Thursday, August 14, 2008

Pujian Bagi Homeopathy Tempatan


Berita Harian 16 March 1987


Kuala Lumpur: Societa Medico Omeopatia Italia ( Persatuan Perubatan Homeopathy Italy) memuji Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia (MRHP) yang mengembangkan bidang perubatan itu dirantau ini.

Pengarahnya Prof Dr A Negrito berkata pakar-pakar perubatan homeopathy Italy bersedia memberi bantuan teknikal dan tunjuk ajar kepada doktor-doktor homeopathy Malaysia dalam bidang memproses ubat-ubat dinegara ini.

Prof Negrito berucap di Majlis penyampaian Diploma Kehormat Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia di Academy Omeopathica Italiano ( Pusat Penyelidikan Homeopathy), Ospital Ambulantori Elizabeta di Rome baru-baru ini.

Diploma kehromatt itu disampaikan kepada tiga tokoh homeopathy Italy iaitu Prof Negrito, Dr A Fedricko dan Dr F Quintilani.

Malaysia diwakilti oleh President Persatuan pengamal Perubatan Homeopathy Malaysia, Dr Nik Omar bin Nik Daud.

Beliau sempat berbincang mengenai pelajar Fakulti Homeopathy Malaysia diRome iaitu Dr Nik Ashiah Nik Daud yang mewakili Malaysia.

No comments: