Thursday, August 7, 2008

Berita Homeopathy - Ayat Al Quran Penawar Rohani


Kota Bharu: Jumaat 18 sept 1998

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul aziz Nik Mat berkata ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah menjadikan penawar untuk mengubati penyakit rohani. Menurut beliau ilmu perubatan yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw bukan dipelajari dari kolej atau universiti " Ilmu perubatan itu datang terus dari Allah swt, " katanya di majlis penyampaian Diploma dan Ijazah perubatan homeopati kepada 50 graduan dari dalam dan luar negeri yang tamat pengajian masing-masing dari Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia Kelantan.

Penyampaian diploma dan ijazah itu dilakukan sempena Kongres Sains Perubatan Homeopathy Se Dunia ke 10 dan Expo Multimedia Komputer 98 disebuah hotel disini.
Kongres tersebut dianjurkan oleh Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia Kelantan yang dipengerusikan oleh Prof Dr Nik Omar bin Haji Nik Daud.

Berucap selepas itu, Menteri besar juga menyokong amalan perubatan secara homeopati kerana ia tidak melibatkan bahan-bahan kimia

No comments: