Saturday, June 18, 2011
STROKE atau Strok atau Paralysis @ Lumpoh
STROK
MAMPUKAH PERUBATAN HOMEOPATI
MENYEMBUHKANNYA ?
Oleh: Prof Dr Nik Omar
Pakar Homeopati Malaysia
Strok merupakan salah satu penyakit yang paling ditakuti kerana serangan strok boleh menakibatkan seseorang itu terus tidak boleh berjalan, tidak boleh bercakap atau terus meninggal. Stro bukan sahaja menyusahkan pesakit malah akan memberi bebanan kepada keli\urga.
Strok berlaku apabila penghantaran darah ke bahagian tertentu tisu otak terputus akibat tekanan saluran darah yang kuat menyebabkan pendarahan dan sel-sel saraf dibahagian otak tersebut tidak lagi mampu berfungsi , hal ini lebih dikenali sebagai tromboembolosme. Apabila keadaan ini timbul, maka bahagian tubuh yang dikawal oleh saraf-saraf otak tresebut juga turut tidak berfunfsi. Ketidakmampuan neurologi ini bermula secara tiba-tiba dan pesakit biasanya mempunyai sejarah diabetes, hypetensi, penyakit injap jantung atau aterosklerosis..
Strok boleh disebabkan gumpulan darah yang membeku dan ada juga diisebabkan serpihan tisu, butiran lemak atau gelembung udara yang terbawa kepembuluh darah arteri otak dan seterusnya menyebabkan penyumbatan. Apabila hal ini berlaku, oksigen pada sel-sel otak akan mati dan seterusnya menyebabkan bahagian-bahagian tertentu badan akan turut mati , tidak boleh bergerak atau lumpuh.
Dikalangan orang-orang kampung penyakit strok ini juga dikenali sebagai angin akhmar, mati sebelah tubuh, kena terlitasan dan berbagai nama lagi.
Tanda-tanda awal strok
Banyak faktor yang boleh menyebabkan strok atau lumpuh mana-mana bahagian badan, baik bahagian anggota atas badan atau anggota bawah, sama ada sebelah tubuh, atau bahagian tertentu. Bahagian yang sering menjadi serangan strok ialah anggota tangan, kaki, muka ( Bell Palsy), kaki dan lain-lain.
Sebelum anda diserang strok, anda akan mengalami beberapa tanda-tanda awal seperti sakit kepala atau pening kepala, berat leher, rasa semut-semut atau kebas dimana-mana bahagian badan, terutama tangan, lengan , kaki atau betis, rasa berat dimana-mana anggota badan, rasa kurang selesa, gelisah dan sebagainya.
Sementara penyakit-penyakit lain yang boleh memyebabkan strok ialah kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, lemah-lemah badan atau lemah tenaga hayat, ketumbuhan pada otak, kesan pembedahan, akibat dari mengambil air tulang belakang dengan cara yang salah dan sebagainya.
Strok Boleh Di Ubati Melaui Homeopati
Masyarakat kita masih tidak mengetahui bahawa strok yang lembut terutamanya pada peringkat awal serangan dalam satu hingga enam bulan masih mampu disembuhkan melalui pengubatan Homeopati atau Akupuntur atau kedua-kedua rawatan seiringan yang lebih dikenali dengan nama ‘Integrated Medicine’
Saya mempunyai rekod-rekod penyembuhan strok dengan menggunakan kaedah homeopati dengan menggunakan satu rangkaian ubat-ubat yang terdiri dari ‘Rhus Tox., Gelsemium, Causticum, Aconite napellus, Phosphorus, Agaricus Mus., Argentum Nitricum, Cocculus dan magnesian Phos.’ Semunaya dalam kekuatan potensi antara 6c, 30c atau 200c.
Sementara lumpuh yang lebih dikenali sebagai ‘Parkinson’ lebih berkesan jika digunakan ubat-ubat seperti,’ Aurum metttalici\um., Lycopodium..,Chammomilla, Ferrum Met., Petrolium, Ambra Grisea.’
Bagi strok bahagian angguta atas seperti tangan kiri atau kanan, ubat-ubat seperti,’ Alumina., Oleander, Plumbum, Arnica Montana., Picric Acid.,Curare’ boleh digunakan.
Strok bahagian angguta kaki, kiri atau kanan, ubat-ubat seperti,’ Hypericum., Actea Racemosa., Thuja, Conium, Lycopodium,’ amat baik digunakan
Titik pilihan Dalam Akupuntur China
Sebelum tahun 1980 kita tidak pernah dengar ada orang-orang Melayu yang tahu merawat pesakit strok dengan menggunakan kaedah Akupuntur China, tetapi kini dengan berkembangnya akupuntur China dikalangan orang-orang Melayu yang diketuai oleh Prof Dr Nik Omar di Kota Bharu, sudah ramai doktor-doktor Melayu yang tahu menggunakan kaedah perubatan China ini untuk mengubati pesakit-pesakit stro dengan jayanya.
Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Akupuntur di fakulti Perubatan Homeopati Malaysia didapati ramai pengidap-pengidap strok telah berjaya disembuhkan di pusat tersebut dengan menggunakan teknik baru ‘Homeo-puntur’ dengan menggunakan titik-titik seperrti ‘Hegu, Quichi, Zhiongfu, Baxie, Bahui, Bamen, Sanyinjao dan lain-lain.’
Dalam rawatan akupuntur, jarum-jarum halus digunakan dilekatkan dibahagian tertentu badan bagi mengeluarkan tenaga yang dikenali sebagai ‘ qi’. Setiap pesakit strok biasanya diwajibkan menjalani sekurang-kirangnya 5 hingga 10 terapi, dimana tiap-tiap terapi akan memakan masa antara 40 hingga 60 minit. Bagi kes-kes tertentu arus eletrik yang dikenali sebagai ‘eletrikal stimulator’ digunakan bagi mengalir arus qi kebahagian-bahagian yang tidak berfungsi atau lumpuh secara pelahan-lahan sehinggalah seseorang pesakit lumpuh dapat merasai perubahan kearah kebaikan atau penyembuhan.
Ada pesakit yang cepat mendapat respon sementara ada juga pesakit yang agak lambat untuk mendapat perubahan, ini bergantung kepada keadaan pesakit sama ada pesakit baru atau pesakit yang sudah lama mengalami strok.
Oleh itu saya menasihati kepada pembaca Majalah Variasari sekiranya ada dikalangan anda atau keluarga anda yang mengalami penyakit strok ini, agar cepat-cepat mendapatkan rawatan secara homeopati atau akupuntur supaya gejala-gejala strok ini dapat diatasi secepat mungkin.
Dipetik dari: Unit Pendidikan Kesihatan & Penerangan, Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia. Inforline Tel: 03 4042 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment