Sunday, January 4, 2009

Prinsip Asas Homeopathy

Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia

Prinsip Asas Homeopati

Sistem perubatan homeopati mempunyai satu prinsip asas yang unik yang tidak terdapat pada perubatan lain. Ada 6 prinsip asas utama, iaitu:-

Keserasian atau Similar Similibus Curentur

Semua perawatan daripada sekecil-kecil penyakit selsema, resdung, cirit-birit kepada penyakit-penyakit berat seperti HIV, Hepatitis B, Ketumbuhan atau Barah, mestilah mengikut gejala penyakit yang berpandukan kepada undang-undang keserasian.

Ujikaji Penyakit / Proving

Semua ubat-ubat yang hendak diberikan kepada orang sakit hendaklah berdasarkan kepada ubat-ubat yang telah diujikaji terhadap manusia yang sihat terlebih dahulu. Jika ubat-ubat diujikaji terhadap haiwan tetapi diberikan kepada manusia, maka mengikut amalan perubatan homeopati ianya tidak begitu tepat atau tidak rational. Kerana anatomi dan fisilogi haiwan dan manusia amat berbeza.

Sesetangah ubat boleh dimakan oleh manusia tetapi jika diberi kepada haiwan, ia boleh menyebabkan kematian kepada haiwan tersebut. Begitu juga sebaliknya.

Oleh itu, homeopati menekankan bahawa hanya ubat-ubat yang diujikaji terhadap manusia sahaja, wajar diberikan kepada manusia.

Dos Tunggal / Single Dose

Didalam sistem perubatan homeopati, hanya SATU ubat boleh dimakan dalam satu waktu. Sebab itu, jika perhatikan kenapa ubat-ubat homeopati mesti dimakan jarak dalam 4 jam dan tidak dimakan serentak dalam satu waktu.

Ini bertujuan supaya kesan satu-satu ubat itu tidak di anti dotal antara satu sama lain.

Dos Minima / Minimum Dose

Didalam sistem perubatan homeopati, ubat-ubat yang kuat atau melebih 1 mg tidak boleh digunakan. aapatah lagi ubat-ubat yang mengandungi 250 mg atau 500 mg. Bagi homeopati ini terlampau kuat, dan bila silap dimakan ia boleh memberi kesan sampingan yang teruk, malah boleh membunoh.

Setiap ubat homeopati, wajib dipotensised supaya kuasa racun atau kimia pada ubat terhapus dan tinggal hanya kuasa ubat . Setiap satu ubat homeopati mengandungi tidak lebih dari 0.0000000000000001mg kandunagn bahan aktif ubat atau lebih dikenali sebagai 10_60

Walaupun teori ini dipertikaikan oleh ahli perubatan biasa yang menyatakan bahawa ukuran ubat homeopati dibawah ukuran Avacado dan tidak mempunyai nilai perubatan , namun doktor-doktor homeopati telah membuktikan bahawa kaedah ukuran ubat dalam homeopati memang tepat dan sesuai digunakan pada vitaliti manusia yang halus dan berseni, dan berupaya pula menyembuhkan berjuta-juta manusia sejak lebih dari 200 tahun yang silam.

Sehingga kini lebih ramai manusia menaruh harapan dan keyakian yang besar kepada keupayaan penyembuhan dalam ubat-ubat homeopati

Didalam Homeopati ubat-ubat yang mengandungi 'racun' atau yang labelnya ditulis 'racun', samasekali dilarang keras untuk kengunaan manusia kerana dalam Islam setiap racun adalah haram dimakan.

Tenaga hayat / Vital Force

Dalam pengajian homeopati, kita menekankan penyembuhan kepada akar umbi penyakit. yang sakit itu manusia, maka homeopati harus mencari punca penyakit dan cuba sedaya upaya membentulkan keganjilan perimbangan pada tubuh badan manusia yang ditunjukkan melalui tanda-tanda kesakitan.

Jika punya penyakit sudah dijumpai, ubat homeopati yang serasi harus diberikan sepada pesakit tersebut agar ianya mengembalikan tenaga hayat yang terhakis dalam badan yang dikenali sebagai penyakit.

Dalam homeopati penyakit , bukanlah apa-apa, melainkan, ianya adalah gangguan tenaga hayat atau tenaga hayat yang tidak stabil, maka timbulah apa yang dikenali sebagi penyakit.

Ubat-ubat homeopati yang halus dan berseni amat sesuai diserap dalam badan manusia yang lemah agar ia cepat segar dan sihat.

Arah Penyembuhan Penyakit / Direction of Cure

Dalam homeopati, setiap doktor harus memahami bagaimana ubat bertindak dan bagaimana penyakit keluar dari badan. Asas teori penyembuhan dalam homeopati ialah: Dari Atas Kebawah, Dari Dalam Keluar, Dari Organ Penting Kepada Organ Kurang Penting, Dari Kanan Ke Kiri.

Sebarang ubat-ubat sapu tidak boleh digunakan dalam homeopati kerana ia boleh memendapkan penyakit kedalam.

No comments: