Saturday, December 13, 2008

Kongres Homeopathy Di India, Malaysia Hantar Wakil

Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia
15 Negara Sertai Kongres Homeopathy Di India


New Delhi: 1990

Kira-kira 250 peserta terdiri daripada doktor-doktor homeopathy dari seluruh dunia menghadapi 'National Congress on Homeopathy & Drug Abuse and Current Medical Update' selama tiga hari bermula pada 16 - 18 Mac lalu di New Delli, India.

Kongres penyalahgunaan dadah itu adalah anjuaran bersama pasukan polis New Delhi dan Pusat Penyelidikan Perubatan Kerajaan India.

Malaysia telah menghantar dua wakil ke persidangan tersebut iaitu Doktor Homeopathy Nik Omar Haji Nik Daud selaku Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy berdaftar Malaysia dan Dr Faridah Awang Hamat dari Wakil Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, , Shah Alam, Selangor.

Doktor Homeopathy Nik Omar telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk 'Drug Abuse and its Treatment in Malaysia' dan mendapat pujian daripada kebanyakan negara anggota kongres kerana usaha-usaha yang dijalankan untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah.
Pada persidangan itu, Doktor Homeopathy Nik Omar telah mengemukakan satu resolusi supaya negara-negara di seluruh dunia sama-sama beusaha mengatur strategi memerangi dadah di peringkat antarabangsa.

Kata Dr. Nik Omar. resolusi ini telah mendapat sambutan hangat dari para perwakilan 15 negara yang menghadiri persidangan tersebut dan diluluskan sebulat suara.

No comments: