Sunday, January 4, 2009

Perjuangan MRHP Homeopathy Malaysia Berjaya

Kementerian Kesihatan Diminta Tubuh Unit Khas Homeopati

1988

Kuala Lumpur, Ahad - Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar Malaysia (MRHP) meminta Kementerian Kesihatan menubuhkan unit khas homeopati di semua hospital.

"Ini penting kerana perrmintaan terhadap rawatan cara itu semakin bertambah di negara ini," kata Yang Dipertua MRHP, Dr. Nik Omar Haji Nik Daud, ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MRHP Cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Katanya, kementerian wajar mencontohi beberapa negara seperti Pakisatan, India dan Sri Lanka yang menubuhkan unit itu di semua hospital.

Persatuan itu juga meminta kerajaan memberi peruntukan kewangan bagi tujuan penyelidikan perubatan homeopati demi memajukan bidang itu pada masa depan.

"Biasiswa juga hendaklah diberikan kepada ahli kami untuk melanjutkan pelajaran di seberang laut. Buat masa ini, kami terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan mengikuti kursus kepakaran homeopati di sana," katanya.

Dr. Nik Omar memberi jaminan persatuan itu akan memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan bagi meningkatkan bidang perubatan berkenaan.

"Setakat ini kita turut membantu kerajaan mengatasi masalah kesihatan negara, termasuk memberi bantuan rawatan percuma kepada anak yatim, orang cacat dan orang tua di rumah kebajikan," katanya.

Hasil dari perjuangan MRHP Homeopathy Malaysia kini tahun 2002, kerajaan telah menubohkan satu unit khas T/CM dan Komplementary di Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments: