Saturday, June 18, 2011

Mandul Lelaki



Mandul Lelaki
Satu Kaedah Rawatan Homeopathy

Oleh Lord Pandir Prof Dr Nik Omar
Pakar Homeopathy Malaysia



BILA disebut perkataan mandul, ramai menyangka bahawa mandul biasa berlaku terhadap wanita. Tetapi jarang dikalangan kita mengetahui bahawa dikalangan kaum lelaki juga mengalami masalah mandul.
Dalam perubatan biasa tidak banyak yang dapat dilakukan terhadap masalah mandul lelaki. Selalunya bila doktor mengesahkan bahawa suami mandul atau tidak ada benih atau lebih dikenali sebagai 'azoospermia', maka dunia lelaki seolah-olah sudah tertutup, tidak ada lagi ubat dan tidak ada lagi harapan untuk mendapatkan zuriat.

Pendapat seumpama itu adalah salah, kerana masih terdapat banyak peluang untuk mencuba dengan beberapa cara rawatan altenatif yang ada dinegara kita untuk mengetasi masalah tidak ada benih lelaki.
Salah satu rawatan kesuburan untuk lelaki yang masih boleh dicuba ialah dengan kaedah rawatan homeopati. Kini melalui Pusat Perubatan Homeopati, Fakulti Perubatan Homeopati di Kampong Chicha, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, bebarap orang pakar perubatan homeopati yang diketua sendiri oleh Presidennya iaitu Prof Dr Nik Omar, Dr Mohd Nasir , Dr Wan Mohammad, Dr Che Musa Muhammad dan Dr Mat Zin Abdul Rahman telah menemui satu kaedah untuk mengatsi masalah kesuburan lelaki dengan menggunakan rangkaian ubat-ubat homeopati yang terdiri dari bahan-bahan flora dan fauna seperti ' Arnica Montana, Tunera Q, Yohimbinum, Acid Phos dan Nux Vomica'

Dalam penyelidikan yang dijalankan terhadap 30 orang ibu-ibu dimana suami mereka mempunyai masalah kesuburan. Kita telah memberi ubat-ubat homeopati untuk kesuburan tersebut kepada suami mereka selama 10 bulan. 10 orang daripada ibu-ibu tersebut menjaya hamil dalam tempuh lapan hingga 10 bulan dari tarikh suami mereka memakan ubat-ubat homeopati. Sementara 15 orang ibu-ibu tersebut hamil dalam tempuh enam hingga lapan bulan setelah memakan ubat homeopati, dimana kedua-dua pasangan suami isteri memakan pil-pil homeopati. 5 lagi ibu-ibu yang mengikuti program ini tidak menamatkan penyelidikan masing-masing. Ibu-ibu ini kami anggap tidak berjaya.

Kalau dilihat kepada angka tersebut, kami dapati bahawa lebih dari 50 peratus pasangan yang menjalankan rawatan bersama berjaya dipulihkan dan kini ibu-ibu ini telah dapat menimang cahaya mata masing-masing.
Ini menunjukkan bahawa adalah elok dan bagus untuk meneruskan rawatan kesuburan melalui homeopati ini dengan menjalankan kepada kedua pasangan suami dan isteri.

Perlu diingatkan bahawa, masalah mandul dikalangan kaum ibu, terkadang-kadangan adalah kerana tidak ada keserasian atau benih lelaki tidak subur. Malah faktor penyebab kepada lewat mendapat anak kerana mandul lelaki, bukan sahaja disebabkan oleh tidak ada benih semata-mata. Tetapi kadang-kadang beberapa faktor lain menjadi punca kenapa seseorang lelaki itu mandul.

Sebab Kemandulan Lelaki

Didalam kajian kita didapati beberapa sebab kemandulan lelaki ialah: Tidak ada benih atau azoospermia, air mani terlampau cair, air mani terlampau pekat, air mani terlampau asam, tidak ada air mani, hayat air mani tidak dapat bertahan lama, air mani dalam bentuk abnormal, tidak ada keseragaman, air mani lemas bila bercamtum dengan avum perempuan, lelaki mempunyai penyakit serius yang lain seperti asma, TB, Buah Pinggang, Jatung, Rusak paru-Paru.

Sementara fakto zakar juga menjadi penentu tahap kesuburan lelaki, dimana kelemahan pada ereksi atau impoten pada lelaki menjadi faktor penghalang kesuburan, pancutan air air pramasa, zakat relampau kecil, zakar cacat, kerusakan pada baka disebabkan oleh virus seperti penyakit beguk atau mumps. Kesan dari penyakit kelamin sapertii gonorea atau siflis. Kesan sampingan ubat-ubat atau dadah yang kuat, racun dan sebagainya.

Masalah pada telur zakar atau testes

Testes merupakan kilang yang membuat benih lelaki, air mani atau sperma. Kerusakan atau gangguan pada mana-mana buah zakar ini akan menyebabkan ia mengeluarkan beih-benih yang bermutu. Hentakan, pukulan atau pendedahan pada bahan-bahan panas, radiaktif, api kimpalan, memakai seluar yang ketat, mengalami masalah penyakit yang serius akan menyebabkan kilang pembuat benih ini akan rusak dan sekali gus tidak berupaya menghasilkan benih-benih yang bermutu.
Pada kadar biasa seseorang lelaki yang normal, dapat menghasilkan lebih dari 100 juta sperma yang matang dan normal. Paling minima bagi satu pancutan air mani ialah 60 juta benih. Tetapi dalam lelaki yang bermasalah dalam kesuburan, testes menhasilkan sperma kurang dari 60 juta, malah ada testes yang menghasilkan benih hanya pada kadar 2 hingga 10 juta. Para ini merupakan satu paras yang patologi yang agak rumit.
Paling kecewa lagi ialah dimana testes mampu mengeluarkan air mani, tetapi satu pun air mani tersebut tidak berupaya untuk hidup sempurna atau mati bila dibawa kemakmal. Dalam kes ini lelaki tersebut ditakrifkan sebagai azoospermia atau tidak ada benih.

Walau apa pun masalah yang dihidapi oleh sumai atau lelaki tersebut, anda masih mempunyai peluang untuk mendapat zuriat melalui ujian-ujian kami yang masih diteruskan dari har kehari demi untuk kemajuan manusia sejagat.

Rawatan yang dugunakan adalah mengikut kaedah perubatan homeopati dan ubat-ubat yang digunakan juga terdiri dari ubat-ubat homeopati yang dihasilkan dari alam semulajadi dan tidak menimbulkan sebarang kesan sampingan. Dalam kes-kes tertentu satu kaedah lagi yang digunakan dalam mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan tektik perubatan akupunktur China, dimana jarus-jarus halus yang diperbuat dari tembaga atau perak diletkakkan pada titik-titik tertentu badan bagi menghasilkan perimbangan badan untuk meningkatkan tenaga dalam yang terganggu.

Kepada sesiapa yang mempunyai kemuskilan boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat tentang keadah penyelidikan yang dijakankan oleh kami dengan menghubungi : R & D Homeopati,
Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia. Info line Prof Dr Nik Omar 03- 4042 2020

laman besar kami
http://www.homeopathymalaysia.org.my

No comments: