Friday, August 8, 2008
Klinik Homeopati Di Damansara
Petikan Berita dari: Mingguan Warta Perdana
Ahad 17 Ogos 2008
Damansara: Persatuan pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia (MRHP) dengan kerjasama fakulti Perubatan Homeopati Malaysia (FAHOM), kini melangkah setapak lagi ke depan dengan pembukaan cawangan klinik perubatan alternatif yang baru dikawasan komuniti Damansara Utama Uptown petaling Jaya pada 1 Ogos lalu.
Penduduk disekitar Damansara Utama Petalin Jaya, kelana Jaya, Mont Kiara, Sunway, Kelana jaya, Sungai Buloh, kini tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan rawatan altenatif seperti perubatan homeopati, akupunktur China, bekam dan sebagainya.
Perkhidmatan tersebut kini telah pun dibuka di Damansara Utama ( sebelah Balai Polis) dialamat No. 3 Jalan SS 21/60.
Pengamal-Pengamal di Pusat Perubatan Homeopati & Akupunktur ini terdiri dari pengamal yang bertauliah dan berkelulusan dari fakulti Perubatan Homeopati Malaysia, satu-satunya akademi perubatan homeopati yang ditubuhkan di Kelantan sejak tahun 1979, yang telah banyak melahirkan ramai pengamal homeopati diseluruh negara.
Perubatan Homeopati dan akupunktur memang terkenal dengan perawatn seperti membaikpulih kecederaan akibat kemalangan, terseliuh, sakit urat saraf, bell palsy, stroke, gastrik, resdung, migrin, sakit luntut dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 01909191915 atau 0199401915 atau layari laman web http://malaymedic.tripod.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment