Buasir adalah pembengkakan pembuluh darah dibahagian saluran rektal atau dubur. Buasir terdiri dari berbagai jenis antaranya Buasir keluar dubur, buasir biasa, sakit waktu nak buang air besar, buasir berdarah. Ada sejenis buasir yang keluar nanah atau cecair berbau busuk, buasir jenis ini lebih dikenali sebagai Fistula In Ano.
Buasir adalah biasa ketika semasa dan selepas mengandung. Setengah-setengah wanita mengalami kali pertama ketika mengandung dan jika anda pernah mengalaminya ketika sebelum mengandung anda berkemungkinan mendapatnya ketika mengandung. Dan biasanya ia akan hilang sendiri (atau dengan beberapa bantuan yang akan dinyatakan dibawah) selepas bersalin.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mendapatnya (seperti juga pembengkakan urat pada kaki dan kadang kala di vulva). Pembesaran rahim akan memberi tekanan kepada urat pelvik dan vena cava dalaman, urat besar yang terletak pada bahagian kanan badan yang menerima darah dari bahagian bawah anggota badan. Ini akan melambatkan pengaliran darah di bahagian separuh bawah badan, meningkatkan tekanan urat pada bawah rahim anda dan menyebabkan ia semakin besar atau bengkak.
Sembelit perkara yang biasa berlaku ketika mengandung, boleh menyebabkan buasir atau menyebabkan ia menjadi lebih buruk. Ini kerana menerang boleh menyebabkan buasir, dan anda cenderung untuk menerang ketika pembuangan najis yang keras. Tambahan pula, peningkatan hormon progesteron ketika mengandung menyebabkan dinding-dinding urat berehat, menjadikan ia mudah membengkak dan menyumbang kepada sembelit dengan memperlahankan proses yang terjadi di dalam kawasan usus. Anda juga boleh mengalami buasir ketika proses meneran dalam peringkat kedua bersalin.
No comments:
Post a Comment