Saturday, December 13, 2008

Homeopathy Malaysia ke Europe


Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia


Homeopati Malaysia Terima Undangan ke Eropah


Kuala Lumpur, Selasa - Fakulti Homoeopathi Malaysia, untuk pertama kalinya , diundang menyertai Kongres ke-40 Liga Homoeopathi Antarabangsa di Perancis, dari 26 hingga 30 Mei ini.
Pengerusi fakulti itu, Dr.Nik Omar Nik Daud memberitahu, pihaknya telah memilih lima ahlinya untuk menyertai kongres lima hari ini.

"Sewaktu di sana kami akan turut mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan, bagi memperkenalkan amalan homoeopathi di negara ini," tambahnya.
Beliau juga berharap, pihaknya dapat mempelajari lebih lanjut mengenai bidang itu daripada para peserta kongres itu nanti untuk kebaikan negara ini.
Nik Omar juga mengucapkan terima kasih kepada Sisterm Penerbangan Malaysia (Mas) yang menyumbangkan tiket pergi dan balik ke Perancis.
Petikan: Berita Harian ( 08 Mei 1985 )

Fakulti ke England bincang kilang ubat homoeopati

Kuala Lumpur, Selasa - Kilang ubat homoeopati yang pertama di rantau ini, mungkin didirikan di Malaysia, sekiranya rundingan antara Fakulti Perubatan Homoeopati Malaysia dan dua syarikat pengeluar ubat homoeopati di England, berhasil.
Pengerusi Fakulti itu, Dr Nik Omar Nik Daud, berkata jika berhasil, pihaknya bercadang mendirikan kilang itu secara usahasama dengan salah sebuah syarikat itu.
Katanya, beliau dan lima lagi ahli fakulti itu akan ke England minggu depan untuk berunding dengan dua syarikat homoeopathi terkemuka di sana - Nelson Pharmacies LImited dan Waleda (UK) Ltd.

Sewaktu di sana, katanya, mereka juga akan melawat Royal London Homoeopathic Hospital dan Bristol Homoeopathic Hospital.
Nik Omar memberitahu, fakulti itu berhasrat mendirikan kilang itu di negara ini, memandangkan sambuatan orang ramai terhadap perubatan homoeopathi semakin menggalakkan.

"Memandangkan sambutan lebih menggalakkan di Kelantan, kemungkinan kilang itu didirikan di negeri itu. Lagi pula fakulti ini beribupejabat di Kota Bharu." tambahnya.
Petikan Berita Minggu 8 Mei 1985

20 -25 May 2008, Pasir Mas, Kelantan.

Sekali lagi Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia yang diketuai oleh Prof Dr Nik Omar, Dr Hajjah Faridah, Dr Hajjah Zaharh telah menghadiri Kongres Homeopathy SeDunia LHMI yang ke 63 di Oostense, Belgium dan dalam persidangan tersebut Prof Dr Nik Omar telah dilantik dengan rasminya sebgai Vice President International Homeopathy Medical League untuk penggal 2008 -2010


Nota : Pusat Perubatan Homeopati Nik Omar & kolejnya
merupakan salah satu pusat perubatan homeopati terbaik di Malaysia dan mendapat pengiktirafan dari seluroh dunia. Ramai pesakit-pesakit dari luar negara termasuk Singapura, Indonesia, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Germany, USA datang untuk mendapat rawatan di klinik ini. Kepakaran Prof Nik Omar memang akui oleh badan-badan homeopati antarabangsa
.

No comments: