Saturday, June 18, 2011

Konferen Perubatan Komplementari Terbesar di Malaysia 2000



Konference Perubatan Komplementari
Terbesar Di Malaysia ( Apac 2000 )
3,4, 5hb Sept.,2000 di Kota Bharu, Kelantan.


Oleh Prof Dr Nik Omar
Pengeruis Fakulti Homeopathy Malaysia



20 TAHUN lepas perubatan alternatif di Malaysia tidak begitu diambil peduli oleh sesiapa pun. Malah bila Prof Dr Nik Omar dan rakan-rakannya memperkenalkannya melalui media massa atau melalui syarahan disekolah-sekolah , ianya dipandang remeh oleh gulongan masyarakat.

Walau apa pun pandangan masyarakat diwaktu itu, Prof Dr Nik Omar dan rakan-rakannya dalam persatuan Pengamal perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia, tetap teguh memperjuang dan mengembangkan ilmu perubatan alternatif ini sebagai salah satu sistem perubatan yang berpotensi dimasa hadapan.

Hasil dari perjuangan beliau bersama ahli-ahli homeopati lainnya, kini sistem perubatan alternatif atau takrif yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai 'komplementari' sudah boleh diguna pakai oleh kebanyakan masyarakat kita di Malaysia. Kementerian kesihatan sendiri telah berusaha mengubal satu dasar bagi meningkatkan martabat perubatan alternatif di Malaysia.

Hasil perjuangan yang tidak henti-henti oleh ahli-ahli persatuan kami, maka pada tahun 2000 ini, maka Jawatakuasa Perubatan Alternatif Se Dunia telah bersetuju untuk melantik Malaysia menjadi tuan rumah kepada persidangan perubatan alternatif Se Dunia yang dinamakan sebagai Asia Pacific Conference On Acupuncture, Homeopathy & Complementary Malaysia atau Apac 2000 yang akan berlangsung pada 3, 4, 5 hb september 2000 bertempat di Hotel Perdana, Kota Baharu, Kelantan.


Malah sejak 10 tahun kebelakangan ini, ramai ahli-ahli perubatan luar negara telah menaruh minat yang tinggi untuk datang ke Malaysia mempelajari sistem perubatan alternatif yang popular masakini, yang dianjurkan oleh Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia yang beroperasi di Kelantan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1979, lebih dari 1000 pelajar-pelajar telah pun tamat pengajian masing-masing dalam berbagai jurusan perubatan alternatif seperti homeopati, akupunktur China dan reflexogi.


Konferen Apac 2000 ini ditaja bersama oleh Pusat Penyelidikan Akupunktur Kebangsaan, Kelantan, Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, World Federation of Acupuncture Society, Beijing, China, Open International University For Complementary medicine


Pada tahun ini Jawatakuasa Apac 2000 menjangkakan lebih dari 1000 doktor-doktor dan orang perseorangan dari seluruh dunia akan menghadiri konferen Perubatan Alternatif / Komplementari pada kali ini, memandangkan inilah julong-julong kali persidangan seumpama ini diadakan di negara kita Malaysia.

Sebanyak 30 kertas kerja akan dibentangkan oleh pakar-pakar perubatan alternatif dari seluruh dunia. Diantara kertas kerja yang menarik ialah:

1. Penyembuhan Kanser melalui teknik Akupunktur dan Moksibusi oleh Prof Song Limin dari China.
2. Mengatasi Masalah Ketumbuhan Fibroid dengan Rawatan Homeopathy oleh Dr Girish Gupta dari India.
3. Kebaikan Iridology dalam merawat pesakit oleh Dr Park Joe Ming dari Korea.
4. Menahan dan Menyembuhkan Kesakitan melalui perubatan Intergrasi Homeopati dan Akupunktur oleh Prof Dr Nik Omar
5. Herba Boleh Menyembuhkan Aids oleh Prof Hadi Kusumomaja, Indonesia
6. Reiki satu kaedah baru dari Korea oleh Prof Park Sonli dari Amerika Syarikat.
7. Shiahu dan Acupressure Satu Persamaan dari Jepun oleg Dr Yammura Yamammoto
8. 30 Kes Migrin Disembuhkan Melalui Jarum Akupunktur oleh Mr Lee Mingso dari Taiwan.
9. A Study In Treatment of Hemiparalysis by Scalp Acupuncture by Ban Xianyang, China.
10. Miracle of Cure Through Homeopathy by Chatijee Kumar of India

Tujuan konferen ini dibawa ke Malaysia pada kali ini ialah untuk mendedahkan kebaikan dan keunggulan berbagai jenis perubatan alternatif yang menjadi amalan sebahagian besar masyarakat didunia. Boleh dikatakan hampir seluruh dunia khususnya dinegara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, France, Germany, Italy, Argentina, China, India dan Pakistan telah pun mengguna pakai sistem perubatan alternatif dan komplementaru sebagai salah satu sistem pelengkap bagi membantu kerajaan mengatasi masalah kesihatan penduduk dinegara masing-masing.

Dua sistem perubatan alternatif yang begitu pesat membangun dan mendapat sambutan yang menggalankan ialah Homeopati dari germany dan Perubatan Akupunktur China. Kedua-dua sistem perubatan ini telah pun diiktiraf oleh WHO sebagai salah satu sistem perubatan alternatif yang baik untuk diguna pakai oleh penduduk dunia.

Memandangan keunikan dan keupayaan penyembuhan yang ada pada kedua-dua sistem perubatan ini, yang berasaskan kepada teori alam semulajadi atau narural law of cure, maka kami yakin masa depan sistem perubatan aletrnatif ini akan menjadi tunggak perubatan jenerasi baru masa kini dan akan datang.

Kepada doktor-doktor atau orang perseorangan dari Malaysia yang berminat dalam mengenali, mengembang atau mempelajari teknik-teknik baru dalam dunia perubatan alternatif , masih mempunyai peluang untuk menghadiri atau menyampaikan kertas kerja saintifik dalam jurusan alternatif atau komplementari dengan menghubungi sekretariat konferen Apac 2000, Alamat: Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia,Kelantan.

No comments: