Thursday, August 14, 2008
Bantuan Kerajaan Untuk Pengamal Homeopathy
Petikan Berita Harian 2 Febuary 1987
Kota Bharu: Kerajaan Negeri sedia memberi bantuan kepada Persatuan pengamal perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia (MRHP) negeri ini bagi memaju dan mengembangkan bidang perubatan berkenaan yang semakin mendapat sambutan masyarakat dinegara ini.
Kerajaan mengakui perawatan jenis ini mempunyai tujuan yang sama dengan perubatan biasa, kata Speaker Dewan Undangan Negeri, Haji Hussein Mahmood ketika merasmikan Mesyuarat Agong Kedua persatuan MRHP Cawangan Negeri kelantan dikampus akademiknya di Kubang Kerian, disini semalam.
Katanya, perubatan cara homeopathy sudah mendapat perhatian ramai kerana tidak berbeza dengan amalan perubatan diklinik swasta yang lain.
Beliau mengharap pengamal perubatan itu memperliaskan usaha mereka melalui ceramah, penerangan dan sebagainya, Ini katanya sistem perubatan homeopathy juga dapat memberi sumbangan kearah peningkatan mutu kesihatan negara.
Sementara itu, Yang DiPertua Agong MRHP Dr Nik Omar bin Nik Daud, berkata kira-kira 10 pusat perubatan homeopathy telah ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu. (Berita ini dipetik tahun 1987 )

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment