Sunday, January 4, 2009

Rombongan Homeopathy Ke Pakistan

Rombongan MRHP ke Pakistan

Tinjau Perkembangan Homeopathy


Karachi, Pakistan 17 Jan 1986

Serombongan empat orang doktor homeopati dari Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar malaysia yang diketuai oleh prof Dr Nik Omar bin haji Nik Daud telah melawat Central Homeopathic Medical College dan Hospital baru-baru ini.

Ketibaan rombongan tersebut disambut oleh Pengarah Central Council of Homeopathy Pakistan ,yang diketuai oleh Dr Manzoor Ahmad Farooqi.

Rombongan Malaysia telah diperkenalkan kepada pengarah Hospital Homeopathy Karachi yang diketuai oleh Prof Dr M.Nawaz Parveez dan diberi taklimat tentang kegiatan yang dilakukan oleh kolej dan hospital tersebut.

Sementara itu, Dr Parvez memuji homeopati Malaysia kerana dalam waktu yang singkat sahaja homeopati sudah berkembang begitu pesat di Malaysia. Mereka mengenali homeopati di malaysia melalui Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia yang selalu mengadakan hubungan dengan kolej kami disini.

Beliau juga bersedia untuk membantu apa-apa kepakaran yang diperlukan oleh homeopathy di Malaysia dalam menjayakan perkembangan perubatan disana.

No comments: