Tuesday, October 14, 2008

Homeopathy Malaysia Mendapat Kampus Tetap & Pusat Perubatan Yang Lengkap di Kelantan


Homeopathy Malaysia Dapat Kolej Baru di Kelantan

Homeopathy Malaysia Dapat Kolej BaruPusat Perubatan Homeopati dibendang sawah padi ini akan dilengkapi dengan Pusat perubatan Utama, Wad Pesakit, Rumah Homestay, Dewan Kuliah, 24 buah chalet, 2 dormitori, 4 buah kolam ikan, satu kolam renang, sebuah masjid dan sebuah Pusat tahfizTerletak di Pasir Mas, Kelantan.

Kira-kira 350 orang terdiri dari doktor-doktor pakar dalam perbagai bidang perubatan komplementari dari seluroh dunia telah menghadiri Konferen Perubatan Homeopati Antarabangsa yang ke 5 peringkat Malaysia dan yang ke 38 peringkat Dunia telah diadakan selama 3 hari di Kota Bharu, kelantan baru-baru ini.Sebanyak 16 kertas kerja telah dibentangkan pada persidangan tersebut khususnya dalam perawatan kanser.

Konferen yang dianggap terbesar ini telah ditajan bersama oleh Fakulti Perubatan Homeopati malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia, kerajaan kelantan, Tourism Malaysia dan Open International University for Complementary Medicine, Sri Lanka.

"Konferen ini diadakan di Malaysia bertujuan memndedahkan keupayaan penyembuhan dalam perubatan komplementari dalam berbagai bidang penyakit, khususnya kebaikan rawatan homeopati dan juga akupunktur dalam merawat pelbagai penyakit kronik seperti asma, barah, batu karang, hernia, migrin, strok, anti dadah dan sebagainya." demekian kata Prof Dr Sir Nik Omar selaku pengerusi Konferen tersebut.

Prof Nik Omar, Pengasas Fakulti"Keyakinan negara-negara luar sepert Spanyol, Brazil, USA, India dan Pakistan menghantar pelajar-pelajar mereka kesini menunjukkan bahawa negera kita malaysia telah dipilih sebagai salah satu pusat perkembangan ilmu-ilmu perubatan komplementari terbaik dirantau ini, "jelas Nik Omar.Dalam majlis itu, Dr Nik Omar telah dianugerahkan 'Knighthood of Malta' yang membawa gelaran 'Sir' yang disampaikan oleh wakil dari 'Knight Komander' dari Spain, Prof Dr Sir Josep Toradebella dan Prof Lady Nuri.Jasa-Jasa Dr Nik OmarAnugerah ini diberikan kepada Dr Nik Omar atas jasa-jasa beliau yang begitu besar kepada perkembangan dan pembangunan perubatan alternatif dan komplementari di Malaysia dan juga diperingkat antarabangsa:

Dianatara jasa-jasa beliau ialah: Orang pertama menubohkan kolej perubatan homeopati di Malaysia, orang yang mula-mula pengasas Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Malaysia. Beliau juga pengasas Doktor Tanpa Batasa diperingkat antarabangsa. Beliau adalah pengerak utama Liga Perubatan Homeopati Asia. Beliau adalah orang Melayu pertama mengajar dan mengembangkan ilmu perubatan akupunktur China kepada rakyat malaysia dengan tertubohnya Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia di Kelantan.

Khidmat BaktiBeliau telah banyak kali mengetuai Pasukan Sukarelawan malaysia bertugas dimerata tempat di dunia termasuk di Afghansitan, pakistan, India, Sri Lanka , Thailand, dll.Pada upacara yang sama, Menteri besar kelantan, Tuan Guru dato Nik Abdul Aziz Nik Mat telah secara rasminya melancarkan projek tapak baru Hospital Homeopati dan kmapus baru bagi fakulti Perubatan Homeopati Malaysia yang sedang dibina diatas tanah seluas 8.5 ekar di Kg Gelang Mas, pasir Mas, kelantan, dengan kos menelan belanja kira-kira RM 3.5 juta.

No comments: