Saturday, December 13, 2008

Kolej Homeopathy, Institusi Dalam Taman










Foto: Musim Kering dan Musim Pesta Banjir Setiap Nov atau Des ( setiap tahun )
Taman Universiti, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan.


Fakulti Homeopathy Malaysia
( Founded by Prof Dr Sir Nik Omar in 1979 )

Institusi Dalam Taman

Selain dari sistem pendidikan dan pembelajaran homeopati yang baik, kecemerlangan sesebuah Institusi itu turut diukur daripada persekitarannya yang bersih dan indah. Justeru itu kolej kami Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia dan juga Research Institute of Medical Acupuncture ( dua jabatan yang berlainan dalam satu university), merupakan satu-satunya kolej perubatan alternatif yang terbaik di Malaysia, malah dirantau ini dengan mempunyai kelengkapan yang serba canggih seseuai sebagai kolej bistari pada alaf baru ini.

Ditubuhkan pada 10 April 1979 Fakulti Perubatan Homeopati ini terletak di No 11, Bangunan Tabung haji , Kota Bharu . Pada tahun 1981 kampus kolej ini telah berpindah ke No.1 Lorong Masjid Kampong Chicha, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Pada tahun 2002 sekali lagi kolej ini telah berpindah ke Kampus tetapnya di No 122 taman Universiti Kg Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan.

Pesekitaran Kolej

Namun apa yang menarik ialah kedudukan persekitaran kolej ini yang telah melaksanakan konsep alam semulajadi atau mesra alam iaitu universiti kolej dan hospital homeopati yang berada dalam taman dalam kampong yang dikelilingi oleh rimbunan dusun buah-buahan yang segar dan teratur.
Sesiapa yang mengunjungi kolej ini akan terpukau dan terpesona melihat alam sekelilingnya yang cantik dan bersih serta dipenuhi dengan berbagai spesis tumbuh-tumbuhan buahan tempatan seperti langsat, manggis, rambutan, durian dan sebagainya yang memberi sokongan menceriakan suasa perkampungan yang tenang dan nyaman .

Dengan keluasan kampus 11.5 ekar ianya satu Taman yang agak luas dan unik
Satu lagi yang unik pada kolej ini ialah kicauan berbagai spesis burong yang bersiul hampir setiap waktu, terutama diwaktu pagi dan senja, malah ada juga burong-burong liar ini bercanda bersama mereka diatas hamparan rumput hijau dan didahan-dahan pokok pine disekitar taman ini , tanpa memperdulikan orang-orang yang lalu lalang. Pada musim panas anda dapat melihat kawasan ini dipenuhi dengan pepatong dan waktun malamnya anda akan ketemu dengan kelip-kelip atau firefly.

Dan pada musim hujan bulan Desember anda akan ketemu dengan 'Pesta banjir' dimana kolej ini akan dipenuhi dengan air banjir ala swimming pool yang luas. Landskap taman ini amat menarik sekali, ianya seolah-olah anda berada di europah atau sekali imbas anda berada di Bali. Dengan berbagai bentuk gazebo dan pintu gerbang yang berlainan bentuk, ia menampakkan ciri-ciri taman ala nusantara. Begitu juga dengan bangunan dan rumah kediaman ditaman ini juga menampakkan ciri 'Rumah Melayu Traditoonal' dengan pinmtu yang berukir Tiga Dimensi yang dikenali dengan 'Pintu Kudus' serta satu pintu dapur dari Istana Melayu lama yang berusia lebih dari 200 tahun dapat dilihat di taman ini.

Selain dari itu anda akan ketemu juga dengan 4 biji kolam ikan air tawar, 10 kadang kuda baka arab dengan 20 ekor kuda baka baik, taman dragon fruit, dan berbagai spesis pokok buah-buahan yang unik seperti pokok kerian, pokok se'ta, keriat, star, kemior, dll

Inilah yang unik sekali pada kolej ini, dan anda mungkin tidak akan ketemu dengan kondisi ini dimana-mana pusat perubatan lain.

Mesra Alam

Rama-rama dan unggas turut serta bermain diranting bunga-bunga dipersekitaran kolej ini. Pun begitu, jika anda bernasib baik, anda akan ketemu dengan tupai, biawak atau mengkarong yang turut menumpang bercanda ditaman ini. Haiwan ini agak sukar anda ketemu dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta atau sebagainya.

Pendik kata terjadinya kondisi seumpama ini tidaklah dirancang terlebih dahlu, namun atas kehendak Allah swt. Ini sudah cukup membuktikan betapa mesranya alam sekeliling dengan kolej dan hospital homeopati kami, yang se memangnya sesuai dijadikan sebagai satu simbol keaman, ketenangan dan kemesraan bagi setiap pelajar, pesakit atau tetamu yang berkunjung ke tempat kami.

No comments: