Friday, February 13, 2009

Puasa Dan Kesihatan

Puasa dan Kesihatan
Oleh Prof Dr Nik Omar
Presiden Persatuan Pengamal Perubatan
Homeopathy Berdaftar Malaysia . Tel: 019-9401915

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu

Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:

“ Telah datang kepada mu bulan Ramahdan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepada mu puasa didalamnya: pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan di ikat, juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih bail daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya , maka dia tidak memperolehi apa-apa “ riwayat Ahmad dan An Nasai


Kedatangan Ramadan adalah peluang yang terbaik untuk memulakan persiapan untuk membina jati diri dengan berpuasa untuk mengamalkan salah satu rukun yang wajib keatas ummat islam dan juga waktu yang terbaik untuk memulakan sessi Kesihatan Diri dan Keluarga.

Dalam erti kata sebenarnya ‘ Kelebihan bulan Puasa ini boleh dimenafaatkan ‘untuk membina diri kearah kesihatan fisikal dan mental’ dengan amalan berpuasa.

Penghadamam

Berpuasa memberi peluang rehat fisiologi dimana badan boleh menumpukan mekasima pemulihan kendiri iaitu memperbaiki dan menguatkan organ yang sudah rusak, sdelain membernarkan badan membersihkan sel daripada toksid atau racun dan bahan buangan yang terkumpul.

Berpuasa turut memberikan saluran penghadaman masa yang diperlukan untuk rehat sepenuhnya dan menguatkan lapisan mukosanya.

Satu lapisan mukosa usus yang sihat adalah amat perlu bagi mencegah kebocoran protein yang tidak didahamkan dengan sempurna masuk kedalam peredaran darah, dengan itu ia memberi pelindungan daripada keadaan au-imun
Dengan erti kata sebenarnya Berpuasa dapat meberi peluang kepada badan melalui system penghadaman untuk membaung tokdik atau racun dari badan atau lebih dikenali sebagai ‘Nyah toksid’
Bila perut kita berpuasa, badan kita secara automatic bertindak membantu system pengdahaman menghasilkan sejenis antioksidan dan menyumbag kepada keseluruhan keupayaan badan untuk meneutralkan kerosakan radikal bebas dan mengalak nyahtoksid.

Berpuasa meningkat fungsi pegerakan usus, membersihkan kolon , melegakan sembelit, buasir, cirit birit, sakit perut, melegakan ketidak selesaan dan ulser perut atau kanser kolon.

Hampir semua system badan kita mendapat menafaat hasil dari berpuasa
Perut umpamanya dapat berihat seketika untuk berkerja keras sepanjang masa dalam proses pencernaan.

Hati umpamanya lega seketika daripada menapis sisa makan beracun. Dengan berpuasa ia dapat membersih dan memperkayakan hati dengan meningkatkan takat glutasi untuk mmengubah membrane luaran sel, membentuk halangan yang boleh melindungi hati dari toksin.

Begitu juga dengan organ lain seperti hempedu bagi pesakit gall stone
Pankreas bagi pesakit kencing manis . Berpuasa menurunkan kadar gula dalam darah, segar dan sihatkan badan.

Melaga kan Spleen dan mencegah dari berlakukan busung perut atau ascites
Buah Pinang – mengelakan berlakunya penyakit buah pinggang – nephritic syndrome , Migraine, sakit kepala Gastrik Gout Arthritis, juga untuk sliming badan, dan juga Sebarang jenis kanser. Semua penyakit ini, serta organ dalaman yang terlibat dengan penyakit mendapat menafaat dari daripada berpuasa

Dengan erti kata lain Berpuasa di bulan Ramadhan memberi peluang terbaik kepada kita untuk memulakan satu amalan yang sihat bagi meningkatkan kesihatan badan memaluli ‘ Amalan berpuasa’

No comments: