Sunday, March 29, 2009

Homeo-Puncture Satu Kaedah Perubatan Alternatif Baru Yang Di Perkenalkan di Malaysia Oleh Prof Dr Nik Omar, seorang ahli TCM di Asia

Sakit Bahu dan Rawatan Homeo-punktur
Satu teknik Baru Perubatan Alternatif

Oleh Prof Dr Sir Nik Omar
Pengarah Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia.
http://www.geocities.com/fakulti



Pernahkah anda mengalami masalah sakit bahu, atau tidak boleh angkat tangan, tidak boleh mengerakkan tangan kebelakang, tidak upaya mengangkat barang atau sakit selepas bermain tenis, badminton golf atau hoki ?

Semua gejala penyakit tersebut telah diberi berbagai label oleh doktor, dengan mengatakan 'sakit urat atau tersalah urat, tenis syndrome, golf syndrome dan ada juga yang menyatakan 'rheumatism atau arthritis'

Apa pun nama yang diberikan kepada penyakit tersebut, tidak perlu kita fikirkan, yang pentingnya kesakitan persendian bahu atau sakit otot dibahagian tersebut hendaklah dihapuskan supaya tangan dapat bergerak seperti sediakala.

Kalau di hospital atau dengan rawatan allopati, biasanya mereka akan berikan dadah atau ubat penahan sakit seperti panadol, asprin, ponstan dan sebagainya. Jika ubat-ubat tersebut tidak juga memberi kesan, mereka akan memberi suntikan dadah yang keras untuk menahan kesakitan. Tetapi jika suntikan tidak juga berupaya untuk menahan kesakitan, apakah tindakan anda ?

Jawapannya janganlah membiarkan kesakitan tersebut berterusan sehingga boleh membawa kepada lumpuh sebelah tangan atau tangan menjadi separuh mati.
Masih banyak cara yang boleh anda lakukan, antaranya ialah menggunakan kaedah rawatan 'homeopunktur'

Apakah Homeopunktur

Homeopuktur ialah rawatan integrasi antara 'rawatan homeopati' dan rawatan 'akupunktur China' dimana uabt-ubat homeopati disapukan pada jarum-jarum halus akupunktur dan ditusukkan jarum tersebut ke 'meridian' titik akupunktur yang sesuai selama beberapa minit untuk menghilangkan kesakitan serta merta. Sementara dari dalam digunakan ubat-ubat homeopati yang sesuai mengikut undang-undang keserasian - 'similar, similibus, curentur'

Bagi seseorang yang mengalami masalah 'Sakit Bahu' yang berterusan, sama ada sakit tidak boleh bergerak atau sakit tidak boleh angkat tangan, kaedah rawatan homeopunktur yang pertama kali diperkenalkan di Pusat Perubatan Nik Omar, Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia di Kelantan sejak tahun 1990 menunjukkan kehasilan yang baik. Kajian demi kajian terhadap pesakit-pesakit ini menunjukkan respon yang begitu cepat melegakan kesakitan melalui kaedah rawatan ini, tanpa menggunakan sebarang ubat penahan sakit atau 'pain killer'.

“Rawatan ini tidak menyakitkan dan ianya berkonsepkan rawatan mesra alam atau rawatan semulajadi mengikut perundangan perubatan komplementari,” kata Dr Nik Fairuz Hakim, seorang pengamal akupunktur – homeopathy di Glenmarie Shah Alam.

Dalam kajian-kajian yang dijalankan, sesetengah pesakit hanya mencukupi menghadiri 4 terapi rawatan bagi menghilangkan kesakitan yang berterusan selama berbulan-bulan.
Malah dalam beberapa kes 2 terapi rawatan homeopatuktur dengan dimakan ubat homeopati ' Chamomilla, China dan Rhus Tox' sudah cukup memberi kelegaan kepada pesakit-pesakit dalam tempuh 2 minggu.

Kajian-kajian ini masih dilakukan oleh ahli-ahli Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia bagi meningkatkan keupayaan penyembuhan mengikut kaedah rawatan homeopunktur ini.

"Kami jangka lebih banyak ujian-ujian akan dilakukan sepanjang tahun 2009 -2010 terhadap pesakit-pesakit yang mempunyai gejala-gejala yang serupa seperti gout, arthritis atau rheumatism," demekian kata H/Dr Mohd Nasir seorang pakar homeopunktur dari Kelantan.

Selain dari rawatan sakit bahu, homeopunktur juga cukup berkesan untuk memberi kelegaan bagi peyakit-penyakit seperti sakit urat saraf, sakit luntut, sakit betis sakit pinggang, lumbago, migrin, kurang pendegaran, dan sebagainya.

Kos rawatan

Tidak semua pusat perubatan homeopati mempunyai kepakaran rawatan homeopunktur kerana hanya ahli-ahli yang memmpelajari teknik akupunktur China dan Homeopati sahaja dapat mengedalikan kes-kes seumpama ini.
Kebiasaanya kos rawatan homeopunktur bersama ubat ialah lingkungan RM 35.00 hingga RM 45.00 sekali rawatan.

Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi hotline Pusat Rawatan dan Penyelidikan ini di Pasir Mas 019-9401915 atau 09-26926549

No comments: