Monday, August 25, 2008

Keutamaan Bulan Ramadhan

Foto: Bekam sunnah Rasulullah saw

Keutamaan Bulan Ramadhan

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu

Adalah Rasululllah saw memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:

“ Telah datang kepada mu bulan Ramadhan, bulan yang yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya, pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperolehi kebaikan maka dia tidak memperoleh apa-apa.” (Riyawat Ahmad dan An-Nasa’i)
Kelebihan dan Kebaikan Puasa

Allah berfirman yang ditujukan kepada orang-orang beriman dari ummat ini, seraya menyuruh mereka agar berpuasa iatitu menahan dari makan, minum dan bersenggama ( hubungan kelamin) disiang hari dengan niat ikhlas kerana Allah Ta’ala. Kerana didalamnya terdapat penyucian dan pembersihan jiwa, juga menjernihkannya dari fikiranfikiran yang buruk.

Pusanya memberi menafaat yang besar dan hikmat yang tinggi tidak ternilai bagi orang-orang yang tahu kebaikannya, antaranya:-
  • penyucian jiwa agar mengajar kita kesabaran
  • control kemahuan kita
  • membantu menguasai diri
  • membentuk ketakwaan yang kokoh dalam diri
  • disiplinkan diri, bersatu, kasih saying dan persaudraaan, beriman
  • membershikan toksid dalam badan kita, membersihkan usus-usus, memperbaiki kerja pencernaan, membersihkan tubuh dari sisa-sisa toksid makanan, mengurangi kegemukan,membuang lemak kalestrol, menurunkan kadar gula dalam darah, menurunkan tekanan darah tinggi.

    Soal kegemukan, obesity dalam puasa kita dapat mematahkan nafsu makan dengan gelogoh.

    Orang kaya harus memahami betapa banyaknya nikmat Allah kurniakan, pada saat yang sama harus difikirkan betapa ramainya orang miskin yang tidak mendapat makanan secukupnya.
    Kita harus bersyukur atas nikmatnya banyak.
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

makan dan minum dengan sengaja. Jika dilakukan kerana lupa maka tidak batal puasanya.
‘Jima atau bersetubuh disiang hari
Memasukkan makanan ke dalam perut. Termasuk dalam hal ini adalah suntikan yang mengenyangkan dan transfuse darah bagi orang yang berpuasa. Tetapi terapi akupunktur dengan meletakkan jarum-jarum halus pada kulit, tanpa memasukkan sebarang ubat didalamnya ‘tidaklah’ membatalkan puasa – wallahualam
Mengeluarkan mani dalam keadaan terjaga seperti onani, bersentuhan, ciuman atau sebab lain dengan sengaja. Adapun keluar mani kerana mimpi tidak membatalkan puasa kerana keluarnya tanpa sengaja
Keluarnya darah haid dan nifas sama ada pagi atau petang sebelum terbenamnya matahari, maka batallah puasanya.
Sengaja muntah, dengan mengeluarkan makanan atau minuman dari perut melalui mulut.
Dalam Satu hadith: “ Barang siapa yang muntah tanpa sengaja maka tidak wajib qadha, sedang barang siapa yang muntah dengan sengaja maka wajin qadha” ( Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmizi)

No comments: