Saturday, September 13, 2008

Hati-Hati dengan Makakan Tambahan Pil atau Vitamin


Mengikut kata Homeopath Nik Badrul Hakim, para pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubat tambahan seperti vitamin, B Complex, Pil Kalsium, Vitamin D, Juice Buah-buahan tulin yang pekat, Folic Asid dan sebagainya kerana badan kita memerlukan bahan-bahan tersebut dalam kadar yang telah ditetapkan oleh badan dalam erti kata bahan-bahan tersebut sudah mencukupi dalam makanan harian yang seimbang.

Jika pengambilan tersebut hendak diguna pakai, mintalah nasihat doktor terlebih dahulu, kerana vitamin tersebut hendaklah dimakan dalam sukatan yang betul supaya tidak mendatangkan kesan sampingan.

Contoh kesan sampingan atau keracunan makanan terjadi selepas berlebihan pengambilan ubat-ubat tersebut ialah:
Keracunan Vitamin D menunjukkan tanda-tanda seperti kehilangan selera makan, rasa loya, dahaga yang seruus, lemah badan, gementar dan tekanan darah tinggi. Kelebihan kalsium menyebabkan keraqcunan pada buah pinggang dan buah pinggang boleh rosakan sepanjang hayat. Lebihan Vit C boleh menyebabkan gout dan arthirits ( radang sendi) bertambah parah.

Jangan makan makanan yang tidak diperlukan oleh badan, tanya doktor dalam hal ini.


No comments: