Kota Bharu:
Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia, sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diplomanya diiktiraf oleh Los Angeles International University, California.
Menurut Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti tersebut, Prof. Dr. K Ommen George, "Di bawah program pengiktirafan ini, mulai sekarang semua pelajar Malaysia yang memiliki diploma lanjutan dari Fakulti Homoepathy Malaysia akan diterima memasuki "Samuel Hahnemann Homoepathic University Medical School" terus ketahun akhir pengajian bagi mendapatkan ijazah "Doktor of Homoepathic Medicine".
Ini bererti, pelajar Malaysia akan dapat menjimatkan perbelanjaan berpuluh-puluh ribu ringgit tiap seorang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat "doctorate" di Ameraka syarikat kerana mereka kini hanya perlu belajar lima tahun di Malaysia dan satu tahun di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.
Satu perjanjian tentang perkara itu telah ditandatangani antara Fakulti Perubatan Homoepathy Malaysia yang diwakili oleh Doktor Nik Omar Haji Nik Daud, manakala Prof K.O. George mengwakili Amerika Syarikat.
Petikan: Watan Sabtu 20 Januari 1990.
No comments:
Post a Comment