Sunday, January 4, 2009
Undang-Undang Keserasian Dalam Homeopathy
Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia
Undang-Undang Keserasian Dalam Homeopati
Law of Cure: Similar Similibus Curentur
Dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'let likes be treated by likes' atau dalam bahasa Melayu ' Persamaan Dengan Persamaan Menyembuhkan atau ringkasnya Keserasian'
Pengistiharan pertama tentang penemuam fomula baru bagi penyembuhkan dengan cara 'sains perubatan homoeopathy iaitu similia similibus cerentur bermula pada tahun 1796 di dalam artikal pertama dalam majalah perubatan germany - "on a new principle for ascertaining the curative preperties of drugs"
sebelum pengistiharan itu dibuat beliau telah menguji dan menyelidik selama enam tahun berhubung dengan formula tersebut. Setelah beliau mendapat kepastian, barulah formula tersebut diumumkan pada orang ramai terutama pada doktor-doktor diseluruh germany.
beliau pertama kali menemukan formula tersebut sewaktu beliau sedang menterjemah buku perubatan karangan seorang doktor inggeris bernama Dr. Cullen's Mataria Medica pada tahun 1790. Beliau tidak berpuas hati di atas keterangan yang diberikan oleh Dr. Cullen's tentang satu rencana berhubung dengan ubat quinine atau peruvion bark dapat menyembuh malaria atau 'argue'.
di dalam buku Dr, Cullen's Materia Medica dinyatakan bahawa quinine hanya dapat menyembuh demam malaria itu dengan ketar berselang seli dengan panas. Diberikan ubat tersebut sebanyak 500mg. terus dapat menyembuhkan 'argue'.
Dr. Cullen's tidak menyatakan apakah simtom-simtom selanjutnya tentang ubat quinine dan bagaimana tindakan ubat tersebut terhadap manusia dan cara-cara menggunakannya
Dr, Hahnemann lalu mencuba sendiri ubat yang dikatakan dapat menyembuhkan demam ketar iaitu 'quinine' atau 'China Off' . Setelah mencubanya beberapa ketika, Dr. Hahnemann mendapati dirinya diserang sejenis penyakit demam ketar-ketar, sejuk badan dan sakit kepala, lengah lumpoh, seluruh tubuh. Beliau merasa hairan kenapa yang yang dikatakan dapat menyembuhkan demam ketar itu, boleh menyembabkan dia diserang demam ketar setelah dia sendiri memakannya, lalu beliau mengidap demam ketar. Setelah semua simtom deman ketar itu timbul didirinya iaitu selepas beberapa hari beliau memakan ubat 'China Off' dalam sukatan yang tertentu, maka demam yang beliau hidapan itu beransur-ansur sembuh dan baik.
Penemuan Formula Baru
Di atas penemuan baru yang tidak di sangka itu, tercetuslaah idea baru, dimana ; UBAT JIKA DIMAKAN DIWAKTU SIHAT AKAN MENIMBULKAN GEJALA-GEJALA SERUPA DENGAN PENYAKIT ITU. Beliau kemudiaanya pula mencuba dengan berbagai jenis ubat-ubat lain seperti Aconite, Arnica dan lain-lain lagi dan didapati jawapan yang sama. lalu formula yang beliau temui ini dinamakan homoeopati iaitu satu sistem perubatan berasaskan persamaan dengan persamaan menyembuhkan atau ringkas dikenali sebagai serasi.
Sumber: Nota-Nota Kuliah yang disampaikan oleh Prof Dr Sir Nik Omar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment