Saturday, August 2, 2008

Bell Palsy Sembuh


Kes 1: MN bin J Umur: 45th


Mr MJ kena Bell Palsy secara tiba-tiba sewaktu sedang solat asar, kebetulan diwaktu saya juga sedang solat dalam Masjid yang sama. Sebaik selesai solat, Mr MN jumpa saya dan bertanya kenapa mukanya secara tiba-tiba jadi kebas dan mukanya telah heruk dan urat mata tertarik-tarik. Melihat gejala tersebut saya sahkan ianya penyakit 'Bell Palsy' atau facial paralysis.


Dengan segera saya mengarahkan Mr MN supaya datang kerumah saya dan terus saya buat akupunktur pada mukanya dengan titik-titk LU20, Shehenkong, Sanjinjio, Hegu dan Ashi Pt. selesai rawatan akupunktur saya memberi MR MN ubat homeopati 'Rhus Tox 200c' tid untuk dimakan satu minggu. Keesokamn harinya saya terkejut mendapati muka MR MN puleh seperti sediakala dan tidak nampak hiruk lagi.

Masallah itulah kelebihan akupunktur dan ubat homeopati
Kes Ke 2: Puan Ar bt A Bil Klinik : 5744 Umur 36th.
Sebulan yang lepas Puan A mengalami sejenis penyakit yang disahkan oleh doktor pakar bahawa ' Bell Palsy' dengan keadan mukanya heruk, otot-otot bahagian mata bawah tertarik-tarik, air liur melilih keluar dan muka kelihatan hudoh.
Setelah berubat dengan doktor biasa tidak ada apa-apa perubatan, doktor MBBS itu cukup waras dengan mensyurkan supaya Puan A mencari rawatan akupunktur di Kuala Lumpur.
Secara kebetulan Puan A goggle dalam Yahoo dan ketemu dengan klinik kami.
Pada 12 July Terapi Pertama: Keadaan mukanya seperti yang dinayatakan diatas. Saya membuat terapi akupunktur dan memberi ubat homeopathy
Pada 19 July: Nampak ada sedikit perubatan kearah kebaikan nampak 20 % lega, muka tidak tertarik-tarik lagi, saya supply ubat satu minggu
Pada 26 July: 40 % kebaikan dan rawatan diteruskan.
Pada 2 august: 60 % lega, terapi akupunktur diteruskan dan ubat homeopati diberi selama satu minggu.
Kami menjangkakan dalam 4 terapi lagi pesakit ini akan sembuh sepenuhnya.

No comments: