Saya berumur 27 tahun dan baru berkahwin tak sampai setahun yg lepas, bulan Mei ini genap perkahwinan saya dengan isteri yang 2 tahun lebih tua dari saya.
Masalah saya ialah walaupun telah tidur bersama selama itu tetapi kami masih belum melakukan persetubuhan yang sebenar. Ini kerana kami mempunyai masalah di mana isteri saya tidak dapat menahan kesakitan ketika proses penembusan zakar saya ke dalam farajnya. Setiap kali melakukan persetubuhan, kami warm-up dahulu seperti yang biasa disarankan supaya dapat membuat isteri saya lebih terangsang, rileks dan lebih basah, termasuk seks oral. Tetapi apabila tiba waktu saya hendak memasukkan zakar, isteri saya akan mengerang kesakitan yang tak tertahan ditusuk di bahagian lubang faraj. Kerana tidak mahu menyakitkan isteri, saya pun berhenti. Perkara ini berulang sehingga kini, dan kami sedang mencuba pelbagai cara lagi untuk mengurangkan masalah ini.
Untuk pengetahuan prof, isteri saya mempunyai sejarah melakukan onani dengan bantal semenjak kecil sehingga sekarang, cuma kekerapannya sudah berkurangan daripada hampir beberapa kali setiap minggu (umur 12 tahun ke remaja) hingga ke sebulan sekali (25 tahun ke terkini). Beberapa kali, apabila tidak dapat meneruskan persetubuhan, saya akan memuaskan isteri dengan seks oral dan kadang-kadang dia melakukan sendiri onani dengan izin saya. Saya pula tidak mahu dipuaskan secara seks oral meskipun isteri saya menawarkannya kerana rasa tidak selesa yang saya alami di bahagian zakar ketika dikulum.
Adakah normal untuk si isteri menanggung kesakitan yang amat sangat ketika proses penembusan dara? Isteri saya seakan-akan fobia apabila mengalami perkara itu dan ketakutannya menambahkan lagi rasa kesat dan ketat di farajnya.
Adakah tabiat melakukan onani dengan bantal (luaran, iaitu secara mengepit bantal sehingga klimaks) sejak kecil sehingga sekarang mempengaruhi respondnya terhadap seks normal, tanpa disedari oleh isteri saya?
Adakah jalan lain yang tidak menyakitkan/sekurang-kurangnya mengurangkan sakit isteri saya sewaktu proses itu?
Apakah yang perlu saya lakukan sebagai suami untuk menjadikan proses ini suatu yang tidak mengganggu hubungan seks kami pada waktu akan datang?
Segala bantuan dari Prof saya dahulukan dengan ribuan terima kasih yang amat sangat.
Saya menasihatnya untuk mencuba dengan menyapu sedikit minyak zaitun pada zakar suami dan sedikit pada faraj isteri
No comments:
Post a Comment