Saturday, June 18, 2011
Masalah haid dan Menopause
Haid
Sejak dari remaja ( puberty ) sampai putus haid ( menopause ) wanita mengalami haid atau keluar darah bulanan ( menstruasi ). Darah haid ini berasal dari rongga rahim dan timbul akibat pecahan selaput lendir rahim .
Pada umumnya darah haid bersifat cair berketul macam agar-agar berwarna merah gelap dan berlaku pada jangkamasa 2 hari sampai 6 hari bagi setiap putaran haid. Darah yang mengalir ini merupakan keguguran lapisan sel-sel pada dinding uterus kerana ketiadaan persanyawaan pada ovum.
Mula-mula hormon peransang folikel (FSH) dikeluarkan oleh kelenjar pituitari akan merangsangkan penghasilan ovum dan rembesan hormon estrogen oleh ovari.
Estrogen menyebabkan penebalan pada dinding uterus . Selepas lebih kurang 14 hari , kepekatan estrogen akan mencapai takat maksimumnya sehingga memberi kesan menghalang pengeluaran hormon FSH. Kelenjar pituitari kemudian mengeluarkan hormon lain disebut hormon peluteinan (LH) hormon.
Hormon luteinan menyebabkan proses pengovulan atau pelepasan ovum. Perempuan itu dikatakan berada dalam keadaan subur dan persenyawaan mungkin berlaku pada peringkat ini. Selepas pengovulan , FOLIKEL GRAAF yang kehilangan ovum akan menjadi korpus luteum.
Hormon progesteron penting untuk perkembangan endometrium uterus dan menyediakannya untuk penempelan ovum yang telah disenyawakan dan menghentikan kelenjar pituitari dari mengeluarkan FSH dan LH. Tanpa LH dan FSH kitar haid tak berlaku.
Jika ovum itu tak disenyawakn, korpus luteum akan mengecut dan hormon progesteron akan berkurang . Pemusnahan lapisan sel pada dinding uterus berlaku dan kitar haid bermula. Selepas tamat haid, Hormon fsh akan dikeluarkan sekali lagi oleh pituitari.
Menopause
Putus haid adalah satu keadaan dimana badan wanita itu berhenti mengeluarkan ovum dan paras hormon sex seperti estrogen dan progesteron juga berkurangan. Putus haid boleh bermula diantara umur 45-55 tahun. Akibat perubahan hormon dalam badan ,seseorang wanita boleh mengalami simptom-simptom yang menyebabkan masalah fisologi dan psychology.
Antara simptom-simptom menopause adalah seperti:
1. Fikiran tidak menentu
2. Resah dan gelisah
3. Risau, takut-takut, sedih sayu, pilu, dll
4. Badan terasa kepanasan
5. Pening kepala, mual, loya
6. Hilang nafsu seks
7. Badan berpeluh
8. Sakit-sakit badan dan sendi
9. Pengecutan tulang. Osteoprosis, dll
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment