Sejarah Rawatan Kemandulan Yang di Rawat Oleh
Prof Dr Sir Nik Omar, H/Dr Hajjah Faridah, H/ Dr Hajjah Zaharah ,
Prof Dr Mohd Nasir , H/Dr Nik Ashiah
Dari Kumpulan
Pusat Perubatan Homeopathy & Akupunktur Nik Omar
· Kuala Lumpur: 128 A & B, Jalan Raja Abdullah, Hadapan Masjid Kg Baru, Kuala Lumpur. Tel: 03-26926549
· Pasir Mas, Kelantan: Tel: 09-7976948
·
Petikan dari berbagai akhbar dan Majalah:
Rencana 1 : Homeopathy, Lebih 50 Isteri Kini Timbang Anak
Kota Bharu : Mingguan Malaysia 9 Ogos 1987
Lebih 50 pasangan suami isteri yang mandul setelah berkahwin antara 2 hingga 12 tahun berjaya menimang cahaya mata setelah berubat melalui pengamal perubatan homeopati diseluruh negara dalam beberapa tahun ini.
Pengerusi homeopati Malaysia, Dr haji Nik Omar Nik Daud memberitahu, pasangan tersebut mendapat anak setelah beberapa bulan mengamal cara perubatan melalui pengamal-pengamal perubatan homeopati diseluruh negara.
Beliau memberitahu demekian ketika ditemui oleh Utusan selepas majlsi Konvoksyen dan Seminar Sains Perubatan Homeopati Seluruh Malaysia disebuah hotel terkemuka dibandar ini hari ini. Dalam majlsi yang sama seramai 15 pasangan yang telah berjaya mendapat anak melalui rawatan perubatan itu telah diraikan.Mereka kini ada yang memperolehi 2 dan 3 anak setelah mandul beberapa lama.
Dr Haji Nik Omar memberitahu, setakat ini hampir seratus peratus pasangan mandul telah berjaya mendapat anak setelah mengamalkan cara-cara yang ditentukan oleh pengamal-pengamal perubatan homeopati. " Dengan izin Allah, satakat ini perubatan homeopati telah berjaya membantu pasangan mandul mendapat anak," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr haji Nik Omar memberitahu, kini Persatuan Pengamal Pwerubatan itu telah mengenal pasti sebidang tanah di Kelantan untuk didirikan sebuah hospital homeopati sendiri bagi memberi rawatan kepada orang ramai secara meluas dengan kaedah rawatan baru ini.
Beliau menyambut baik saranan kerajaan Negeri kelantan, Encik Lim Jit Keng yang menyarankan supaya pengamal-pengamal perubatan itu menubuhkan sebuah hospital homeopati untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan bantuan kerajaan negeri.
Dalam konvoksyen itu, seramai 10 telah menerima Advance Diploma In Homeopathic Medicine DHMS (ADv) yang mengambil masa pengajian selama 3 tahun, 10 orang menerima Dilploma Homeopathetherapeutik -DHt.
Petikan Berita Akhbar Tahun 1987
Rencana 2: Rawatan Homeopati - Mengatasi Masalah Mandul.
Petikan: Ringkasan Dari Majalah Jelita Mei 1984
Mandul adalah penyakit sosial yang unik dan amat ditakuti oleh kaum wanita kerana ia boleh menyerang sesiapa sahaja. Pasangan yang telah berkahwin bertahun-tahun, tetapi gagal mendapatkan anak akan menrasa kecewa sepanjang usia perkahwinannya.
Tetapi tidak ramai dikalangan wanita kita tahu bahawa terdapat sejenis perubatan yang dikenali sebagai rawatan homeopati, salah satu cara mengatasi masalah mandul.
Menurut seorang ahli perubatan homeopati terkenal di Malaysia, Dr Haji Nik Omar bin Nik Daud, faktor utama mandul dikalangan wanita mungkin disebabkan oleh senguggut, endometrosis, haid tidak teratur dan sebagainya.
Jika pasangan tersebut mengikut kaedah rawatan homeopati dengan betul, besar kemungkinan, kemandulan dapat diatasi sehingga wanita tersebut boleh hamil dan seterusnya berjaya mendapat zuriat.
-Petikan sebahagian dari Rencana dalam majalah Jelita Tahun 1984.
Rencana 3: Peluang Ibu Hamil Melalui Kaedah Homeopati
Ringkasan Petikan dari : Berita Harian Singapura 19 July 1988
Anak memang tidak sedikit peranannya didalam rumah tangga. Sebab itulah pasangan suami isteri yang lambat dikurniakan anak anak segera menjadi gelisah.....tentu ada sebab tertentu mengapa ada diantara pasangan suami isteri itu yang lambat atau tidak dikurniakan cahaya mata. Namun kita sebagai manusia digalakkan berusaha.
Allahamdulillah, sekrang ini pakar-pakar perubatan sudah berjaya menemukan beberapa cara untuk membantu pasangan-pasangan yang sukar mendapat anak, atas beberapa sebab. Anatara mereka ialah tiga orang doktor dalam bidang perubatan homeopati yang berpusat di Kelantan.
Ketiga-tiga doktor tersebut , Dr Nik Omar Hj Nik Daud, Dr Mohd Nasir bin Mohd Zain dan Dr Wan Mohammad bin Wan Ibrahim telah sama-sama mencipta kaedah rawatan yang dikenali sebagai Homeopathic Therapeutic in Fertility atau singkatannya 'HTI' bagi membantu wanita-wanita yang tidak hamil atas beberapa sebab.
Kaedah HTI ini tidak sama langsung dengan kaedah-kaedah rawatan ketidak suburan yang dicipta oleh ahli perubatan dalam bidang perubatan biasa atau allopati. Kaedah rawatan HTI tidak melibatkan sebarang pembedahan. Sebaliknya ia memberi tekanan kepada corak makanan dan hubungan suami isteri serta memakan ubat-ubat homeopati yang asli dari bahan-bahan asli seperti bunga-bungaan, dedaunan atau tumbuhan-tumbuhan berubat yang telah diadunkan mengikut cara homeopati.
Kini mellaui kaedah HTI ini ramai pasangan-pasangan yang tidak mendapat zuriat telah pun berjaya mendapat cahaya mata masing-masing melalui kaedah ini.....
Petikan: Berita Harian Singapura 1988
Rencana 4: Lelaki Mandul
Rawatan Cara Homeopati
Jika ada dikalangan anda yang belum mendapat zuriat selepas berkahwin lebih dari 2 tahun, jagan menuduh isteri anda mandul. Kemandulan tidak semestinya dari wanita sahaja, malah lelaki juga mempunyai masalah kemandulan seperti zakar tidak tegang, air mani tidak mencukupi, tidak ada benih, sperma kurang matang atau tidak subur dan lain-lain penyebab.
Kini anda jangan takut, melalui rawatan homeopati yang dipelupori oleh prof Dr Nik Omar dan rakan-rakannya , masalah kesuburan lelaki dan wanita dapat diatasi dengan memakan ubat-ubat homeopati.
Sejak lebih dari 25 tahun membuat penyelidikan dalam masalah kesuburan ini, prof Dr Nik dan rakan-rakannya telah pun berjaya merawat lebih dari 1000 pasangan yang mempunyai masalah tersebut. Kini pasangan tersebut, tidak sahaja mendapat zuriat, malah ada yang telah berjaya mendapat kembar dua.
Mandul Boleh Di Ubati
Daripada Akhbar : Pentas Dunia 23 Mei 1993
Anak-anak adalah impian bagi setiap keluarga bahagia merupakan satu anugerah daripada Allah swt. Anak merupakan tali penyambung kasih sayang suami isteri. Tangisan, laungan, jeritan, jatuh bangun anak sewaktu belajar berjalan, tutur katanya yang telo, sudah cukup mendatangkan keseronokan kepada kedua orangtuanya.
Tetapi bagaimana pula perasaan pasangan suami-isteri yang tidak ada anak. ...Berbagai pilihan menanti anda untuk mendapatkan rawatan untuk mendapatkan anak.
tahukah anda, bahawa dip Pusat perubatan Homeopati Nik Omar kini anda dapat memulakan satu sessi rawatan kesuburan dengan teknik terbaru dunia perubatan homeopati untuk rawatan kemandulan dengan menggunakan kaedah HTI P 200 yang diperkenalkan oleh Prof Dr Nik Omar kira-kira 20 tahun yang silam kini menjadi pilihan ramai pasangan yang mandul untuk mencubanya.
Kaedah ini amat mudah dimana ubat-ubat yang dibekalakn terdiri dari ubat-ubat homeopati tulin dari bahan-bahan flora dan fauna yang diimport khusus dari Germany.
Kini para suami-isteri yang belum mendapat zuriat tidak perlu khuatir lagi, jika mana-mana cara lain tidak berjaya, anda cuba mencuba rawatan homeopati yang diperkenalkan oleh Dr Nik. Ramai dikalangan isteri-isteri yang mencuba rawatan ini, kini telah berjaya mendapat cahaya mata masing-masing setelah menjalani rawatan selama lebih dari 8 bulan.
Kes Bukti - Orang-Orang Yang Telah Berjaya Mendapat Anak.
Semua kes-kes ini daripada rekod Pusat Perubatan Homeopathy Nik Omar di Kuala Lumpur, HQ-Gelang Mas, Pasir Mas, Bangi dan Damansara
Kes 1: 'Mrs.N bt A' No.Rekod: 4880 Umur 32: tahun
Kahwin 4 tahun, belum ada anak, berbagai usaha dilakukan namun masih juga belum dapat. Setelah memakan ubat-ubat homeopati yang diberikan oleh Prof Dr Nik Omar selama 4 bulan. Kehamilan disahkan pada bulan ke 4 rawatan. Selamat bersalin anak pertama.
Pada 1997 setelah makan ubat semula, hamil kali ke2.
Pada 14/11/2000 hamil anak ke 3. - Allhamdulillah.
Kes 2: Raja R bt Raja S, Rek:5912 Umur:34th
Kahwin 10 tahun, belum dapat zuriat. Ingin memcuba rawatan homeopati, setelah gagal dengan berbagai cara rawatan lain.Setelah berusaha berubat dengan Dr Hajjah Faridah di Pusat Perubatan Homeopati Kg Baru, KL selama hampir 1 tahun 2 bulan, baru kehamilan disahkan pada 1/9/200, setelah 10 tahun kahwin - Allahamdulillah.
Kes 3: Siti bt S.H. No.5084 Umur 34 th
Aduan berasa malu kerana kawan-kawan semua sudah dapat anak. Kahwin dah masuk 3 tahun, belum lagi ada anak. Masalaah haid tidak teratur. Kadang sampai 5 bulan haid tak datang, sejak anak dara lagi. Jumpa Prof Dr Nik, setelah menjalankan rawatan selama 5 bulan, ujian kehamilan sudah positif pada 11/11/99 - Allhamdulillah.
Kes 4: Nor bt AH , No.0012 Umur 41 th.
Saya amat malu kerana belum dapat anak, pada hal sudah kahwin 10 tahun, demekian ujar Puan Nor kepada Dr Mohd Nasir Md Zain, doktor pakar homeopati di PHNO cawangan Kota Bharu. Setelah Dr Md Nasir memberi rawatan secara homeopati selama 7 bulan, kehamilan disahkan dan kini Puan Nor sudah bahagia mendapat seorang anak perempuan, berusia 6 bulan - Allamdulillah.
Kes 5: Mrs 'N' bt A, Dari Saudi Arabia. No: 8119 Umur: 32
Isteri seorang doktor biasa, berkahwin 11 tahun tapi belum dapat anak. Berbagai usaha dilakukan di Arab saudi dan Mesir untuk mendapat zuriat tetapi gagal. Saya erjumpa dengan jemaah Haji Malaysia di Madinah, Saudi Arabia supaya berjumpa Prof Dr Nik Omar di Malaysia. Kerana terlampau berkehendakkan anak kami terus terbang ke KL dan mendapatkan rawatan secara homeopati selama 6 bulan, kehamilan sudah 'confirmed'. Kini beliau sudah melahirkan anak perempuan yang cantik dan molek.
Mrs N dan suaminya datang ke Malaysia 3 bulan sekali untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubat. Selepas datang kali ke2 , terus hamil, dan beliau bersama suami datang semula kali ke 3 pada Jun 2000 untuk menunjukkan anaknya yang pertama selepas 11 tahun kahwin - Allahamdulillah.
Kes 6: Mrs 'S' From: Singapore. No. 2367. Umur 38 th
Kami kahwin 6 tahun belum dapat anak. Tahu Dr Nik melalui Majalah Perempuan, ingin mencuba rawatan HTI P200. Kami dah banyak mencuba di Singapura dan London tapi tak berjaya. Setelah berubat dengan Prof selama 7 bulan, berulang alik dari Singapura ke Malaysia, kehamilan sudah disahkan. Kini saya ada anak perempuan. Kata-kata hikmat ibu ini ialah" Why doc, the 'boy' of my husband works on Sunday only ? The rest other days, it is not working ! "
Nota: Ibu ini talipon saya selepas 2 tahun, menyatakan suaminya, seorang Engineer dari Germany meninggal dunia di Singapura, kerana sakit jantung.
Kes 7: En 'Z' Bil. 6187 Umur: 31 th
Doktor mengesahkan bahawa En 'Z' tidak ada benih ' Azoospermia' setelah membuat ujian sperma. Doktor menyatakan tidak ada ubat dan menasihat supaya diambil anak angkat sahaja. E.Z mencuba memakan ubat-ubat homeopati yang diberikan untuk 'Kesuburan Lelaki' dan setelah memakan ubat-ubat homeopati selama 5 bulan, isteri En 'Z' hamil - MasaAllah. Tuhan Maha Besar dan Maha Kaya.
Ringkasan Kes-kes lain:
Nama: Puan F t K : Lama Kahwin 4 tahun : No Rekod: 2634
Lama Rawatan / Hamil: 8 bulan selepas makan ubat
* Sejak tahun 1977 hingga tahun 2008 lebih dari 2000 pasangan telah pun berjaya mendapat anak atau anak-anak setelah menjalankan rawatan dengan doktor-doktor yang bertugas dengan Kumpulan Pusat Perubatan Homeopathy Nik Omar. Itu semua atas kehendak Allah swt, kami hanya sekadar ikhtiar. Wallahualam.