Saturday, June 18, 2011

Penyembuhan Ajaib Dengan rawatan Akupunktur China


PENYEMBUHAN AJAIB

DENGAN SATU JARUM

Oleh Prof Dr Nik Omar
Pengerusi RIMAc Malaysia

MUNKIN anda tidak percaya jika diberitahu bahawa ' Hanya Menggunakan Satu batang Jarum' sahaja banyak penyakit-penyakit dapat disembuhkan. Bunyinya mungkin aneh dan tidak masuk akal. Tetapi itulah hakikatnya kelebihan 'Jarum Akupunktur China' yang digunakan oleh kebanyakan pengamal-pengamal perubatan akupunktur China diseluruh dunia.

Berikut didahkan beberapa penyelidikan yang dilakukan oleh sekumpulan pensyarah-pensyarah di Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur (RIMAc) di Kota Bharu, Kelantan, terhadap beberapa kes yang dianggap ajaib. Semua kes kajian ini melibatkan pengunaan dengan hanya 'satu' batang jarum akupunktur sahaja, sehingga memberi kelegaan atau penyembuhan terus terhadap beberapa penyakit aneh.

Kes 1 - Migrin Sembuh
Lim Seng, umur 35 tahun mengalami sakit kepala yang teruk selama 7 tahun. Kesakitan berterusan hampir setiap hari. Semua jenis ubat penahan sakit dari panadol, ponstan dan sebagainya, tidak juga memberi apa-apa penyembuhan, malah kesakitan bertambah dari tahun kesetahun. Doktor mengesahkan bahawa penyakit yang dialami ini ialah migrin. Namun tidak banyak yang dapat dilakukan oleh doktor, melainkan memberi ubat-ubat menahan sakit.
Setelah diyakini oleh kawan, pesakit dibawa ke unit penyelidikan kami dan dengan menggunakan kaedah baru dalam rawatan akupunktur kepala, kami meletakkan hanya satu jarum dikepala yang dinamakan titik 'Bahui - DU 20' selama 40 minit
Keputusannnya: Selepas satu sesi rawatan, pesakit merasa kelegaan dan kesakitan terus hilang.Rawatan diteruskan tiap-atiap hari selama satu minggu dengan menggunakan 'hanya satu jarum' akupunktur, semua gejala migrin boleh dikatakan 95 % hilang dan sembuh.

Ke 2 - Tersalah Urat Leher Sembuh
Haji Abdullah Ab Rahman, Umur 45 tahun, datang ke unit rawatan kami dengan leher dibalut dengan plastik bantuan 'collar support' sejak 2 minggu, kata doktor ianya 'stiff neck'. Jika dibuang palstik bantuan, leher menjadi sakit terutama bila bergerak atau berpaling. Ubat penahan sakit telah dimakan selama 2 minggu, tanpa banyak perubahan. Setelah meneliti kes ini, kami menggunakan 'satu jarum akupunktur' sahaja pada titik akupunktur 'Tianzhu - UB 10'. Satu sesi rawatan dilakukan selama 45 minit, selama 7 hari berturut-turut. Kesakitan pada terseliuh leher ini telah hilang dan sembuh.

Kes 3 - Tersedu Baik
Kadir Uban, umur 55 tahun, datang dengan masalah tersedu ( hiccouh ) yang dialami selama 2 bulan tidak henti-henti, berbagai pengubatan telah dilakukan, malah tersedu masih lagi berterusan. Kami menggunakan satu jarum sahaja pada titik 'Tiantu - Ren 22' . Dalam tempuh tidak sampai 10 minit, gejala tersedu mulai berhenti pelahan-lahan, sehingga tamat terapi selama 30 minit. Terapi kedua, pada hari berikutnya diberikan pula dengan menggunakan titik satu jarum pada titik 'Bahui - DU 20' penyakit hiccough ini terus sembuh.

Kes 4 - Senggugut Sembuh
Amelia Rusli, Umur 25 tahun, mengalami kesakitan setiap kali datang bulanan, sejak 3 tahun yang silam. Doktor mengesahkan 'endometrosis'. Postan dan panadol melegakan kesakitan beberapa jam, tetapi kesakitan berterusan. Ada kalanya kesakitan begitu serius sehingga pitam bebarap minit. Berbagai usaha dilakukan , namun kesakitan tetap menyusuli setiap kali datang haid. Dengan menggunakan satu jarum sahaja, pada titik akupunktur 'Zhongji - Ren 3', senggugut atau endometrosis yang dialami gadis ini terus hilang dan sembuh.

Kes 5 - Sakit Luntut - gout

Mamat Gahni, 55 tahun datang ke pusat rawatan kami dengan merangkak dan menjerit kesakitan setiap kali bergerak, bangun atau duduk.Kata doktor, penyakit gout. Semua makan yang enak-enak sudajh tidak boleh dimakan lagi. Sotong dan udang, bila dimakan bertambah parah. Kesakitan yang dialami menguji kejantanan Mamat. Ubat penahan sakit tidak juga menghilangkan keskiatan. Kesakitan berkisar disekitar ibu jari kaki, bengkak bersinar-sinar. Dengan menggunakan jarum ajaib, kami meletakkan satu jarum pada titik 'Bafeng - Extra 36) dibahagian ibu jari kaki, kesakitan berhenti serta merta dalam tempuh 15 minit dan selepas 40 minit terapi, pesakit boleh bangun dan berjalan keluar tanpa dibantu lagi - sungguh ajaib.


Kes 6 Haid tidak teratur

Zilfalilah Hamid , 19 tahun mengalami gangguan haid sejak mula-mula datang haid. Darah datang setiap hari, tanpa berhenti, kadang-kadang sampai 25 hari atau 30 hari. Darah berhenti satu atau dua hari, haid datang lagi. Pesakit menjadi lesu. Berbagai ubat digunakan, termasuk pengunaan hormon dan juga pil perancang keluarga, namun tidak banyak dapat membantu.
Dalam percubaan pertama mengunakan 'jarum akupunktur' , tidak ada apa-apa perubahan, rawatan susulan dengan menggunakan satu jarum setiap kali terapi pada titik 'Zsuzanli - St.36'
Selepas 8 terapi, darah haid mula beransur henti dan masuk terapi ke 12 semua pendarahan terus berhenti dan haid kembali normal pada bulan kedua dan ketiga selepas rawatan dengan menggunakan satu jarum ajaib.

Bagaimana Jarum Akupunktur Bertindak

Mengikut kajian yang dijalankan oleh saintis-saintis akupunktur baik dari Barat mahupun dari Timur telah memberi penjelasan yang jitu tentang bagaimana jarum akupunktur bertindak menyembuhkan kesakitan ?
Mengikut satu kajian yang dilakukan di Jabatan MRI, Universiti of California didapati bahawa, bilamana jarum-jarum akupunktur ditusuk pada bahagian tertentu badan, ia sekilat pantas akan menghantar mesaj kepada otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorpin dan momomine, iaitu sejenis hormon yang akan meberhentikan kesakitan seseorang. Hormon ini juga akan bertindak mengerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit yang dihidapi. Bila ujian MRI dilakukan terhadap titik-titik akupunktur, ia akan megeluarkan aktibiti-akbiti pada otak yang dapat dilihat jelas pada imej MRI. Sekali gus ini memberi keyakinan bagaimana jarum-jarum akupunktur bertindak dalam badan manusia bagi memberi penyembuhan sesuatu penyakit.

Penyelidikan-penyelidikan tentang keupayaan penyembuhan dalam akupunktur masih lagi diteruskan di Pusat Pengajian kami di Kota Bharu. Untuk keterangan lanjut tentang kursus, perawatan dan sebagainya, anda boleh menghubungi: R & D Akupunktur ditalian: 09-7643349, 09-7440440 atau KL 03-2926549 . Web kami: http://www.geocities.com/mnri_acu

No comments: