel telur. Puncak kadar hormon estrogen tercapai 1-2 menjelang saat ovulasi. Setelah ovulasi kadar estrogen menurun kembali dan menjadi sanggat rendah lagi pada permulaan haid berikutnya

No comments: