Friday, November 18, 2011

Fatwa Tentang Kegunaan Alkohol

Fatwa 3:

Fatwa Berkaitan Etil Alkohol Dalam Makanan

Makan & Minum
Tarikh Keputusan: 29 Jun, 2010
Huraian Tajuk/Isu: Fatwa Berkaitan Etil Alkohol Dalam Makanan
Keputusan:
Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 16 Rejab 1431 bersamaan 29 Jun 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.

Alhamdullilah fatwanya:
Setiap minuman arak mengandungi Alkohol Etanol yang memabukkan tetapi bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis.
Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak samada mengandungi sedikit alkohol atau alkohol yang disulingkan adalah haram diminum.
Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan dan minuman tidak najis dan boleh dimakan.

Kandungan Etil Alkohol yang terdapat di dalam makanan dan minuman yang dibenarkan adalah tidal lebih daripada 0.01%.

Oleh itu, produk yang boleh diberikan pensijilan halal adalah :
Kod sampel : 229 (L-090310-UCK(b)
Kod sampel : 231 (L-090310-RT(a)
Kod sampel : 232 (L-090310-RT(b)
Kod sampel : 233 (L-090310-RT(c)

Manakala baki produk yang lain tidak menepati syarat dan tidak boleh diberi pensijilan halal.

Oleh kerana masalah ini berkaitan dengan isu nasional, maka produk yang mengandungi lebih daripada 0.01% Etil Alkohol akan dibawa ke Muzakarah Jawatankuas Fatwa Kebangsaan untuk dibincangkan sebagaimana yang telah diperuntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor seksyen 51 (1) :
"Walau apapun kuasa Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 47, apabila Jawatankuasa Fatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan kebangsaan. Jawatankuasa Fatwa hendaklah menangguhkan perbincangan tentang fatwwa yang dicadangkan itu dan mengemukakan perkara itu kepada Majlis".

والله أعلم بالصواب

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Sumber: http://muamalat.islam.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-berkaitan-etil-alkohol-dalam-makanan


Fatwa 4

Penggunaan Alkohol Semasa Solat

Ibadah

Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970
Keputusan: Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu:
Alkohol kayu (methanol)
Alkohol biji-bijian (ethanol)

Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH).

Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.

Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.

Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.

Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut. Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.

Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kelantan
Sumber: http://muamalat.islam.gov.my/fatwa-negeri/penggunaan-alkohol-semasa-solat

Gambar dari wikipedia.org

No comments: