Saturday, December 13, 2008

Malaysia Menjadi Pusat Perkembangan Homeopathy Dunia


Berita Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia


Malaysia Pontensi Menjadi Pusat Homeopati Dunia


Kuala Lumpur: Kongres Liga Perubatan Homeopati Asia (AHML) yang telah berlangsung di Pusat belia Antarabangsa disini baru-baru ini telah memberi satu pendedahan baru bagi perawat-perawat homeopati di Malaysia.

Presiden Persatuan Pengamal-pengamal Perubatan homeopathy Malaysia(MRHP),Prof Dr,Nik Omar Nik Daud memberitahu kongres juga mendapati penemuan beberapa jenis ubat.
Katanya, para peserta juga telah memuji tentang perkembangan pesat kegiatan perubatan homeopathy Malatysia.

"Negara-negara peserta juga yakin bahawa Malaysia akan menjadi pusat perkembangan homeopathy di Asia Tenggara,"katanya kepada Watan.
Dr.Nik Omar berkata, peserta juga bersedia memberi segala bantuan berbentuk teknikal dan juga pakar perubatan bagi membantu mengembangkan sistem perubatan homeopathy di negara ini.
Seramai 250 peserta dari 19 buah negara menyertai kongres tersebut yang di adakan selama 3 hari mula 4 November lalu.

Para peserta itu adalah daripada India, Singapura, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei, Amerika, England, Perancis, Australia, New Zealand, Mexico dan Netherland.

Sebanyak 33 kertas kerja dibentang dalam kongres tersebut yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Drs. Suleiman Mohammed.
Dr. Nik Omar juga memberitahu, hasil dari kongres tersebut tiga pusat pengajian tinggi perubatan homeopathy antarabangsa bersetuju mengadakan kerjasama termasuk pertukaran pelajar.

Universiti-universiti tersebut ialah di Los Angeles University di Amerika Syarikat, Calcultta, Idnia, Pakistan Homeopathic Medical College, Pakistan, Argentina dan Brazil.
Beliau menyatakan bahawa mereka juga bersedia menerima para pelajar Malaysia untuk membuat ijazah lanjutan. Sempena dengan kongres tersebut, satu pameran perubatan homeopathy selama 3 hari juga diadakan.

Petikan Watan: 10 Nov.,1989

No comments: