Saturday, August 30, 2008
PERUBATAN ALTERNATIF DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN DALAM BAJET 2009
Rawatan Alternatif Tidak Diketepikan Apabila pesakit dikecualikan cukai
Kuala Lumpur: Pengamal Perubatan Alternatif menganggap langkah mengecualikan cukai kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Alternatif membuktikan kerajaan memberi pengiktirafan kepada bidang berkenaan.
Pendaftar Jabatan Pengajian Perubtan China ( Akupunktur), Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia , Acu. Nik FAiruz Hakim berkata pihaknya berbesar hati apabila bidang perubatan alternatif yang selama ini kurang diberi perhatina mendapat keistimewaan pada bajet kali ini. Walaupun pengecualian cukai diberikan kepada pesakit, saya percaya ahli serta pengusaha perubatan alternatif bakal memperoleh manfaat dari segi menjana lebih banyak pendapatan berikutan lebih ramai individu mendapatkan rawatan selepas dikecualikan cukai katanya.
Sehubungan itu, katanya ahli-ahli perubatan alternnatif khususnya homeopati dan akupunktur seharusnya meningkatkan ilmu pengetahuan perubatan ini sejajar dengan keperluan masyarakat serta meningkatkan mutu perkhidmatan secara profesional supaya keyakinan orang ramai terhadap rawatan itu ditingkatkan pada masa depan.
Selepas ini usaha memupuk keyakinan masyarakat akan dilakukan dengan menggalakkan lebih ramai ahli medapatkan pendidikan rasmi dalam bidang ini selain meniktaraf kepakaran serta menubuhkan pusat perubatan lebih lengkap. Ia bagi memenuhi kehendak pelanggan yang dijangka bertambah selepas ini, katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia, Dr Nik Omar, berkata cadangan meluaskan pengecualian cukai kepada Syarikat yang menanggung perbelanjaan perubatan alternatif seperti homeopati dan akupunktur bagi semua lapisan masyarakat khususnya bagi pekerja wanita akan menggalakkan lebih ramai wanita memilih untuk mendapatkan rawatan di pusat-pusat perubatan alternatif yang standard.
" Para pesakit yang datang perlu mendapatkan resit rawatan yang harus ditanggung dahulu oleh pesakit yang kemudiannya boleh direbit melalui cukai pendapatan dari LHDN", kata Dr Nik

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment