Sunday, January 4, 2009

Sultan Kelantan Rasmi Kongress Homeopathy Se Dunia Di Kota Bharu

Ringkasan Tittah Ucapan KDYMM Al-Sultan Kelantan Pada Perasmian

World Congress on Homeopathy, Asian Homeopathic Medical League

Pada 13 Sept. 1998 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.



Kota Bharu: 14 Sept.2000

Satu kongres perubatan homeopati sedunia telah diadakan di Kota Bharu baru-baru ini. Seramai 250 orang doktor-doktor homeopati dari seluruh dunia menghadiri kongres yang julung-julung kali diadakan di Kota Bharu, Kelantan.

Kongres tersebut dianjurkan oleh Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia dengan kerjasama Liga Perubatan Homeopathy Asia telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan dan DYMM Raja Perempuan Kelantan.

Dalam titah ucapan KDYMM Al-Sultan telah menasihatkan ahli-ahli homeopati supaya memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat tanpa mengenakan bayaran yang tinggi. Bagina juga memuji ahli-ahli homeopati di Malaysia yang telah banyak memberi bakti masyarakat kepada rakyat dinegara ini.

Pada majlis yang sama KDYMM berkenan menyampaikan sijil-sijil kehurmat kepada 10 orang wakil dari negara-negara yang menghadiri kongres tersebut dengan 'Anugerah Fellowship Faculty Homeopathy Malaysia atau FFHom -M'sia'

Sebanyak 30 kertas kerja telah dibentangkan pada kongres tersebut.. Sementara dalam ucaptama perasmian Prof Dr Nik Omar telah menperingatkan ahli-ahli homeopati di Malaysia supaya bersatu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan homeopati di Malaysia, agar pengamalan kita lebih profesional.

No comments: