Sunday, January 4, 2009

Organon Of Homeopathic Medicine / Al Kanun Fil Tibb

Fakulti Perubatan Homoeopathy Malaysia

Organon Of Medicine In Homeopathy

Organon bermaksud alat atau instrument . Pengertian asal dan pengkajian diambil dari kitab karangan Abu Ali Hussain bin Abdullah ibn Sina (Ibnu Sina ) iaitu Al-Kanun Fil Tibb yang masih digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan dalam pengajian perubatan. Dalam organon yang dihasilkan oleh Samuel Hahnemann ini mengandungi 291 Para .

Selepas menulis edisi ke 6 Organon ini beliau meninggal dunia dan tidak sempat dikeluarkan edisi ini. Namun selepas sekian lama barulah edisi ke 6 ini dicetak , ia terbahagi kepada 69 Para Teori dan yang lainnya Amalan dan Penemuan. Edisi terakhirnya tercatit tentang Miasma Kronik Psora,Sikosis, Siplis dan tuberkulosis, penemuan 'Constitutional remedy' atau 'Deep Action remedy' untuk Miasma Penyakit Kronik (contohnya Cancer) dan pencegahannya dan penemuan potensi baru iaitu millesimal. Terdapat beberapa pindaan dan tambahan dari edisi ke 5, dan susunan 'Organon of Medicine' Hahnemann yang ke 6 ini boleh dikira paling sempurna.

THE ORGANON OF THE ART HEALING

(Cara Perawatan Mengikut Perundangan Homeopathy)

Pada tahun 1801 Dr. Samuel Hahnemann telah menerbitkan buku " ORGANON OF HOMEOPATHIC MEDICINE " yang mengandungi rumusan-rumusan Homeopathy sebagai kaedah yang rasional. Semua yang dihuraikan dalam organon adalah hasil pengalaman dan penyelidikan asli Dr. Samuel Hahnemann. Ia menjadi sumber rujukan utama yang penting kepada setiap pelajar perubatan Homeopathy.

Di antara kandungan 'Organon' tersebut ialah :

Para 1: Tugas perawat yang utama memberikan kesihatan kepada pesakit.

Para 2: Penyembuhan yang paling utama ialah cepat, sopan dan penyembuh yang berkekelan.

Para 3: Seorang perawat mestilah memahami :

- simtom atau gejala-gejala yang terdapat pada pesakit.

- Simtomology dalam satu-satu ubat.

- bagaimana harus menyesuaikan ubat ubat tersebut kepada pesakit.

- dapat membezakan halangan halangan kearah penyembuhan

Para 4: perawat mestilah pandai membezakan dan mengecam serta menghapuskan semua jenis penyakit yang terdapat pada seseorang individu itu.

Para 5: perawat mestilah mengecam kehadiran penyakit penyakit kronik. (idapan lama)

Para 6: perawat wajib lah memerhatikan keluhaan keluhan pesakit dari awal sampai akhir dan sebab sebab berlakunya sesuatu penyakit. Dalam menelitikan satu satu penyakit seorang perawat itu membuat definasi yang benar dan tidak boleh teragak agak.

Para 7: sesuatu penyakit yang tidak mempunyai banyak keluhan, mestilah meneliti dengan baik bahawa sudah tentu vital force atau kuasa hayat pesakit itu menderita. Jika semboyan semboyan itu dicatitkan dari awal sampai akhir penyembuhan sudah pasti akan datang.

Para 8: sekiranya semua semboyan semboyan atau simtom penyakit telah dihapuskan, sudah pasti penyakit itu sembuh dengan sendirinya. *Nota: hal ini dinafikan oleh persekolahan lama

Para 9: waktu sihat semangat atau vital force memainkan peranan kearah keharmonian tubuh badan.

Para 10: dengan kehilaangan vital force atau kuasa hayat atau semangat, tubuh badan manusia itu dianggap mati.

Para 14: sesuatu penyakit yang dapat disembuhkan, pasti akan dapat disembuhkan mengikut semboyan semboyannya.

Para 17: apa yang ditugaskan kepada perawat ialah menghalkan segala semboyan yang ada pada pesakit, jika ini berlaku, bererti ia telah berjaya menyembuhkan pesakit itu.

Para 18: semua semboyan semboyan atau totality of symptoms adalah satu satu nya garis panduan dalam pemilihan atau pemberian ubat ubat itu kepada orang yang sihat.

Para 20: kuasa satu satu ubat untuk penyembuhan itu ditentukan mengikut ujian ubat itu kepada orang yang sihat.

Para 22: mengikut pengalaman Dr. Hahnemann, tiap penyakit itu dapat disembuhkan dengan hanya berpandukan 'similarity'.

Para 23: rawatan mengikut cara 'antipathic' atau bertentangan, tidak akan memberikan penyembuhan yang berkekalan.

Para 37: dalam rawatan yang tidak homoeopatik, penyakit penyakit chronic tetap tidak berganjak - tidak sembuh.

Para 39: penyakit penyakit chronic yang mendapat rawatan allopathy sudah pasti diberi drug drug yang kuat dan suppressed atau pendamkan penyakit . setelah habis kuasa drug tersebut, penyakit chronic itu akan datang lagi, kadang kadang lebih teruk dari biasa.

Para 40: kadang kadang tidak sahaja penyakit itu bertambah tenat, tetapi boleh menyebabkan timbul penyakit baru. itu dipanggil kesan sampingan ubat - side effect of drug.

No comments: