Saturday, June 18, 2011

Kelebihan Perubatan China - Acupuncture @ Akupunktur



Dr dari UAE sedang membuat latihan di Jabatan Pengajian Perubatan China [ Akupunktur] Fakulti perubatan Homeopathy Malaysia, Pasir Mas, Kelantan.



APA KELEBIHAN
PERUBATAN AKUPUNTUR CHINA ?

Oleh Lord Pandit Prof Dr Nik Omar
Pengarah
Pusat penyelidikan perubatan Akupunktur China, Kota Bharu

AKUPUNTUR adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik-titik tertentu badan yang dikenali sebagai ‘Acupuncture Point’. Rawatan jenis ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China. Dikalangan ahli-ahli perubatan, mereka memberi penghurmatan kepada China, kerana pengamalan jenis ini banyak diamalkan oleh rakyat jelata sejak 4000 tahun yang silam sampai kehari ini.

Sejarah juga membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa pertama didunia yang mencatit sejarah tentang Perubatan Akupuntur dengan lengkap dan tersusun yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai ‘ Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masehi (Terjemahan buku ini ada dalam simpanan Prof Dr Nik Omar yang didapatinya dari Beijing, China)

Pada zaman kuno orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu, buluh dan lain-lain sebagai asas perawatan untuk menekan atau menusuk dibahagian tertentu badan. Dizaman moden ini, alat-alat tersebut telah diganti dengan menggunakan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile, yang diperbuat daripada berbagai logam seperti ‘Jarum Silver, Copper dan Jarum Emas’
Diantara banyak jarum, Jarum Emas adalah yang termahal dan dikira sebagai jarum yang dapat mengeluarkan tenaga ‘qi’ yang 100 kali ganda kekuatan dari jarum silver. ( Jaum Emas ada dalam simpan Prof Dr Nik Omar yang didapatinya dari Negeri China )

Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada magnetik yang kita namakan sebagai kuasa ubat pada jarum tersebut. Sebab itulah bila ditusuk kesuatu titik khas dibadan, jarum-jarum tersebut akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat atau bengkak. Semua rasa-rasa ini yang dikenali sebagai ‘Deqi’ mengeluarkan arus letrik melalui apa yang dinamakan sebagai koleteral, channel atau meridian, yang kesmuanya bisa mengeluarkan kuasa qi yang secukupnya untuk melega atau menyembuhkan sesuatu penyakit.

APAKAH BENTUK AKUPUNTUR

Dalam akupuntur ada berbagai teknik antaranya ialah:-

i) Akupuntur Klassik ( Menggunakan Jarum-Jarum Halus )
ii) Akupuntur Eletrik ( Menggunakan Stimulaor Letrik Voltage Rendah )
iii) Akupuntur Elektronik ( Mengggunakan alat-alat elektronik kecil )
iv) Akupuntur Bekam Darah ( Acu-Bekam Mengeluarkan Darah Kotor )
v) Akupuntur Bekam Angin ( Acu-Bekam Sedut Angin Keluar Dari Badan)
vi) Akupuntur Mosibusi ( Akupuntur menghangatkan pada titik tertentu)
vii) Akupuntur Kepala ( Scalp Acupuncture )
viii) Akupuntur Telinga ( Auricular Acupuncture )
ix) Akupuntur Mata ( Eye Acupuncture / Iridology )
x) Akupuntur Kaki ( Foot Acupuncture / Reflexology )
xi) Akupuntur Urut ( Acupressure / Shiatu / Massage, Reiki )
xii) Akupuntur Homeopati ( Integrated Homeopathic & Acupuncture - Homeopuncture ), dll


APAKAH TUSUKAN JARUM AKUPUNTUR SAKIT

Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur dimana-mana bahagian badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Jarum tersebut diletakkan dibahagian lapisan atas kulit sahaja diantara 1 ‘cun’ hingga 2 ‘cun’ atau 0.5cm hingga 1 cm sahaja. Kalau pun sakit, ianya bagai digigit semut pada tusukan pertama sahaja.

APAKAH JARUM AKUNPUTUR BAHAYA

Jarum akupuntur moden telah datang dalam keadaan siap dalam packing yang telah disuci-hama atau sterile. Setiap pengamal akupuntur sudah pasti pegang jarum tersebut terlebih dahulu sebelum menusujkan kepada badan pesakit. Oleh itu jika ada bakteria atau hama tentu doktor dahulu yang dijangkitinya . Hal ini sama sekali tidak diingini oleh setiap doktor.
Anda tidak perlu khuatir setiap jarum akupuntur adalah bersih dan selamat.


APAKAH JARUM AKUPUNTUR AKAN MEREBAKNYA AIDS

Belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merenbak melalui jarum akupuntur.
AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, yang diguna pakai oleh penagih dadah, mereka bergilir-gilir menggunakan jarum yang sama dan menyuntik lebih dari berpuloh-puloh kali jarum yang sama, tanpa bersih, tanpa rebus atau tanpa di masukkan kedalam autoclave.


APA PERBEZAAN ANTARA JARUM BIASA DENGAN JARUM AKUPUNTUR

Jarum biasa mempunyai ukuran badan yang besar dan keras. Didalammnya berongga untuk mengalirkan ubat-ubat sewaktu melakukan sesuatu suntikan. Suntikan dengan jarum-jarum ini mendatangkan kesakitan 80 - 90 %
Sementara Jarum Akupuntur, halus sebesar rambut yang diperbuat daripada logam khas bermagnet, tidak ada lubang, tidak berkarat dan tidak boleh patah. Sakit pada suntikan jarum akupuntur hanya 5 % sahaja.
Bagi orang-orang yang takut pada jarum atau orang-orang sensitif, kesakitan boleh mencapai 20 % Boleh dikatakan 80 % pesakit menyatakan tidak mengalami apa-apa kesakitan.



APA YANG DAPAT DISEMBUHKAN OLEH RAWATAN AKUPUNTUR.

Sebenarnya banyak penyakit dapat dimanafatkan oleh pesakit melalui rawatan akupuntur. Badan Kesihatan Dunia, WHO telah menggariskan penyakit-penyakit yang disenaraikan disini adalah baik untuk rawatan akupuntur :

SISTEM PERNAFASAN GANGGUAN MATA
Resdung / Sinusitis Sakit Mata Awal / conjunctivitis
Selsema / Rhinitis Radangan Retina / retinitis
Selsema Berair Myopia Pada kanak-Kanak
Tonsilitis Katarat

GANGGUAN PENCERNAAN GANGGUAN MULUT
Spasm pada esophagus Sakit Gigi
Tersedu / hiccough Sakit Gusi
Gastroptosis Sakit Halkum
Gastrik
Duodenal Ulcer, Colitis SISTEM PERNAFASAN
Sembelit, Cirit Birit Batuk Bronkitis
Paralysis Usus Asma Bronkial

NEUROLOGICAL AND MUSCULO-SKELETAL DISORDER
( Rawatan Yang Dianggap Terbaik Pada Akupuntur )

Sakit Kepala dan Migrin
Sakit Urat Saraf Muka atau kepala
Lumpuh Sebelah Muka / Bell Palsy
Kesan dari Strok / Lumpuh
Penyakit Meniere’s

Masalah Kencing Kerap atau Tidak boleh kencing
Frozen Shoulder atau Tennis Elbow
Sakit Belikat / Sakit Bahagian pinggang
Sakit Kerangka Punggong
Sakit Sendi Tulang

Di Malaysia, perubatan Akupunktur China ini dikembangkan oleh Prof Dr Nik Omar bin Haji Nik Daud yang merupakan pengasas Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia (RIMAc) yang beralamat di No. 122 taman University, Kg gelang Mas, Meranti, pasir Mas, kelantan, Malaysia.

Pusat Penyelidikan ini bukan sahaja menyedikan perkhidmatan perubatan akupunktur, malah kursus-kursus akupunktur, homeopati dan bekam juga diadakan dari masa kesemasa. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti perkembangan perubatan alternatif ini bolehlah menghubungi ; R & D Pendidikan dan Penerangan, RIMAc Malaysia Tel : 03 4042 2020

No comments: