Sunday, January 4, 2009

Apakah Homeopathy

Apakah Homeopati oleh Prof Dr Nik Omar

Homeopati adalah satu sistem perubatan yang diasaskan oleh Prof Dr Samuel Hahnemann yang berasal dari Germany. Beliau sebenar seorang doktor pembedahan - MD dan berkelulusan dari Fakulti Perubatan University of Leipsic, Austria pada tahun 1775 tetapi amat cenderung kearah penyelidikan perubatan.

Pada sekitar tahun 1800 beliau tidak berpuas hati dengan kaedah perubatan allopati diwaktu itu yang banyak menjuruskan kearah kesakitan dan banyak yang gagal disembuhkan dan mengakibatkan banyak kematian. Dengan pemberian ubat-ubat dan dadah yang kuat, menyebabkan pesakit lebih menderita.

Sebagai seorang doktor penyelidik, beliau lalu berhenti dari menjadi seorang doktor biasa dan bertumpu kearah penterjemahan buku-buku perubatan Inggeris ke German.

Dalam satu rencama yang terdapat pada buku Inggeris 'Cullen Materia Medica' Dr Hahnemann tidak berpuas hati diatas satu kenyataan yang menyatakan bahawa 'kulit kayu quinine' dapat menyembuhkan deman ketar (malaria). Beliau lalu mencuba, memakan sendiri kulit pokok quinine dalam sukatan yang kecil dan didapati beliau sendiri mengalami sejenis demam panas yang menyerupai 'demam malaria'

Beliau termenung memikirkan 'ubat' yang tadi dikatakan boleh menyembuhkan malaria, tetapi bila dimakan dalam dos homeopati beliau mengalami gejala penyakit seperti malaria.

Untuk memberhentikan demam malaria palsu ini, beliau makan sekali lagi kulit quinine dalam dos yang sama. Beliau dapati demam malarianya sembuh semula.

Beliau lalu mencuba dengan ubat-ubat lain pula dan didapati keputusannya serupa.

Ini memcetuskan satu idea baru dimana 'Ubat jika dimakan diwaktu yang sihat akan megeluarkan gejala penyakit yang serupa' lalu beliau namakannya sebagai ' Similar Similibus Curentur' atau let likes be treated by likes atau dalam bahasa Melayu diistilahkan sebagai ' keserasian'

Formula inilah menjadi asas perubatan homeopati sampai kini. Kini sistem perubatan homeopati berkembang ke seluruh dunia dan diamalkan oleh kebanyakan negara-negara maju seperti USA, England, Germany, France, Italy, Pakistan, India dan juga Malaysia.

Di Malaysia:

Sistem perubatan ini dikembangkan oleh Prof Dr Nik Omar dan rakan-rakan melalui organisasi berikut;_

Kolej: Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia, Kelantan.
Kelinik: Pusat Homeopati Nik Omar, Kota Bharu
Hospital Homeopati Nik Omar, Pasir Mas, Kelantan
Kelinik : Pusat Homeopati Nik Omar, Kuala Lumpur
Farmasi Homeopati: B & F Homeopati Farmasi, Pasir Mas
Perrsatuan Pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar
Web Menarik: http://drnikomar.tripod.com

No comments: