Assalamualaikum ...........
Saya ingin mendapatkan nasihat dan pandangan Dr. Nik Omar mengenai masalah yang kami hadapi.
Saya telah berkahwin selama hampir 3 tahun. Baru2 ini kami telah membuat pemeriksaan di hospital dan hasil pemeriksaan tersebut didapati suami mengalami masalah ketiadaan sperm.
Pada temujanji berikutnya, doktor telah membuat satu kaedah dimana menyedut keluar sperm suami. Dan hasil dari sedutan tersebut, doktor mengesahkan suami mempunyai kuantiti sperm yang banyak. Menurut doktor juga, suami mengalami masalah saluran tersumbat maka menyukarkan sperm keluar secara normal.
Sperm yang di sedut keluar telah disimpan untuk rawatan IVF selanjutnya. Memandangkan rawatan tersebut belum tentu berjaya dengan sekali percubaan dan menelan kos belanja yang agak besar iaitu sebanyak RM12,000.00 maka kami terpaksa melupakan hasrat mendapatkan anak untuk seketika sehingga kami berjaya mengumpul jumlah tersebut.
Besarlah harapan saya jika Dr. Nik dapat membantu menyelesaikan masalah kami ini.
Terima kasih.
Jawapan saya baca dulu laman saya dan setelah selesai membaca, sila hubungi saya
http://infertility.xaper.com
atau
http://www.geocities.com/infertility_my
No comments:
Post a Comment