Sunday, January 4, 2009

Bagaimana Ubat Homeropathy Bertindak

Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia

122 Taman Universiti, Kg Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan.

Bagaimana Ubat Homeopati Bertindak

Kalau diperhatikan betul-betul, kita dapati hampir 99 % ubat homeopati terdiri dari ubat-ubat yang manis dan mesti dimakan secara hisap, kulum, kunyah atau digigit.

Kenapakah ubat homeopati tidak boleh ditelan ?

Sebabnya amat mudah, ubat-ubat homeopati adalah selembut sutera dan kandungan bahan aktif pada ubat-ubat homeopati terlampau halus, sekadar untuk penyerapan ditisu manusia sahaja.

Setiap bahan ubat mengandungai 0.0000000001mg atau 10-60.

Mengikut teori homeopati bahan aktif yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan sehingga menimbulkan banyak kesan sampingan, tetapi ubat yang sama jika dadunkan mengikut kaedah homeopati, dimana bahan aktif ubat akan dilarutkan dengan air sulin dalam nisbah 1 titik bahan ubat dicampur pada 99 titik air sulin ( 1: 99 ) dan dibacuh sehingga betul-betul larut, untuk menjadikannya 1 centicemal potensi.

Untuk dijadikan 2 c potensi, hendaklah diambil 1 titik ubat yang telah dilarut tadi dan dicampurkan pula dengan 99 titik air sulin dan digoncang sebanyak 100 kali untuk dijadikan 2 c potensi. Begitulah seterusnya sehingga tercapainya 30c potensi atau 200 c potensi.

Sebab terlampu halus bahan ubat pada homeopati, makan ubat-ubat homeopati, tidak boleh ditelan atau dimakan bersama dengan teh atau kopi kerana dikhuatiti ubat homeopati akan menjadi tawar atau anti-dotal.

Oleh itu setiap ubat homeopati dikehendaki makan secara oral iaitu secara hisap, kulum, gigit atau kunyah supaya ubat-ubat tersebut dapat diserap melalui saraf-saraf dibawah lidah pesakit. Dengan itu kesan ubat homeopati akan lebih cepat untuk memcapai penyembuhan.

No comments: