Saturday, December 13, 2008

Pasukan Sukarelawan Homeopathy Malaysia


Pasukan Sukarelawn Homeopati Malaysia
Doktor Tanpa Batasan - DRTB
( Homeopathic Doctor Without Barrier )


Satu pasukan dialangan ahli-ahli homeopatiyang pertama didunia menubohkan pasukan sukarelawannya iaitu ' Doktor Tanpa Batasan atau Doctor Without Barrrier ' yang dituboh dan diasaskan oleh Prof Dr Sir Nik Omar seorang anak watan Malaysia.

Foto: Dr Faridah khidmat Di Kemboja 2006

Pasukan sukarelawan ini ditubohkan di Kota Bharu, kelantan pada tahun 1979, sampai kini pasukan ini telah memberi lebih dari 100 perkhidmatan sukarela dimerata tempat di dunia, termasuk di Malaysia, Pakistan, Afghanistan, Thailand, India, Sri Lanka dan lain-lain.
Pasukan ini yang terdiri dari 50 orang ahli-ahli homeopati dari seluroh Malaysia telah memberi perkhidmatan yang cemeralang dimerata tempat yang ditugaskan.


"Saya pernah khidmat di Afghanistan dan setiap hari kem kami dibom oleh musoh-musoh, namun kami selamat," demekian kata Dr Mohammad Hairuddin Hamid dari Johor Baharu.
Dr. Mohammed Ali Hamzah pula menyatakan bahawa beliau telah banyak mempelajari kesusahan dan pemderitaan akibat dari peperangan berpandukan pengalaman beliau yang pernah bertugas di khemah-khemah pelarian sepanjang sempadan di Pakistan.


" saya seronok memasuki pasukan ini yang dianjurkan oleh ahli-ahli Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia dan juga ahli-ahli Persatuan Pengamal Homeopathy Berdaftar Malaysia. Saya pernah khidmat di bajir besar di Nakorn Si Thamarat, Thailand dan juga dipos-pos orang asli dihutan-hutan Pahang, seronok," demekian ujar Dr Hajjah Faridah bt A.Hamat, seorang ahli pasukan sukarelawan wanita yang agak aktif.


Senarai ahli-ahli yang banyak memberi khidmat bakti ialah:
Ahli-Ahli Pernah Khidmat Luar Negara


Prof Dr Sir Nik Omar, Prof Mohd Nasir Zain, Dr Mohammad Ali Hamzah, Prof Drs Wan Mohammad Wan Ibrahim, Prof Dr Mohammed Hairuddin Hamid, Prof Che Musa Mohammed, H/Dr Hajjah Faridah A.Hamat, Ahmed Suhaimi Yusoff, Nik Ahmad Kamil Nik Daud, Mohd Yamin Daud, Mohd Fauzy Abd Hamid, Nik Lukman Hakim (Yala)
Ahli Pernah Khidmat di Malaysia


Prof Dr Nik Omar, Mod Nasir, Wan Mohammad, Dr Wan Affendi, Prof Mat Zin Abd Rahman, Hajjah Asiah, Zainuddin, Azman, Hajjah Faridah, Dr Alaniah Mohd Zain, Dr. Huzaimi, Allahyarham Mohaini, Kalthom Che Teh , Dr. Zaiton Hussin, Ismail Sameon, dll



No comments: